Sunday, February 12, 2012

selepas 10 thn...

hari ahad y lepas, patutnya aku nak join kwn2 sek Pulai aku dulu jumpa kat Melaka...tapi, akhirnya aku tak berpeluang sbb kena pergi kenduri kahwen di Tanjung Keling  dan Muar...

btw, akhirnya disenja hari...mereka datang ke rumah aku...
mereka bertiga lepak di rumah aku sampai dalam 11 mlm..tp tetiba je adik aku pulang bawak kaki dia yang retak...maka terbantutlah mood kami berkaroke malam tu..

disebabkan malam tu tak dapat nak jamukan apa2 untk mereka, esok malam, aku ajak dorang mkn kat luar..
tapi, kalau mkn je..tak syok lah..haha..so, karok lagi sampai 12tgh malam..hehe..
i really have fun with u all..Lukman Anuar, Aisyah Isa dan Abdul Rahman...
 (beria-ia dak Lukman nak keluarkan suara dia)
 ("bila lah turn aku ni", kata Rahman)
 (pilih lagu apa tu?)
(erm..dak Lukman khusyuk dgr dak Rahman nyanyi)

datanglah lagi ye..hehee..

Tuesday, January 10, 2012

ammeekkkau...!!!

inilah hasil kerja bila kebosanan di malam hari..hehe

IQA BAHAGIA KE TAK???

Kenapa saya kata saya bahagia???
  1. Saya ada keluarga yang bahagia and Insyallah sampai bila2.
  2. Saya cukup makan dan cukup kelengkapan hidup yang asas.
  3. Saya ada "dia" hehe...
  4. dan banyak lagi....
Kenapa saya kata saya tak bahagia???
  1. Saya ada dendam pada orang.
  2. Saya tak dapat mintak maaf pada orang yang saya pernah buat salah.
  3. dan lagi dan lagi...

 Bahagia atau tidak, saya tidak pasti. Apa yang saya pasti, saya akan teruskan hari2 yang akan datang dengan seribu usaha sekalipun...Insyallah


Thursday, January 5, 2012

Tolong Bagi peLuAng sekaLI nI je...please

Tolong...
Tolong berikan aku sekali lagi peluang...
Peluang apa?
Peluang yang dapat memberikan ketenangan pada aku andailah aku tidak lagi ada banyak masa untuk terus pendamkannya...
Kalau aku tidak diberikan peluang itu, hati aku , jiwa aku...
tidak akan mencapai ketenangan yang semua orang kecapi kecuali AKU...
Tolong boleh?
Sekali ini sahaja aku minta berikan aku peluang yang aku dambakan dari dulu hingga saat aku melihat peluang itu ada di depan mata tetapi aku gagal milikinya...
Hanya kau yang boleh tentukan peluang itu milik aku atau milik kau sendiri...
Bukan selalu aku meminta, dan aku hanya minta untuk kali yang terakhir...
Peluang...
Cuma..peluang..
untuk bertanya pada kau...
tanya kenapa...
kenapa ...
Aku yang kau pilih untuk menerima "peluang" itu dulu...
Tolong jelaskan...apa makna "peluang" yang kau berikan dulu????
Berilah aku peluang untuk tanyakan kau tentang semua ini..
Terima Kasih...ini peluang terakhir aku...

Wednesday, December 21, 2011

Mood menulis kembali

Menulis, Menulis, Menulis..kalau dulu aku memang rajin menulis..tak kiralah menulis cerpen ke, ayat2 puitis ke, new entry ke... Tapi tak lagi sekarang..macam hilang je idea bila jari mula bermain pada keyboard laptop ni.

Mungkin tiada apa yang menarik berlaku dalam hidup aku? Sampaikan aku tak dapat zahirkan dalam bentuk penulisan? Erm...mungkin aku sendiri yang tak nampak warna warni kehidupan aku kebelakangan ni hanya kerana aku lebih leka dengan urusan peribadi yang tak pernah terurus dari hari ke sehari. Tiap masa aku fikirkan aturan hidup yang kelam kabut walaupun saat mengakhiri tahun 2011 sudah hampir sampai. Kalau aku menoleh ke kiri, aku pasti lupa apa yang berlaku di kanan dan kalau aku kembali ke kanan, entah apa yang akan terjadi di kiri. Begitulah lumrah hari2 aku yang memang mengusutkan fikiran.
Masa memang tidak menunggu aku dan aku tidak mengejar masa sampaikan aku rasa banyak kerugian telah aku lakukan sepanjang tahun ni.

Kurang lagi 3 minggu, aku mungkin akan menutup semua kebodohan, kecelaruan dan penyesalan tahun ini untuk aku rasa gembira dengan kedatangan tarikh baru. Tapi aku silap, menutup kesalahan bukanlah satu cara yang baik menghadapi hari baru. Aku sepatutnya memperbetulkan apa yang salah selama ni.

huhu...mengeluh panjang pun tak guna lagi. Aku kena kuat untuk habiskan apa yang telah aku mulakan. Aku kena tutup semua dengan cara yang baik sampaikan ianya akan jadi satu kenangan indah bukanlah satu titik hitam yang akan menghantui kebahagiaan masa akan datang.

contohnya semester 4 aku sekarang, bakal berakhir dalam sebulan sahaja lagi dengan penilaian yang akan menentukan sejauh mana aku telah berusaha untuk semester ni. Kalau semester lepas, aku jatuh tersungkur jauh dari sahabat2 aku, dan aku dah rasa lumpuh untuk bangun pada awalnya. Aku telah merosakkan satu daripada impian aku dalam pengajian kt UiTM ni. Semuanya dah terlambat, bukan? Impian yang satu tu, dah terpadam. Aku hanya boleh mencapai impian yang lain. Semoga semester ni, semuanya kembali seperti dulu. Aku telah membuat sebaik mungkin untuk mengembalikan semangat aku kat sini. Insyallah..

Blog ni je..tak de lain..

Disebabkan aku dah banyak kali kena marah ngn azwan saleh sbb wat byk blog n tapi tak update pun, jadi pada hari yang bersejarah ni, aku menetapkan yang aku akan setia pada blog ni je...
Jadi, kepada azwan saleh tu, jgn bising lagi kat aku....haha...

Thursday, September 15, 2011

niat jahat ke nak niat baik?

Aku bukanlah peruntuh kebahagiaan orang..tapi aku tetap manusia biasa yang tidak lepas dari perasaan cemburu. Biarpun hampir 2 tahun kedukaan tu aku tinggalkan dan diganti dengan pelbagai keceriaan, namun masih lagi terdetik di hati untuk bersemuka dengannya. Aku sentiasa mahukan apa alasan dia mengecewakan aku sedangkan aku cukup setia masa itu. Hanya dia yang tahu kenapa dia melukakan hati aku.

baru je bbrapa saat, aku dapat melihat betapa dia bahagia dengan seorang gadis yang cantik n sangat cantik jika hendak dibandingkan dengan aku. Patutlah dia tinggalkan aku..

Melihat wajah gadis y setahun lebih muda dari kami, aku jadi kasihan. Aku sedar aku tidak patut mengganggunya. Tapi aku bukan nak rosakkan kebahagiaan dia pun,, aku cuma nak tahu betapa dia bahagia bersama insan yang aku pernah sayang satu masa dulu. Mungkin dia mendapat kebahagiaan y aku tak dpat dulu.

adik,.akak  doakan kau bahagia sangat ye..smoga jodoh korang berkekalan...amin..