Sukarnya aku untuk mengolah apa yang aku rasa ke dalam bentuk penulisan. Kesukaran ini berpunca dari hati aku yang tidak tenang. Aku sentiasa berharap Tuhan akan memberikan aku ketenangan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.
Setiap hari, aku akan bertemu dengan pelbagai pengalaman. Tidak kiralah ianya pengalaman yang manis atau pahit. Kemudian bila tiba malam, aku akan mengimbau kembali apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Mulalah bermain difikiran aku apa yang manis. Tatkala yang pahit berlegar difikiran, mulalah air mata aku mengalir membasahi lamunan. Penyesalan, kekecewaan semuanya bermain diruang hati. Sehinggalah terdetik difikiran aku " kalaulah bukan aku...".
"Kalau" perkataan yang sepatutnya tidak wujud namun ianya kadang-kala berguna sebagai pengajaran. Bak kata orang, sakitnya cuma sementara, namun pengajaran buat selamanya.
Hidup aku menjadi tidak bertujuan bila nafsu sebagai seorang gadis yang hina menguasai diri. Puas aku menahan, namun aku tidak berkemampuan.
Orang pernah berkata, "kisah silam itu jadikanlah pengajaran..mulakanlah hidup baru". Namun bagi aku, sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku, ianya menjadi sebahagian hidup aku. Tidak hairanlah sekiranya perkara itu yang terbaik. Hanya kisah pahit yang akan terus menyelebungi hidup aku. Dia akan terus menyalahkan aku.
Kehadiran sesiapa sahaja dalam hidup aku akan memberi aku satu pengalaman yang berharga. Sekiranya seseorang itu hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidup aku. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Aku redha. Aku pasrah. Kerana Allah memiliki rahsia atas apa yang diberi kepada dan diambil dari kita.
Monday, August 16, 2010
Tuesday, August 3, 2010
mungkin ini suratanNya
ingin aku berdoa, supaya Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah dalam hari hari yang mendatang. Kerana segala apa yang mendatang telah membuatkan aku kadang-kadang berputus asa. Mungkin di pagi hari, aku merasa ceria gembira, namun semakin masa berlalu, hari aku menjadi semakin pudar. Hanya aku yang paham kenapa ini semua terjadi. Hati aku, milik aku. Namun cinta aku milik Allah.
Apa yang aku katakan, mungkin tidak akan kekal. Kerana kini hati aku, sudah terpahat di satu sudut. Mungkin sudut itu tersedia ruangnya untuk aku dan mungkin juga aku cuma berkhayal untuk berada di situ. Sudut yang aku sendiri tidak tahu ianya benar wujud atau tidak, memang benar-benar membuatku terleka dan terlena.
Hanya kerana apa yang aku lihat, aku teringin untuk berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku dengar, aku teringin berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku rasa, aku teringin untuk berada di situ.
Sudut itu, mungkin benar.
sudut itu, mungkin palsu.
Sudut itu, adakah untuk aku?
kalau dulu, aku menjumpai satu sudut yang lain, tapi sudut itu hanya mimpi bagiku.
Setelah terperap di sudut itu untuk beberapa ketika, sudut itu dah menghalau aku keluar.
ya, aku dihalau...
dan kini aku dah menjumpai sudut yang baru.
sudut itu milik....
milik....
Ya, milik dia...dia yang sentiasa aku lihat saban hari.
milik dia yang saban hari mengukir senyuman...
milik dia yang saban hari menghiburkan aku...
dia ada dekat dengan aku..sudut yang dekat, namun aku takut untuk terus mendekati sudut itu...

Thursday, July 22, 2010
DI HUJUNG HARI...
Dalam sehari, kita memiliki 24 jam..
Dalam sejam, kita memiliki 60 minit..
Dalam seminit, kita memiliki 60 saat..
....sekiranya di kali, di campur, ditolak, pasti kita akan mendapat satu nilai yang amat besar...
namun, adakah kita menggunakan nilai yang banyak itu dengan sebaiknya?
aku masih lagi teringat saat seseorang berpesan pada aku....
"gunakanlah masa sebaiknya"
sehingga kini, kata-katanya menjadi tonggak kepada hidup aku setiap hari
apa yang aku ingin kongsikan kat sini, aku tetap tidak terlepas untuk terleka dalam beberapa perkara..sehinggalah aku menjadi lupa dan alpa akan tanggungjawab aku yang sebenarnya.
kadang-kala, aku sedar yang aku sedang memesongkan arah tujuku di setiap penghujung hari, namun, aku tetap akur dengan diri aku, aku tidak mampu menabahkan hati dan menawan segala nafsu buruk...kerana aku cuma manusia biasa.
pernah juga, terkedip mata tersedar dari lamunan, namun aku tetap mengelamun..
adakalanya, aku sangkakan malam itu gelap..tapi aku salah sama sekali..kerana malam sebenarnya terang jika ianya dijadikan penghujung hari yang baik...

Saturday, July 17, 2010
rahsia Tuhan
Jodoh, ajal, pertemuan, rezeki, adalah rahsia Tuhan. Iqa redha dengan semua takdir. Namun, Iqa sentiasa menantikan bilakah rahsia ini akan terbongkar.
Dilihat dengan mata kasar, tiada yang dapat Iqa faham. namun dilihat dengan mata hati, banyak azimat tersembunyi...
Biarlah hati kita pernah bersatu dan kini terpisah jauh, doa tetap Iqa titipkan dalam setiap ibadah.
Biarlah kegembiraan bersama dah berubah kekecewaan, doa tetap Iqa titipkan sebelum tidur.
Biarlah rindu semakin menebal namun tiada dari mu, doa tetap Iqa titipkan setiap kali membuka mata.
Biarlah berjauhan di mata namun di hati Iqa tetap ada dia...
Biarlah Iqa tidak tahu apa rasanya dia, doa tetap Iqa panjatkan agar diberi penggantinya...
Iqa sentiasa rindu pada senyuman itu,
Iqa sentiasa rindu pada gelak tawa itu,
Iqa sentiasa rindu pada suara manja itu,
Iqa sentiasa teringat akan dia..tidak kira di mana Iqa berada...
tatkala bersendiri, bayangan dia ada saja meneman...
seperti baru semalam kita berjumpa...
seperti baru semalam kau katakannya...
seperti baru semalam Iqa melihat wajah mu..
sedar tidak sedar, kini sudah lama kita berpisah..
namun, ingatlah...
cinta yang dulu meskipun telah musnah, adalah sesuatu yang tidak akan Iqa lupakan...
biar sampai mati..
Andailah..hadir jodoh yang ditentuNya, dan dia bukanlah kau...
aku akur..dan aku akan membuatnya bahagia...
KERANA...ini semua Rahsia Tuhan yang dapat dibongkar satu persatu tika saatnya tiba

Tuesday, June 29, 2010
Monday, June 28, 2010
Lagi sejuk rupanya...
bertahun aku dan keluarga aku menggunakan kereta toyota lama..
tak de air con pun..guna udara segar je..
sekarang ni, kami ada rezeki..
guna lah kereta yang baru...adalah air con.
betapa bersyukurnya kami tatkala melangkah masuk ke dalam kereta tidak lagi sepanas dulu..
nyama rasanya..
siang tadi, aku mengikut papa ke pusat servis kereta...beberapa ketika, agen servis kereta pun selesai menjalankan tugas..
dengan selesanya, aku , mama and papa melangkah masuk ke dalam kereta.
duduk2 je, papa on air con..
"mak ai,..sejuknya.."
mama, papa serentak cakap camtu..
aku yang duduk di sit belakang lambat skit rasa kesejukannya..
memang nyata betapa nyamannya aircon kereta kami..
Rupa-rupanya, selama ini, sistem aircon kereta tu tersumbat. Namun kami tidak menyedarinya sebab kami dh rasa nyaman dari kereta lama kami yang dulu.
betapa bersyukurnya kami sehinggakan kami tidak tahu yang sebenarnya aircon kereta lebih nyaman dari yang kami sangka dan rasa sebelum ni..
itulah dia bila insan yang tidak pernah merasai betapa sejuknya aircon kereta baru..hehe..
apa yang kelakarnya, belum sampai kat rumah lagi, aku mama and papa selalu ckp "sejuknya.." sambil gelak tak henti..

Thursday, June 24, 2010
bait2 kata
Tanpa cinta mu aku resah , tanpa kasih mu....
Mungkin di sini kita kan berpisah, walau seketika terjalin kasih kita....

Subscribe to:
Posts (Atom)