Saturday, October 2, 2010

ICT : jalan2 dengan keluarga...

:) senyum ikhlas buat keluarga tercinta

Mungkin Allah dah tulis yang apa jua dugaanNya pada aku, tetap Dia hadirkan kegembiraan. Tadi, ma pa and apit datang kat shah alam ni sbb bawak tok de, nenek che nah, maklong and family ke ICT. So, pa pun jemput aku kt uitm shah alam b4 kami 2 kereta bertolak ke ICT. Walaupun sekejap je dapat jalan kat ICT disebabkan hujan n kesesakan. Tambah plak kaki tokde dah sakit, so, sejam je lah kami di situ.
Ape2 pun, aku gembira sangat..terubat sikit tekanan yang aku dapat sejak akhir2 ni.. IQA sayang MA , Pa, Apit and semua...MMMMMMMMMMMMMMuuuuaaHHHHH...terubat juga rindu kat semua....

Dr depan, nenek chenah, ma, pa, paklong,maklog, siti(anak maklong)


satu2 nya yang sempat dilawati, sbb hujan


Tokde, the head of our big family. act tokde bukanlah ayah kepada ma, dia adik kepada nenek yang merupakan mak kepada ma. Tapi Tokde yang dh jaga ma dr kecik sbb arwah atok belah mak dh lama meninggal. Kalau tokde tiada, aku tak mungkin aku sekarang..Tokde yang menjaga keluarga aku. Mungkin bukan pada mata kasar, tapi di dalam doanya. Aku tetap sayangkan tokde. Semoga Allah panjangkan usianya kerana aku tahu, semua orang sayangkan dia dan perlukan dia.


Tokde setia disamping kakaknya. Ini yang dipanggil air tak kan putus kalau dicincang, inikan pula saudara kandung. Tokde yang plan nak jalan kt ICT, tp sampaikan park ICT, dia trus tanya ubat kat kakak dia sbb dh sakit kaki..hehe.. Nenek Che nah pun dgn sabar melayan kerenah adik nya sorng ni..huhu..

kat park je sempat amek gmbar sbb hujan dh..

Tokde dan Nenek Che Nah, apa salah mereka sampaikan anak cucu susah nak balik kampung eh? Yang aku tahu, orang tua, biasalah suka membebel. Tapi kan, klu bukan anak cucu buat salah, nape lah diorang nak bebelkan? Dah tanggungjawab dorang utk menjaga keturunan dorng.
p/s: kepada Maklong, Pokde, Busu and family...baliklah kampung selalu-slalu. Jangn nak tunggu raya, jangan nak tunggu anak nak pekse, jangan nak tunggu orang tua dua orng ni terlantar, jangan nak tunggu bila nak dpt harta(tupun klu ada), jangan nak tunggu terlambat baru nak balik ye...ingatlah, klu bukan tokde ngn nenek yang jaga Maklong, Pokde n Busu dr kecik, tak mungkin semua dpt hidup sendiri hr ni.
Kepada cucu2 mereka, bilangan kita memang sedikit, dan aku tahu korang semua sibuk dgn kelas n kerja2, tapi tolonglah jangan malas nak ajak mak ayah korang blik kmpung bila free.
Nenek n tokde klu marah pun, bukan dorng tk syg korang, sbb dorg syglah dorng bising. Dah adat, aku cuma takut, t sampailah satu hari korang akan rindukan suara mereka. Allah akan ambil sesiapa sahaja pulang ke sisiNya, dan tidak mustahil utnk antara kita akan pergi dulu, so, jangan rugikan peluang yang ada utk berbakti pada mereka y byk membantu keluarga kita naik satu masa dlu. Janganlah kita pandang pada kata2 mereka sbb mereka tidak bermaksud utk melukakan cuma itulah cara mereka.
Kak Lin, Kak ngah, Dayang, Siti, Noi, Firdaus...korang semua dh besar kan..korang tentu paham.
kepada adik2 sepupu ku y kecil lg, mungkin korang belum paham...tp korng akan phm nnti.
Semoga korang berpeluang berbakti pd tok de n nenek..