Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Lalu kedai arak, kita bau arak. lalu kedai minyak wangi, kita bau wangi

pengalaman aku yang berniaga di the zon mall ni since 27 mei yang lalu banyak mengajar aku. Untuk pengetahuan semua, the zon mall ni merupakan shopping yang menjadi tmpt berkumpul orang yang meminum arak, kerana shopping ini juga dikenali sebagai bebas cukai. so, harga arak agak murah, tu pun kata orang lah, aku ni bukan tau pun. Disebabkan tempat ni ramai orang yang mabuk, maka ramailah gadis2 seksi yang tidak terlepas gadis melayu. Malu rasanya melihat mereka rosak sebegitu.
Hendak dijadikan cerita, peniaga sebelah booth aku ni cina lelaki, time dia nak gi toilet, trtembung ngan seorang 'bapa ayam' yang juga berbangsa cina. Peniaga ni pun telah dipelawa untuk melanggan mana2 gadis milik bapa ayam itu. walaubagaimanapun, peniaga itu terus lari ke booth nya. alangkah kelakarnya, si bapa ayam yang mencari pelanggan tapi tidak kira siapa asalkan mampu memberinya keuntungan.

dua hari yang lepas, aku pun mengalami situasi yang lebih kurang camtu. even aku ni pakai tudung, blause labuh time tu, ada gak seorang lelaki cina 30-an menghampiri aku dengan bau arak smbil tanya kt aku ''any boy waiting for you?"...
cuba korang bayangkan klu ada gadis yang pakai seksi, komformlah lelaki tu tarik dia trus..huhu..

Wednesday, May 5, 2010

JAM TANGAN

tiap kali waktu berdetik, masa akan meninggalkan aku..
kadang-kadang aku tak mampu mengejar detik yang semakin pantas meninggalkan aku...
setiap detik amat bermakna jika diguna sebaiknya,
tapi ianya hanya membuang nikmat jika disiakan..

mengenai tajuk aku tgh harini, Jam Tangan...
sinonim dgn waktu..masa...detik..
aku sentiasa mencuba untuk mematuhi setiap detik yang berlalu, namun aku cuma manusia biasa yang kadang-kala terleka dek kehidupan seharian yang semakin hari semakin moden dan maju...
ada juga masa aku terbuang disebabkan angan2, khayalan..mimpi..
sungguh merugikan, bukan?
tapi, itulah hakikat tentang diri aku yang kadang kala mengabaikan waktu yang bermakna..dan amat mahal...

tentang Jam Tangan, disebabkan aku sentiasa dididik untuk mematuhi masa, aku merasakan jam tangan amat penting..
sejak aku pandai tengok jam, aku mula memakai jam tangan bila keluar dari rumah...
kalau tak pakai, kekok sangat rasanya..

jam tangan yang aku pakai dulu-dulu, cuma berharga 10-20 ringgit M'sia je..
tp, since last year, akak aku hadiahkan jam yang agak mahal..trima kasih along..hehe..
and then sejak tu lah aku tak lagi bertukar-tukar jam mengikut mood..hehee..

ada lagi satu perkara yang berkaitan dengan jam tangan..

aku ni, suka perhatikan orang dengan bermula di tangan..maknanya, aku akan perhatikan orang itu pakai jam tangan ke tak..biasanya perkara ni berlaku bila aku berjumpa dengan seseorang itu buat kali yang pertama...

bagi aku, kalau orang itu memakai jam tangan, dia berdisplin...itu cuma tanggapan aku..siapakah dia yang sebenarnya? aku tak kesah lah..
n bagi aku jugak, orang yang pakai jam tangan tu smart..emm..smart cmne ? aku tak tau nak jelaskan..tak kesah lah dia gurl or boy, but for me, jam tangan is my first view to others...aahahaa