Saturday, July 25, 2009
bila kita duk bersama...
"hm..aa...mm.." apa eh aku nak ckp td...?...( lupa slalu apa yang nak dickpkan)
" bole..bole..." dan dan gagap...
hehe...
tu adalah simptom bila aku brada di dpn orng yang...ehem2..hahaa
oit..bukan aku je tau..mst orng len pun ada cmni kan? hahaa...tipu dosa tau...
Sunday, July 19, 2009
SELAMAT PAGI CINTA
GOOD MORNING... when I open my eyes, i can see how wonderful this world. God love me, so He give me one more chance to open my eyes in the morning then, I can meet with anything that I love... I can tell them that I love them...
What do I love?
#my parents#
#my family#
#my friends#
#my life#
#my love that Allah give for me soon#
Saturday, July 18, 2009
EMAK..IBU..MAMA
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,
“Tak payah” katanya
“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…
“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”
Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.
Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”
Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.
“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”
Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,
“Mak nak apa… Nak ambilkan…”
“Takpa nak rasa ni sikit.”
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.
YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINNFriday, July 17, 2009
PESAN AYAH
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergiI ke BATU NESAN!!!
antara JIWA dan PERASAAN
dan tanpa diduga, semasa annual grand meeting of Dean's Club yang lalu semua ahli kelab telah
diberi persoalan "apa itu jiwa dan apa itu perasaan"
berdasarkan kepada jawapan-jawapan ahli Dean's Club, aku dapat membuat rumusan di sini mengenai persoalan unik tu...
JIWA...JIWA...JIWA
jiwa lebih dikenali sebagai naluri yang terdapat dalam diri kita..kiranya ianya adalah sesuatu yang duduk jauh di satu sudut di hati kita... ianya adalah tersirat dan tiada siapa mampu menguraikan apa yang ada dalam jiwa melainkan empunya diri...
PERASAAN...PERASAAN...PERASAAN
tersurat..itulah ciri-ciri perasaan...orang lain mampu menilai apa perasaan seseorang itu dengan melihat wajahnya, perlakuannya dan mendengar kata-katanya...
namun, pernah juga perasaan itu disalah tafsir... perasaan mampu menipu diri kita sendiri..kita mampu mengawal perasaan..namun kita tidak mampu mengawal jiwa...
perasaan juga digelar sesuatu paparan luaran diri setiap insan...
di tanya lagi kepada kami...
"CINTA itu jiwa atau perasaan?"
lelaki : perasaan
perempuan : jiwa