Wednesday, December 21, 2011

Mood menulis kembali

Menulis, Menulis, Menulis..kalau dulu aku memang rajin menulis..tak kiralah menulis cerpen ke, ayat2 puitis ke, new entry ke... Tapi tak lagi sekarang..macam hilang je idea bila jari mula bermain pada keyboard laptop ni.

Mungkin tiada apa yang menarik berlaku dalam hidup aku? Sampaikan aku tak dapat zahirkan dalam bentuk penulisan? Erm...mungkin aku sendiri yang tak nampak warna warni kehidupan aku kebelakangan ni hanya kerana aku lebih leka dengan urusan peribadi yang tak pernah terurus dari hari ke sehari. Tiap masa aku fikirkan aturan hidup yang kelam kabut walaupun saat mengakhiri tahun 2011 sudah hampir sampai. Kalau aku menoleh ke kiri, aku pasti lupa apa yang berlaku di kanan dan kalau aku kembali ke kanan, entah apa yang akan terjadi di kiri. Begitulah lumrah hari2 aku yang memang mengusutkan fikiran.
Masa memang tidak menunggu aku dan aku tidak mengejar masa sampaikan aku rasa banyak kerugian telah aku lakukan sepanjang tahun ni.

Kurang lagi 3 minggu, aku mungkin akan menutup semua kebodohan, kecelaruan dan penyesalan tahun ini untuk aku rasa gembira dengan kedatangan tarikh baru. Tapi aku silap, menutup kesalahan bukanlah satu cara yang baik menghadapi hari baru. Aku sepatutnya memperbetulkan apa yang salah selama ni.

huhu...mengeluh panjang pun tak guna lagi. Aku kena kuat untuk habiskan apa yang telah aku mulakan. Aku kena tutup semua dengan cara yang baik sampaikan ianya akan jadi satu kenangan indah bukanlah satu titik hitam yang akan menghantui kebahagiaan masa akan datang.

contohnya semester 4 aku sekarang, bakal berakhir dalam sebulan sahaja lagi dengan penilaian yang akan menentukan sejauh mana aku telah berusaha untuk semester ni. Kalau semester lepas, aku jatuh tersungkur jauh dari sahabat2 aku, dan aku dah rasa lumpuh untuk bangun pada awalnya. Aku telah merosakkan satu daripada impian aku dalam pengajian kt UiTM ni. Semuanya dah terlambat, bukan? Impian yang satu tu, dah terpadam. Aku hanya boleh mencapai impian yang lain. Semoga semester ni, semuanya kembali seperti dulu. Aku telah membuat sebaik mungkin untuk mengembalikan semangat aku kat sini. Insyallah..

Blog ni je..tak de lain..

Disebabkan aku dah banyak kali kena marah ngn azwan saleh sbb wat byk blog n tapi tak update pun, jadi pada hari yang bersejarah ni, aku menetapkan yang aku akan setia pada blog ni je...
Jadi, kepada azwan saleh tu, jgn bising lagi kat aku....haha...