Friday, January 9, 2015

2014, kenapa kau tinggalkan aku?

365 siang berlalu dalam hidup aku, 2014 banyak memberi kenangan dan pengajaran pada aku.
2014 membawa cinta
2014 membawa bahagia
2014 membawa kejayaan
2014 membawa cita-cita

2014 tidak lupa memberi aku merasai kesedihan dan perpisahan.

Terima kasih 2014 kerana memberi aku pelbagai rasa dalam kehidupan ni.

2014,kenapa kau tinggalkan aku? Sedangkan aku tidak merasa puas dengan kenangan yang aku beri kepada kau. Kenapa kau tinggalkan aku saat impian ada yang belum tercipta.

2014 : Aku bukan pergi dengan tangan kosong. Banyak kiriman kau buat aku. Aku pasti kau akan sentiasa ingatkan aku saat kau mengenangkan kiriman ini. Aku bukan tinggalkan kau, aku cuma beri kau ruang bagi mencipta kenangan baru. Kau carilah teman baru, kalau kau tak jumpa, tak apa, aku kenalkan kau dengan sahabat baru yang tidak akan tinggalkan kau. Dia tetap dengan kau hinggalah 365 siang telah berlalu. Terimalah 2015 dengan hati yang terbuka. Dia pasti akan memberi kau kehidupan yang lebih matang.

2015 : Terimalah aku. Isikanlah hari-hari kau dengan senyuman. Penuhi aku dengan kenangan terindah dalam hidup kau.

Aku : Terima kasih, 2014.

Cinta datang dan pergi, ada cinta yang pernah bertakhta bersama 2008 dan hilang semula bersamanya, cinta itu datang lagi bersama kau,2014. Kenapa kau bawa cinta itu dan kau minta aku mengatasinya bersama 2015? Sedangkan 2010 telah beri aku cinta yang kekal hingga saat ini...

2014, kau buat aku bingung.