Friday, December 6, 2013

Tahu tak beza cinta dan kawan???

Sejujurnya aku sendiri sukar nak huraikan perbezaan dua perkara ni. Sebab aku mmg cintakan kawan2 aku.

Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita sanggup terima dia seadanya.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita sanggup terima kelemahan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita menghargai kelebihan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita mendoakan kesejahteraan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita melindungi dia dari fitnah dunia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita menjaga aib dan maruah dia.
Andainya kita menyintai dia lebih dari seorang kawan, maknanya kita perlu berdoa padaNya.
Andainya kita menyintai dia lebih dari seorang kawan, maknanya kita perlu bersabar dan berserah padaNya.
Andainya kawan kita tidak tahu kita menyintai dia, tidak mengapa kerana satu hari nanti dia pasti tahu.
Andainya kawan kita tahu kita menyintai dia dan dia juga menyintai kita, minta dia juga berdoa padaNya.
Tapi andainya kawan kita hanya menyintai kita tidak lebih dari seorang kawan, kita kena REDHA...

Paling perit adalah redhakan...tapi ianya adalah pengorbanan hati yang terbesar bagi menjaga persahabatan kita dengan dia.

***Kawan, kalau kau baca ni, dan kau tahu apa makna aku, terima kasih sbb menjadi sebahagian dari hidup aku***

Wednesday, November 20, 2013

Cinta tu bukan monyet punya...

Orang slalu kata, "cinta monyet"...owh??? apa maknanya???
maknanya, cinta y tak betul2 ikhlas dr hati, tu lah cinta monyet..btul ke??? macam salah je.

mcm ni lah, berdasarkan cerita2 berikut, mari kita nilai samada cinta tu cinta siapa? monyet ke manusia? ataupun cinta suci, cinta y in shaa Allah sampai syurga.

Kisah 1

Si jejaka call seorang gadis y merupakan juniornya selama 5jam. Sedangkan si jejaka menggunakan no celcom dan si gadis guna digi. Bayangkan berapa banyak bil dia untuk hari tu. Tapi, demi mendapatkan cinta si gadis, sanggup si jejaka menghabiskan berpuluh ringgit hinggalah pada jam ke lima. Si jejaka tu berkata, "jadi, sudi tak awak menjadi y istimewa dalam hidup saya? Awak tak perlu bagi jawapan sekarang, saya tunggu esok pagi jam 7.30 kat depan kolej awak. Kalau awak datang dan terima sim kad dari saya, means saya anggap awak terima saya"

Maka pada keesokkan harinya...
7pagi: Macam tak jejak bumi si gadis dibuatnya, ke sana ke mari tidak tenang memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Jauh disudut hatinya dia turut meminati jejaka yang juga merupakan komandernya bagi aktiviti kokurikulum Mana tak nya, tiap minggu ada latihan kawad, mau tak mau, terpikat juga si gadis dengan sikap peramah komandernya itu.

7.15pg: Si gadis dikelilingi sahabat2nya dibilik. Sahabat2 nya mencadangkan agar si gadis memberi peluang kepada si jejaka memandangkan si gadis masih lagi belum berpunya. Yelah, remaja kan....

7.25: Si gadis bersiap2 dan  sedang melangkah ke luar dari bilik sambil menangis. Dia takut tindakannya tu salah.

7.29: Dari jauh si gadis melihat si jejaka y gelisah menunggu sambil memegang satu sim kad di tangannya.

7.30: Si gadis terus mengambil sim kad dan berlalu pergi tanpa berkata apa.

8.00 pg: Si gadis masih lagi tidak menggunakan sim kad y diberi. Sim kad itu merupakan pakej celcom yang sama dengan sim kad si jejaka. dan akhirnya, si jejaka menghubunginya dan meminta maaf sekiranya dia terlalu mendesak. Dia sedar si gadis mungkin tidak mahu menerimanya.


8.30pg: Si Gadis menghubungi si jejaka dengan menggunakan sim kad yang baru diterima tadi.
Maka bermulalah kisah cinta mereka...




hinggalah pada suatu hari slps 4bulan, "Iqa, abg shah ada kat library lah...ngn...",kwn si gadis berkata, namun terhenti sbb melihat raut wajah si gadis yang sugul.
"Dengan sape...???"...

kisah ini tiada penghujung yang indah, si gadis dapati sim pakej tu ada tiga kesemuanya, dan sim kad yang ke tiga ada bersama 'teman istimewa' si jejaka yang baru.

Si gadis mematahkan sim kad yang ada padanya dan pulangkan pada si jejaka, "Ini milik abang, saya akan pulangkan bersama janji2 abg pada saya. Maafkan saya sebab tak mampu jadi y istimewa"

*****************ini cinta apa? INI CINTA DUSTA!!!!!**************
..bersambung (kisah2 lain akan disambung kemudian), nak wat report ni..haha......

Sunday, November 17, 2013

Aku tahu, Allah benci keputusan ni...

Sedar ataupun tidak, aku sudah pun menjangkaui usia ku 23 awal tahun yang lalu, dan tinggal lagi sebulan lebih untuk aku masuk ke fasa baru pada tahun 2014. Selain itu, tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan alam pengajian ni dan pulang ke kampung untuk meneruskan cita- cita aku. Belajar memang tidak pernah habis, kata mama aku. Jadi, aku akan pulang untuk bekerja dan in shaa Allah aku akan sambung Master kat Melaka sebab aku nak jaga mama n papa aku. Rasanya dari thun 2003 lg aku dh hidup berdikari kat asrama, so apa salahnya slps 10 thun, aku nak duk semula ngan family aku. Lagipun, belajar tu kat mana-mana pun boleh kan, kawan2? Tapi, ni semua plan kita sebagai manusia, Allah dah pun atur cuma kita belum tahu ke mana takdir kita. Yang perlu sekarang cuma aku buat sehabis mampu aku dan macam mama aku selalu pesan, "what you give, you get back". Ye, aku selalu ingat tu, aku nak balik berbakti pada keluarga aku, sbb aku tahu, sejauh mana pun kita pergi, seramai mana pun kawan2 kita, sekuat mana pun cinta manusia kita, yang akan sentiasa jaga hati kita, sayang kita adalah mama, papa and keluarga kita. Manusia kat luar ni, banyak rahsianya, sampaikan kadang-kadang aku kusut bila cuba nak fahami mereka. Kalau mereka jujur dan ikhlas di depan aku, terima kasih sangat2 aku ungkapkan. Tapi kalau mereka jujur dan ikhlas juga dibelakang aku, aku bersyukur sangat2 dan aku harap Allah balas kebaikan mereka pada aku. Bagi sesetengah yang dah menyakiti aku, aku harap sangat mereka gembira bila aku tak lagi berada di mana mereka boleh menyakiti aku. Sebab, tiap kali mereka menyakiti aku, mereka seperti menyakiti mama dan papa aku. Aku bukan benci mereka, tapi aku harap sangat mereka tak terus menyakiti sesiapa termasuk keluarga aku. Allah tahu, dan aku harap Allah akan lembutkan hati mereka untuk berhenti membenci aku. 

Kehidupan aku kadang-kadang gembira....kadang-kadang kecewa. Aku tak salahkan sesiapa, sbb aku tahu yang hidup kita ni macam roda. Mungkin sekarang aku berada betul-betul di bawah roda dan sedang dilenyek dalam lecak. Tapi takpelah, nanti aku pasti keluar dari lecak ni, dan naik semula. Itu sebabnya aku perlukan orang untuk meluahkan. Thanks mama sebab slalu jadi diari bergerak aku. Papa pun sama walaupun susah nak bercerita dengan lelaki kan. Kalau aku rasa belum puas diluahkan masalah aku, blog ni lah jadi tempatnya. Biarlah orang tak suka, tapi aku puas.

Kalau orang yang kenal aku, mereka tahu kebencian aku. Mereka tahu tentang dendam aku. Aku tahu, Allah memang benci orang yang tak memaafkan orang lain dan orang yang berdendam. Yelah kan, sedangkan Nabi S.A.W pun memaafkan umatnya inikan pula aku sesama manusia. But, in fact, aku memang tak mampu jadi sebaik tu. Aku memang akan tetap simpan dan aku ingat lagi muka2 orang yang aku simpan dendam tu. Sejujurnya, aku bukan nak balas pun dendam tu, cuma aku tak kan lupakan. Dan sekiranya sampai satu hari orang yang aku benci tu, ditimpa perkara yang sama macam dia lukakan hati aku, akulah orang pertama yang akan gelakkan dia. Dan aku pernah lakukannya, aku hubungi dia dan aku cakapkan apa yang aku rasa dia perlu tahu tentang "what you give, you get back"

Bukan membalas, tapi aku memberi pengajaran pada mereka. Sampailah aku rasa dendam tu terubat. 

Kini, tambah satu ahli dalam senarai ni, walaubagaimanapun, nama dia belum lagi aku jadikan "permenant" kat dalam senarai tu. Aku masih lagi boleh beri maaf pada dia, tapi luka yang ada sekarang ni semakin dalam. Aku tak pasti samada dia mampu atau tidak ubatkan luka ni dengan ''minyak gamat'' (hehee..termerapu pulak). Aku masih lagi beri masa untuk jadikan nama dia terus kekal dalam senarai tu. So, aku harap dia sempat padamkan agar Allah tak terus bencikan aku.

Andai berlaku lagi kebencian dan dendam ni, aku tidak teragak2 untuk terus tutup "ruang ini".

Ya Allah, maafkan aku.

Wednesday, April 3, 2013

why I'm so happy today???

hai sayang2 semua, salam sejahtera...salam sayang..salam terakhir...
Kenapa saya terlalu gembira hari ini? Macam ada yang pelik bila aku sentiasa bertenaga dari pagi hari. Segala-galanya seperti mimpi di mana aku tidak henti tersenyum dan ketawa. Dan dengan ini, aku ucapkan Alhamdulillah kepada Allah yang telah memberikan aku peluang menikmati hidup yang tidak kekal. Hari ini, peluang yang di beri begitu luas, ada di merata-rata kegembiraan yang aku jumpa hari ni. Ramai pula yang berikan aku senyuman. Syukur sangat aku...

setelah kehadiran satu makhluk kecil yang begitu comel dan manja dalam hidup aku, aku tidak lagi rasa sunyi bila aku sendirian. Walaupun dia tidak berkata-kata, cuma menjerit manja, aku paham apa yang dia cuba sampaikan. Dan aku harap dia pun paham yang aku menyayanginya sangat.

Setelah beberapa tahun berada di tengah kesibukan bandar, baru hari ini aku menikmati sesuatu yang aneh. Sesuatu yang aku tidak mampu gambarkan kerana ianya hanyalah satu perasaan yang begitu indah. Sebenarnya bukan baru hari ini, tapi semenjak beberapa hari lepas aku rasakan.

Sesuatu kehilangan dari kehidupan aku bukanlah penghujungnya, kerana aku menemui banyak perkara baru dalam kehidupan. Dan aku menikmatinya dengan penuh kesyukuran. Sesuatu yang jauh dari aku mewujudkan rindu padanya, namun, apa yang aku alami semenjak akhir-akhir ini membuatkan rindu terubat. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa sedih dengan menjauhnya dia.

Merasai kegembiraan dan mengalami kemanisan hidup adalah sesuatu yang aku kagumi buat masa ini. Rasa macam tidak mahu meninggalkan apa yang aku rasa, kerana ianya sangat manis. Kalau aku diizinkan membuat manisan, akan aku maniskannya semanis perasaan ini.

Namun, kepahitan lama tidak hilang lagi. Samalah macam kita makan ubat selsema, lepas minum air pun, kadang-kadang pahitnya masih terasa di pangkal lidah. Sedang menikmati manis, terimbau rasa pahit, tapi ini bukan alasan atau halangan untuk aku menghabiskan hari-hari yang indah ini.

Lesapnya kemanisan ini tidak akan membawa kenangannya kerana, I'm So Happy Today..
and, I feel like this is the only chance for me to be happy...Alhamdulillah...syukur...

I hope, awak-awak semua akan terus gembira, walaupun I can't be there to share with you...

Saturday, December 29, 2012

KAKU JARI

Bila jari kaku, tidak dapat memasak.
bila jari kaku, tidak dapat membasuh.
bila jari kaku, tidak dapat menyuap.
bila jari kaku, tidak kenyang.

Bila jari kaku, tidak dapat menyuci diri,
bila jari kaku, tidak dapat menconteng muka,
bila jari kaku, tidak dapat membentuk selendang.
bila jari kaku, tidak cantik.
(tapi takpe sebab ada je org suka aku comot...hahaa..perasan jap.)

Bila jari kaku, tidak dapat melukis.
bila jari kaku, tidak dapat menulis.
bila jari kaku, tidak dapat menaip.
bila jari kaku, tidak terluah semua.

BILA JARI KAKU, TIMBUL SERIBU SATU MASALAH

padam lah cakaran itu...

Hidup dlm dunia y serba moden ni menyebabkan aku lupa kewujudan sesuatu y bernafas hanya kerana aku sering bersama sesuatu y mati, y tiada perasaan, y tiada nyawa. Akhirnya, y bernafas itu aku ketepikan. Bukan niat untuk menyingkir kepentingan mereka, cuma lebih sukar untk bercerita pada mereka berbanding bercerita dgn sesuatu y tiada mulut.

Namun, tidak aku nafikan y hidup itu sgt membantu aku menghadapi hari2 aku, cuma aku kdg2 malu untuk luahkan sesuatu y aku rasa hanya y mati akn menyimpan rahsia hidup aku sebaik mungkin. Kerana, sebaik mana pun y hidup itu, aku yakin begitu sukar untuk menyimpan rahsia. Tetapi, ada juga y berpegang pd janji.. dan aku kenal siapa y mampu memegang janji.

Berdasarkan kehidupan aku selama ini, mereka y hidup ini seringkali memungkiri janji utk menyimpan rahsia bila tiba satu saat mereka membenci aku. Walaupun masa tu aku rasakan cuma kecil kesalahan aku, namun mereka rasakan ianya besar. Akhirnya mereka ungkit salah y lain. Masa itu barulah aku sedar y MEMBUAT CAKARAN PADA Y MATI ADALAH LEBIH BAIK DARI BERCERITA PADA Y HIDUP DAN UNTUK MEMADAM CAKARAN PADA Y HIDUP ADALAH MUSTAHIL...sama lah seperti ksilapan aku pd y hidup tidakkan terpadam dari benak hati mereka berbanding kesilapan pd y mati dengan hanya menekan butang DELETE, done...

Dan, lebih menyedihkan y hidup itu ada lidah untuk menyampaikan. Akhirnya, aku di layan seperti y mati...tapi, apakan daya ini silap aku juga.

Saturday, November 24, 2012

don't say that....

Assalamualaikum,  salam Sabtu dan Salam Satu Malaysia. Dalam permulaan perjalanan yang jauh, saya cuba untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja selagi dia bergelar makhluk di muka bumi. dan, sesiapa y rasa dia ada kelebihan dan dia bukan makhluk biasa, dia kena ingat yang "we are same, kita sama...di sisi Allah..." Atau mungkin, "KITA HANYA MULIA DI SISI MANUSIA,TAPI HINA DI SISI ALLAH."
Saya tak rasa saya layak untuk menegur dengan tangan atau lidah, tapi saya akan cuba berdoa agar "KITA DI BERKATI".
Biarlah lidah kita terasa kejang kerana tidak berkata-kata y tidak perlu, tapi jangan siksa lidah kita dengan kekeringan dan kekejangan kerana tiada menyebut nama Yang Esa.
Biarlah kita kabur memandang penipuan syaitan, jangan kita buta untuk melihat  kekuasaan Yang Esa.
Biarlah hati kita pedih mendengar fitnah dunia, jangan hati kita lepas memohon perlindungan dari Yang Esa.
Saya risau hati saya membenci, saya risau lidah saya membelit kata, saya risau mata saya pedih menjeling, saya risau kita semua mengalaminya.
Ya Allah, lindungi aku dari melakukan apa y Engkau benci...dan lindungi aku dr fitnah dunia.
Saya bukan sahaja berdosa pada Allah, tapi saya juga berdosa pada kamu semua. Silapnya lidah saya, kamu memarahi saya, kamu menyalahkan saya, kamu membenci saya.
MAAFKAN SAYA,...