Wednesday, April 3, 2013

why I'm so happy today???

hai sayang2 semua, salam sejahtera...salam sayang..salam terakhir...
Kenapa saya terlalu gembira hari ini? Macam ada yang pelik bila aku sentiasa bertenaga dari pagi hari. Segala-galanya seperti mimpi di mana aku tidak henti tersenyum dan ketawa. Dan dengan ini, aku ucapkan Alhamdulillah kepada Allah yang telah memberikan aku peluang menikmati hidup yang tidak kekal. Hari ini, peluang yang di beri begitu luas, ada di merata-rata kegembiraan yang aku jumpa hari ni. Ramai pula yang berikan aku senyuman. Syukur sangat aku...

setelah kehadiran satu makhluk kecil yang begitu comel dan manja dalam hidup aku, aku tidak lagi rasa sunyi bila aku sendirian. Walaupun dia tidak berkata-kata, cuma menjerit manja, aku paham apa yang dia cuba sampaikan. Dan aku harap dia pun paham yang aku menyayanginya sangat.

Setelah beberapa tahun berada di tengah kesibukan bandar, baru hari ini aku menikmati sesuatu yang aneh. Sesuatu yang aku tidak mampu gambarkan kerana ianya hanyalah satu perasaan yang begitu indah. Sebenarnya bukan baru hari ini, tapi semenjak beberapa hari lepas aku rasakan.

Sesuatu kehilangan dari kehidupan aku bukanlah penghujungnya, kerana aku menemui banyak perkara baru dalam kehidupan. Dan aku menikmatinya dengan penuh kesyukuran. Sesuatu yang jauh dari aku mewujudkan rindu padanya, namun, apa yang aku alami semenjak akhir-akhir ini membuatkan rindu terubat. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa sedih dengan menjauhnya dia.

Merasai kegembiraan dan mengalami kemanisan hidup adalah sesuatu yang aku kagumi buat masa ini. Rasa macam tidak mahu meninggalkan apa yang aku rasa, kerana ianya sangat manis. Kalau aku diizinkan membuat manisan, akan aku maniskannya semanis perasaan ini.

Namun, kepahitan lama tidak hilang lagi. Samalah macam kita makan ubat selsema, lepas minum air pun, kadang-kadang pahitnya masih terasa di pangkal lidah. Sedang menikmati manis, terimbau rasa pahit, tapi ini bukan alasan atau halangan untuk aku menghabiskan hari-hari yang indah ini.

Lesapnya kemanisan ini tidak akan membawa kenangannya kerana, I'm So Happy Today..
and, I feel like this is the only chance for me to be happy...Alhamdulillah...syukur...

I hope, awak-awak semua akan terus gembira, walaupun I can't be there to share with you...