Saturday, October 2, 2010

ICT : jalan2 dengan keluarga...

:) senyum ikhlas buat keluarga tercinta

Mungkin Allah dah tulis yang apa jua dugaanNya pada aku, tetap Dia hadirkan kegembiraan. Tadi, ma pa and apit datang kat shah alam ni sbb bawak tok de, nenek che nah, maklong and family ke ICT. So, pa pun jemput aku kt uitm shah alam b4 kami 2 kereta bertolak ke ICT. Walaupun sekejap je dapat jalan kat ICT disebabkan hujan n kesesakan. Tambah plak kaki tokde dah sakit, so, sejam je lah kami di situ.
Ape2 pun, aku gembira sangat..terubat sikit tekanan yang aku dapat sejak akhir2 ni.. IQA sayang MA , Pa, Apit and semua...MMMMMMMMMMMMMMuuuuaaHHHHH...terubat juga rindu kat semua....

Dr depan, nenek chenah, ma, pa, paklong,maklog, siti(anak maklong)


satu2 nya yang sempat dilawati, sbb hujan


Tokde, the head of our big family. act tokde bukanlah ayah kepada ma, dia adik kepada nenek yang merupakan mak kepada ma. Tapi Tokde yang dh jaga ma dr kecik sbb arwah atok belah mak dh lama meninggal. Kalau tokde tiada, aku tak mungkin aku sekarang..Tokde yang menjaga keluarga aku. Mungkin bukan pada mata kasar, tapi di dalam doanya. Aku tetap sayangkan tokde. Semoga Allah panjangkan usianya kerana aku tahu, semua orang sayangkan dia dan perlukan dia.


Tokde setia disamping kakaknya. Ini yang dipanggil air tak kan putus kalau dicincang, inikan pula saudara kandung. Tokde yang plan nak jalan kt ICT, tp sampaikan park ICT, dia trus tanya ubat kat kakak dia sbb dh sakit kaki..hehe.. Nenek Che nah pun dgn sabar melayan kerenah adik nya sorng ni..huhu..

kat park je sempat amek gmbar sbb hujan dh..

Tokde dan Nenek Che Nah, apa salah mereka sampaikan anak cucu susah nak balik kampung eh? Yang aku tahu, orang tua, biasalah suka membebel. Tapi kan, klu bukan anak cucu buat salah, nape lah diorang nak bebelkan? Dah tanggungjawab dorang utk menjaga keturunan dorng.
p/s: kepada Maklong, Pokde, Busu and family...baliklah kampung selalu-slalu. Jangn nak tunggu raya, jangan nak tunggu anak nak pekse, jangan nak tunggu orang tua dua orng ni terlantar, jangan nak tunggu bila nak dpt harta(tupun klu ada), jangan nak tunggu terlambat baru nak balik ye...ingatlah, klu bukan tokde ngn nenek yang jaga Maklong, Pokde n Busu dr kecik, tak mungkin semua dpt hidup sendiri hr ni.
Kepada cucu2 mereka, bilangan kita memang sedikit, dan aku tahu korang semua sibuk dgn kelas n kerja2, tapi tolonglah jangan malas nak ajak mak ayah korang blik kmpung bila free.
Nenek n tokde klu marah pun, bukan dorng tk syg korang, sbb dorg syglah dorng bising. Dah adat, aku cuma takut, t sampailah satu hari korang akan rindukan suara mereka. Allah akan ambil sesiapa sahaja pulang ke sisiNya, dan tidak mustahil utnk antara kita akan pergi dulu, so, jangan rugikan peluang yang ada utk berbakti pada mereka y byk membantu keluarga kita naik satu masa dlu. Janganlah kita pandang pada kata2 mereka sbb mereka tidak bermaksud utk melukakan cuma itulah cara mereka.
Kak Lin, Kak ngah, Dayang, Siti, Noi, Firdaus...korang semua dh besar kan..korang tentu paham.
kepada adik2 sepupu ku y kecil lg, mungkin korang belum paham...tp korng akan phm nnti.
Semoga korang berpeluang berbakti pd tok de n nenek..

Thursday, September 30, 2010

macam ni punya gila pun ada..

Aku pasti yang korang semua mst prnah dgr macam2 jenis gila, tapi korang mungkin tak perasan yang kami sekeluarga terpaksa menghadapi satu kegilaan orang melayu yang nak raya tiap2 kali menjelangnya hari raya. Kegilaan mereka kadang2 membuatkan kami tak cukup tidur. Mana tak nya, aku tengok, mak ayah aku tu, time nak berbuka baru balik ke rumah, lain waktu pun duk kat bengkel lagi menjahit. Alamatnya, juadah berbuka puasa beli je kat bazar.

Nak dijadikan cerita, syarikat kecil mak n ayah aku (Paling Atas Ent) telah beroperasi lebih dari 4 tahun kalau tak silap aku lah. Setiap kali bulan puasa, dorng akan menyertai ekspo promosi aidilfitri kat kompleks kraf Kuala Lumpur, jalan Conlay. Kalau aku tak silap, dalam dua minggu jugalah dorng akan berniaga di sana. Dan dalam dua minggu tu, aku rasa 4 5 kali jugak lah ayah aku kena balik ke melaka untuk membeli baldu dan bahan-bahan wat songkok sebabnya, baru beberapa hari je berniaga, songkok dah habes dijual. Alhamdulillah, rezeki keluarga kami murah bila nak raya.

Apa yang wat kami sekeluarga menggelabah bilanya ada 3 4 hari lg nak habis ekspo, tapi semua songkok dh habes dijual dan segala macam bahan dh habes. Mak n ayah aku pn dh penat.

Disebabkan kehabisan barang, mak n ayah mengambil keputusan utk mengambil tempahan utnk hari raya...dan inilah AKIBATNYA...



dua hari lagi nak raya, ayah aku masih lagi bersama2 dengan songkok2 yang hendak dipos..

nah, amek kau..KL, Johor..Sabah....kwsn pedalamn pun ada tau..haha...
and apa yang bestnya, Chef Yang (selebriti chef y slalu kuar tv3) pun order gitu..hehe

Monday, September 27, 2010

PEMBETULAN, NAIM ESPECIALLY..AHAHA

Kelewatan pelajar perempuan EC220 ke kelas fluid ptg td adalah bukan berpunca dari kami ni pakai blusher k ...
kami semua tidak memakai blusher taw.... haha...
naim, naim , sat g aku sapu blusher kt ko baru tau..terus jadi NAIMah..hahaha..

p/s : untuk naim...ehehe





dedicated for Prof Dr Junaidah


tunggu saya tau Prof. Dr Junaidah wahai lecturer ku sayang..
hari ni saya janji tk kan datang lambat lg..hehe..sy tk tidur pun tgh hari sbb takut oversleep mcm last week..hehe..







how do i feel right now?


sedih betul bila orang yang kita selalu ingat tapi dia sibuk ngan hobi dia...


rasa je aku nak jerit macam budak pompuan ni..geram nyee....


tapi, bila dia tiba2 msg ngn lawak yang comel...call dgn nada kelakar walaupun cuma 5 minit,..aku btul2 terhibur


sebab tu walau apa dia wat, aku tetap tak kan marah tak tentu pasal ..sebab..em..sebab...




















Saturday, September 25, 2010

25th September 2010

just a date of im trying to release out all my problems..i've spent all my credit phone to call my best friend and someone..im looking for happiness..and i found it..

really miss my family even im just leave my hometown only for a week ago..every day, my mom call my number, but it still not enough..i still miss my family..

thinking of idea to make a new post for my blog, but it seems does not work..
i cant be a good writer right now, i dont know why, but that is my problem..

Monday, August 16, 2010

jadilah gadis di dalam bekas kaca...

Sukarnya aku untuk mengolah apa yang aku rasa ke dalam bentuk penulisan. Kesukaran ini berpunca dari hati aku yang tidak tenang. Aku sentiasa berharap Tuhan akan memberikan aku ketenangan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Setiap hari, aku akan bertemu dengan pelbagai pengalaman. Tidak kiralah ianya pengalaman yang manis atau pahit. Kemudian bila tiba malam, aku akan mengimbau kembali apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Mulalah bermain difikiran aku apa yang manis. Tatkala yang pahit berlegar difikiran, mulalah air mata aku mengalir membasahi lamunan. Penyesalan, kekecewaan semuanya bermain diruang hati. Sehinggalah terdetik difikiran aku " kalaulah bukan aku...".
"Kalau" perkataan yang sepatutnya tidak wujud namun ianya kadang-kala berguna sebagai pengajaran. Bak kata orang, sakitnya cuma sementara, namun pengajaran buat selamanya.

Hidup aku menjadi tidak bertujuan bila nafsu sebagai seorang gadis yang hina menguasai diri. Puas aku menahan, namun aku tidak berkemampuan.

Orang pernah berkata, "kisah silam itu jadikanlah pengajaran..mulakanlah hidup baru". Namun bagi aku, sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku, ianya menjadi sebahagian hidup aku. Tidak hairanlah sekiranya perkara itu yang terbaik. Hanya kisah pahit yang akan terus menyelebungi hidup aku. Dia akan terus menyalahkan aku.

Kehadiran sesiapa sahaja dalam hidup aku akan memberi aku satu pengalaman yang berharga. Sekiranya seseorang itu hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidup aku. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Aku redha. Aku pasrah. Kerana Allah memiliki rahsia atas apa yang diberi kepada dan diambil dari kita.