Thursday, August 30, 2012

Lagi Bagus Kalau Awak Senyap

Saya masih ingat yang saya pernah menulis tentang "Lebih Baik Tidak Berkata Apa-apa" dan sekarang, saya rasa yang 'awak' tidak pernah ambil berat tentang tajuk itu. Jadi, hari ini, saya nak ulang sekali lagi pada 'awak' bahawa "LAGI BAGUS KALAU AWAK SENYAP''. Antara alasan kenapa saya suruh 'awak' senyap adalah :

1. Awak tidak tahu apa yang awak katakan.
2. Awak tidak paham setiap patah perkataan yang awak sedang ungkapkan , sedangkan perkataan itu besar kemungkinan akan memakan awak semula.
3. Awak tidak sedar di mana dan waktu bila awak sedang bercakap.
4. Awak lupa untuk perhatikan siapa yang ada di sekeliling awak waktu itu.
5. Awak tidak tahu yang itu tidak digalakkan dalam budaya dan agama kita.
6. dan....saya rasa awak gagal untuk berkata apa yang patut sahaja...

Sebelum awak berkata apa-apa, adalah lebih bagus awak memikirkannya sejenak walaupun cuma beberapa saat. Kalau awak berkata tanpa berfikir, buruk akibatnya. Antara perkara yang patut awak fikirka waktu itu :
1. Sesuai atau tidak waktu sekarang untuk aku cakap perkara ni?
2. Patut ke aku cakap di tempat ni?
3. Siapa yang ada dengan aku dan dia?
4. Apa sebab untuk aku cakapkan sekarang?
5. Betul ke apa yang aku nak cakapkan? Sahih ke?
6. Aku rasa aku pun salah, apa salahnya aku betulkan diri aku dulu.
7. Nanti bila ada masa yang sesuai dan aku dah bersedia untuk bersama-sama dia untuk berubah, baru aku cakap dan nasihatkan dia dan diri aku sendiri.

Kalau awak berkata tanpa berfikir, awak tahu apa akibatnya???
1. Awak juga yang malu.
2. Kesalahan awak akan diungkit dan mungkin juga awak akan "disembur" semula masa itu juga.
3. Orang lain akan hilang rasa hormat pada awak terutamanya orang yang lebih muda dari awak dan mereka ada waktu itu.
4. Awak adalah manusia yang hina di mata saya.
5. Awak tidak lagi layak untuk berkata apa-apa sehingga awak berfikir betapa bodohnya awak masa itu.
6. Awak gagal mengajak orang melakukan kebaikan dengan cara awak yang salah, padahal awak mungkin boleh perbetulkan dia tanpa pengetahuan orang lain (keluarga dan rakan2nya)
7. Awak sudah menjatuhkan air muka orang yang saya sayang dan saya tidak akan lupa.
8. Satu hari nanti, awak akan 'jatuh' di hadapan saya bersama-sama kata-kata bodoh awak tu, ingat!

Saya pun ingatkan diri saya sendiri...so, ingat ye awak, "Lagi Bagus Kalau Awak Senyap"...