Saturday, December 29, 2012

KAKU JARI

Bila jari kaku, tidak dapat memasak.
bila jari kaku, tidak dapat membasuh.
bila jari kaku, tidak dapat menyuap.
bila jari kaku, tidak kenyang.

Bila jari kaku, tidak dapat menyuci diri,
bila jari kaku, tidak dapat menconteng muka,
bila jari kaku, tidak dapat membentuk selendang.
bila jari kaku, tidak cantik.
(tapi takpe sebab ada je org suka aku comot...hahaa..perasan jap.)

Bila jari kaku, tidak dapat melukis.
bila jari kaku, tidak dapat menulis.
bila jari kaku, tidak dapat menaip.
bila jari kaku, tidak terluah semua.

BILA JARI KAKU, TIMBUL SERIBU SATU MASALAH

padam lah cakaran itu...

Hidup dlm dunia y serba moden ni menyebabkan aku lupa kewujudan sesuatu y bernafas hanya kerana aku sering bersama sesuatu y mati, y tiada perasaan, y tiada nyawa. Akhirnya, y bernafas itu aku ketepikan. Bukan niat untuk menyingkir kepentingan mereka, cuma lebih sukar untk bercerita pada mereka berbanding bercerita dgn sesuatu y tiada mulut.

Namun, tidak aku nafikan y hidup itu sgt membantu aku menghadapi hari2 aku, cuma aku kdg2 malu untuk luahkan sesuatu y aku rasa hanya y mati akn menyimpan rahsia hidup aku sebaik mungkin. Kerana, sebaik mana pun y hidup itu, aku yakin begitu sukar untuk menyimpan rahsia. Tetapi, ada juga y berpegang pd janji.. dan aku kenal siapa y mampu memegang janji.

Berdasarkan kehidupan aku selama ini, mereka y hidup ini seringkali memungkiri janji utk menyimpan rahsia bila tiba satu saat mereka membenci aku. Walaupun masa tu aku rasakan cuma kecil kesalahan aku, namun mereka rasakan ianya besar. Akhirnya mereka ungkit salah y lain. Masa itu barulah aku sedar y MEMBUAT CAKARAN PADA Y MATI ADALAH LEBIH BAIK DARI BERCERITA PADA Y HIDUP DAN UNTUK MEMADAM CAKARAN PADA Y HIDUP ADALAH MUSTAHIL...sama lah seperti ksilapan aku pd y hidup tidakkan terpadam dari benak hati mereka berbanding kesilapan pd y mati dengan hanya menekan butang DELETE, done...

Dan, lebih menyedihkan y hidup itu ada lidah untuk menyampaikan. Akhirnya, aku di layan seperti y mati...tapi, apakan daya ini silap aku juga.

Saturday, November 24, 2012

don't say that....

Assalamualaikum,  salam Sabtu dan Salam Satu Malaysia. Dalam permulaan perjalanan yang jauh, saya cuba untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja selagi dia bergelar makhluk di muka bumi. dan, sesiapa y rasa dia ada kelebihan dan dia bukan makhluk biasa, dia kena ingat yang "we are same, kita sama...di sisi Allah..." Atau mungkin, "KITA HANYA MULIA DI SISI MANUSIA,TAPI HINA DI SISI ALLAH."
Saya tak rasa saya layak untuk menegur dengan tangan atau lidah, tapi saya akan cuba berdoa agar "KITA DI BERKATI".
Biarlah lidah kita terasa kejang kerana tidak berkata-kata y tidak perlu, tapi jangan siksa lidah kita dengan kekeringan dan kekejangan kerana tiada menyebut nama Yang Esa.
Biarlah kita kabur memandang penipuan syaitan, jangan kita buta untuk melihat  kekuasaan Yang Esa.
Biarlah hati kita pedih mendengar fitnah dunia, jangan hati kita lepas memohon perlindungan dari Yang Esa.
Saya risau hati saya membenci, saya risau lidah saya membelit kata, saya risau mata saya pedih menjeling, saya risau kita semua mengalaminya.
Ya Allah, lindungi aku dari melakukan apa y Engkau benci...dan lindungi aku dr fitnah dunia.
Saya bukan sahaja berdosa pada Allah, tapi saya juga berdosa pada kamu semua. Silapnya lidah saya, kamu memarahi saya, kamu menyalahkan saya, kamu membenci saya.
MAAFKAN SAYA,...



Thursday, August 30, 2012

Lagi Bagus Kalau Awak Senyap

Saya masih ingat yang saya pernah menulis tentang "Lebih Baik Tidak Berkata Apa-apa" dan sekarang, saya rasa yang 'awak' tidak pernah ambil berat tentang tajuk itu. Jadi, hari ini, saya nak ulang sekali lagi pada 'awak' bahawa "LAGI BAGUS KALAU AWAK SENYAP''. Antara alasan kenapa saya suruh 'awak' senyap adalah :

1. Awak tidak tahu apa yang awak katakan.
2. Awak tidak paham setiap patah perkataan yang awak sedang ungkapkan , sedangkan perkataan itu besar kemungkinan akan memakan awak semula.
3. Awak tidak sedar di mana dan waktu bila awak sedang bercakap.
4. Awak lupa untuk perhatikan siapa yang ada di sekeliling awak waktu itu.
5. Awak tidak tahu yang itu tidak digalakkan dalam budaya dan agama kita.
6. dan....saya rasa awak gagal untuk berkata apa yang patut sahaja...

Sebelum awak berkata apa-apa, adalah lebih bagus awak memikirkannya sejenak walaupun cuma beberapa saat. Kalau awak berkata tanpa berfikir, buruk akibatnya. Antara perkara yang patut awak fikirka waktu itu :
1. Sesuai atau tidak waktu sekarang untuk aku cakap perkara ni?
2. Patut ke aku cakap di tempat ni?
3. Siapa yang ada dengan aku dan dia?
4. Apa sebab untuk aku cakapkan sekarang?
5. Betul ke apa yang aku nak cakapkan? Sahih ke?
6. Aku rasa aku pun salah, apa salahnya aku betulkan diri aku dulu.
7. Nanti bila ada masa yang sesuai dan aku dah bersedia untuk bersama-sama dia untuk berubah, baru aku cakap dan nasihatkan dia dan diri aku sendiri.

Kalau awak berkata tanpa berfikir, awak tahu apa akibatnya???
1. Awak juga yang malu.
2. Kesalahan awak akan diungkit dan mungkin juga awak akan "disembur" semula masa itu juga.
3. Orang lain akan hilang rasa hormat pada awak terutamanya orang yang lebih muda dari awak dan mereka ada waktu itu.
4. Awak adalah manusia yang hina di mata saya.
5. Awak tidak lagi layak untuk berkata apa-apa sehingga awak berfikir betapa bodohnya awak masa itu.
6. Awak gagal mengajak orang melakukan kebaikan dengan cara awak yang salah, padahal awak mungkin boleh perbetulkan dia tanpa pengetahuan orang lain (keluarga dan rakan2nya)
7. Awak sudah menjatuhkan air muka orang yang saya sayang dan saya tidak akan lupa.
8. Satu hari nanti, awak akan 'jatuh' di hadapan saya bersama-sama kata-kata bodoh awak tu, ingat!

Saya pun ingatkan diri saya sendiri...so, ingat ye awak, "Lagi Bagus Kalau Awak Senyap"...

Saturday, June 30, 2012

Promosi Kerja Kahwin

Jom beramai-ramai datang ke Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur untuk tiga hari terakhir promosi kerja kahwin 2012.

Booth Paling Atas Enterprise juga ada dan untuk maklumat lanjut mengenai produk2 Paling Atas Enterprise, anda boleh melayari laman web berikut :

Paling Atas Enterprise

Songkok

Thursday, June 21, 2012

anugerah Allah untuk aku, SAHABAT y hebat

Sedangkan api menyala dalam hati tidak sedikit pun membakar mereka.
Sedangkan mereka terasa kehangatan bara api tidak sedikit pun membuat mereka berpeluh.
Sedangkan tiada air pun mereka berjaya mengelak dari hangus.

Itulah kehebatan mereka y mampu memadam api aku y tidak berjaya di kawal.
Andai mereka ingin tahu, aku bukanlah pemetik api, aku sukar mengawal api...
Aku adalah seperti mancis tidak pandai mengawal api, sekali aku terbakar, aku akan terus membakar sehingga aku sendiri y sakit.

Andai mereka ingin tahu, aku tidak sepandai pencerita untuk menceritakan apa aku rasa...
Aku cuma penulis y sudah lama gagal menyuratkan apa y tersirat. Itulah kelemahanku. 
Kalau aku gembira, aku tidak pandai menceritakan..
Kalau aku sedih, aku cuma tahu menangis...
Kalau aku takut, aku rasa seperti menggigil...
Kalau aku marah, aku tak tahu kenapa aku tak dapat jangka apa yang akan berlaku
itulah kelemahanku, dan aku sedar aku menyukarkan kehidupan orang lain dengan kelemahan aku...mungkin MAAF sahaja tidak mampu, tapi aku harap sangat mereka menerima maaf aku.


KAWAN2, im really sorry for everything...

Tuesday, June 19, 2012

Disiplin yang papa n mama saya ajar

DISIPLIN DI MEJA MAKAN
1.Jangan makan berbunyi.
2. Jangan ketuk jari atas pinggan semasa atau selepas makan.
3. Jangan tegur apa yang orang baru nak makan tu, dengan cakap keburukan makanan itu. Contoh: Eh, .....kan tak baik untuk kesihatan.