Saturday, December 29, 2012

KAKU JARI

Bila jari kaku, tidak dapat memasak.
bila jari kaku, tidak dapat membasuh.
bila jari kaku, tidak dapat menyuap.
bila jari kaku, tidak kenyang.

Bila jari kaku, tidak dapat menyuci diri,
bila jari kaku, tidak dapat menconteng muka,
bila jari kaku, tidak dapat membentuk selendang.
bila jari kaku, tidak cantik.
(tapi takpe sebab ada je org suka aku comot...hahaa..perasan jap.)

Bila jari kaku, tidak dapat melukis.
bila jari kaku, tidak dapat menulis.
bila jari kaku, tidak dapat menaip.
bila jari kaku, tidak terluah semua.

BILA JARI KAKU, TIMBUL SERIBU SATU MASALAH

padam lah cakaran itu...

Hidup dlm dunia y serba moden ni menyebabkan aku lupa kewujudan sesuatu y bernafas hanya kerana aku sering bersama sesuatu y mati, y tiada perasaan, y tiada nyawa. Akhirnya, y bernafas itu aku ketepikan. Bukan niat untuk menyingkir kepentingan mereka, cuma lebih sukar untk bercerita pada mereka berbanding bercerita dgn sesuatu y tiada mulut.

Namun, tidak aku nafikan y hidup itu sgt membantu aku menghadapi hari2 aku, cuma aku kdg2 malu untuk luahkan sesuatu y aku rasa hanya y mati akn menyimpan rahsia hidup aku sebaik mungkin. Kerana, sebaik mana pun y hidup itu, aku yakin begitu sukar untuk menyimpan rahsia. Tetapi, ada juga y berpegang pd janji.. dan aku kenal siapa y mampu memegang janji.

Berdasarkan kehidupan aku selama ini, mereka y hidup ini seringkali memungkiri janji utk menyimpan rahsia bila tiba satu saat mereka membenci aku. Walaupun masa tu aku rasakan cuma kecil kesalahan aku, namun mereka rasakan ianya besar. Akhirnya mereka ungkit salah y lain. Masa itu barulah aku sedar y MEMBUAT CAKARAN PADA Y MATI ADALAH LEBIH BAIK DARI BERCERITA PADA Y HIDUP DAN UNTUK MEMADAM CAKARAN PADA Y HIDUP ADALAH MUSTAHIL...sama lah seperti ksilapan aku pd y hidup tidakkan terpadam dari benak hati mereka berbanding kesilapan pd y mati dengan hanya menekan butang DELETE, done...

Dan, lebih menyedihkan y hidup itu ada lidah untuk menyampaikan. Akhirnya, aku di layan seperti y mati...tapi, apakan daya ini silap aku juga.

Saturday, November 24, 2012

don't say that....

Assalamualaikum,  salam Sabtu dan Salam Satu Malaysia. Dalam permulaan perjalanan yang jauh, saya cuba untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja selagi dia bergelar makhluk di muka bumi. dan, sesiapa y rasa dia ada kelebihan dan dia bukan makhluk biasa, dia kena ingat yang "we are same, kita sama...di sisi Allah..." Atau mungkin, "KITA HANYA MULIA DI SISI MANUSIA,TAPI HINA DI SISI ALLAH."
Saya tak rasa saya layak untuk menegur dengan tangan atau lidah, tapi saya akan cuba berdoa agar "KITA DI BERKATI".
Biarlah lidah kita terasa kejang kerana tidak berkata-kata y tidak perlu, tapi jangan siksa lidah kita dengan kekeringan dan kekejangan kerana tiada menyebut nama Yang Esa.
Biarlah kita kabur memandang penipuan syaitan, jangan kita buta untuk melihat  kekuasaan Yang Esa.
Biarlah hati kita pedih mendengar fitnah dunia, jangan hati kita lepas memohon perlindungan dari Yang Esa.
Saya risau hati saya membenci, saya risau lidah saya membelit kata, saya risau mata saya pedih menjeling, saya risau kita semua mengalaminya.
Ya Allah, lindungi aku dari melakukan apa y Engkau benci...dan lindungi aku dr fitnah dunia.
Saya bukan sahaja berdosa pada Allah, tapi saya juga berdosa pada kamu semua. Silapnya lidah saya, kamu memarahi saya, kamu menyalahkan saya, kamu membenci saya.
MAAFKAN SAYA,...



Thursday, August 30, 2012

Lagi Bagus Kalau Awak Senyap

Saya masih ingat yang saya pernah menulis tentang "Lebih Baik Tidak Berkata Apa-apa" dan sekarang, saya rasa yang 'awak' tidak pernah ambil berat tentang tajuk itu. Jadi, hari ini, saya nak ulang sekali lagi pada 'awak' bahawa "LAGI BAGUS KALAU AWAK SENYAP''. Antara alasan kenapa saya suruh 'awak' senyap adalah :

1. Awak tidak tahu apa yang awak katakan.
2. Awak tidak paham setiap patah perkataan yang awak sedang ungkapkan , sedangkan perkataan itu besar kemungkinan akan memakan awak semula.
3. Awak tidak sedar di mana dan waktu bila awak sedang bercakap.
4. Awak lupa untuk perhatikan siapa yang ada di sekeliling awak waktu itu.
5. Awak tidak tahu yang itu tidak digalakkan dalam budaya dan agama kita.
6. dan....saya rasa awak gagal untuk berkata apa yang patut sahaja...

Sebelum awak berkata apa-apa, adalah lebih bagus awak memikirkannya sejenak walaupun cuma beberapa saat. Kalau awak berkata tanpa berfikir, buruk akibatnya. Antara perkara yang patut awak fikirka waktu itu :
1. Sesuai atau tidak waktu sekarang untuk aku cakap perkara ni?
2. Patut ke aku cakap di tempat ni?
3. Siapa yang ada dengan aku dan dia?
4. Apa sebab untuk aku cakapkan sekarang?
5. Betul ke apa yang aku nak cakapkan? Sahih ke?
6. Aku rasa aku pun salah, apa salahnya aku betulkan diri aku dulu.
7. Nanti bila ada masa yang sesuai dan aku dah bersedia untuk bersama-sama dia untuk berubah, baru aku cakap dan nasihatkan dia dan diri aku sendiri.

Kalau awak berkata tanpa berfikir, awak tahu apa akibatnya???
1. Awak juga yang malu.
2. Kesalahan awak akan diungkit dan mungkin juga awak akan "disembur" semula masa itu juga.
3. Orang lain akan hilang rasa hormat pada awak terutamanya orang yang lebih muda dari awak dan mereka ada waktu itu.
4. Awak adalah manusia yang hina di mata saya.
5. Awak tidak lagi layak untuk berkata apa-apa sehingga awak berfikir betapa bodohnya awak masa itu.
6. Awak gagal mengajak orang melakukan kebaikan dengan cara awak yang salah, padahal awak mungkin boleh perbetulkan dia tanpa pengetahuan orang lain (keluarga dan rakan2nya)
7. Awak sudah menjatuhkan air muka orang yang saya sayang dan saya tidak akan lupa.
8. Satu hari nanti, awak akan 'jatuh' di hadapan saya bersama-sama kata-kata bodoh awak tu, ingat!

Saya pun ingatkan diri saya sendiri...so, ingat ye awak, "Lagi Bagus Kalau Awak Senyap"...

Saturday, June 30, 2012

Promosi Kerja Kahwin

Jom beramai-ramai datang ke Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur untuk tiga hari terakhir promosi kerja kahwin 2012.

Booth Paling Atas Enterprise juga ada dan untuk maklumat lanjut mengenai produk2 Paling Atas Enterprise, anda boleh melayari laman web berikut :

Paling Atas Enterprise

Songkok

Thursday, June 21, 2012

anugerah Allah untuk aku, SAHABAT y hebat

Sedangkan api menyala dalam hati tidak sedikit pun membakar mereka.
Sedangkan mereka terasa kehangatan bara api tidak sedikit pun membuat mereka berpeluh.
Sedangkan tiada air pun mereka berjaya mengelak dari hangus.

Itulah kehebatan mereka y mampu memadam api aku y tidak berjaya di kawal.
Andai mereka ingin tahu, aku bukanlah pemetik api, aku sukar mengawal api...
Aku adalah seperti mancis tidak pandai mengawal api, sekali aku terbakar, aku akan terus membakar sehingga aku sendiri y sakit.

Andai mereka ingin tahu, aku tidak sepandai pencerita untuk menceritakan apa aku rasa...
Aku cuma penulis y sudah lama gagal menyuratkan apa y tersirat. Itulah kelemahanku. 
Kalau aku gembira, aku tidak pandai menceritakan..
Kalau aku sedih, aku cuma tahu menangis...
Kalau aku takut, aku rasa seperti menggigil...
Kalau aku marah, aku tak tahu kenapa aku tak dapat jangka apa yang akan berlaku
itulah kelemahanku, dan aku sedar aku menyukarkan kehidupan orang lain dengan kelemahan aku...mungkin MAAF sahaja tidak mampu, tapi aku harap sangat mereka menerima maaf aku.


KAWAN2, im really sorry for everything...

Tuesday, June 19, 2012

Disiplin yang papa n mama saya ajar

DISIPLIN DI MEJA MAKAN
1.Jangan makan berbunyi.
2. Jangan ketuk jari atas pinggan semasa atau selepas makan.
3. Jangan tegur apa yang orang baru nak makan tu, dengan cakap keburukan makanan itu. Contoh: Eh, .....kan tak baik untuk kesihatan.

Wednesday, June 6, 2012

perancangan masa depan kami.

perbualan pada 6 jun, jam 2 petang tadi.
iqa: insyallah, kita nak jadi mcm akak kita.
Ika:amin, insyallah, qa.
Hannan: Iqa nak jd mcm dr azmi ke, dr kartini ke or datin?
Masyi: ehem! Ehem!
Teha:ehem! Hihihi....
Masyi: nnti, Iqa bukak ladang taw.
Hannan: Kat cameron lah. kita nak g sana, biar kita yang uruskan ladang Iqa.
Iqa: boleh jugak , biar kita uruskan kedai bunga kat sini.
(tiba2 teringat y nisa nak buka kedai kat kedai bunga kita jugak, dia nak jual hot dog dia tu)
Teha: kalau macam tu, kita nak tumpangkan cup cake lah kat kedai bunga Iqa tu.
Masyi: kita nak buka kaunter perunding imej Wawa!
Ika: bagi kita satu sudut untuk ETIQA jugak!
Teha: yaya? Jd apa?
Hannan: Yaya, tukang bersih kedai, sbb dia kan rajin mengemas.
(dah terbukti bila tadi balik dari kelas, rumah dah cantik)
Iqa: Yana? Dia pun terlibat taw. dia akan jadi pemandu lori y bawa bunga dari ladang d cameron ke kedai bunga kat sini.
Masyi: no lori dia WUD502.
hahaha....kami bergelak ketawa, n masyi sambung
Masyi: Punyalah kita tak nak berpisah kan?! Hihihi....

Friday, May 25, 2012

kelegaan utk bercuti wesak day

selepas bertungkus lumus menyediakan speech utk presentation bel 492, y pertama, akhirnya hari ini saya dah berjaya menyampaikan speech y bertajuk THE MAKING OF SONGKOK. Masa untuk speech adalah 5 hingga 7 minit, tapi disebabkan perasaan y bercampur baur, speech saya akhirnya menjd 5 min 40 saat bukanlah seperti y di buat semasa latihan selama 7 mnit.

Antara komen Mdm Ainul, she said, " I need to know more"
hihi...kalau nak taw lebih lagi, beli lah songkok buatan ma n pa saya... :
Pa, I did it...

Sunday, May 20, 2012

CAKAP SAHAJA, tak susah pun kan?

"Seorang gadis tidak mampu menahan perit hatinya. Apa yang dia tahu, dia ada hati untuk dilukai."

Salah tu.. saya merasakan tidak terniat di hati siapa pun untuk lukakan ha
ti saya.Sebab saya rasa hati saya telah pun mati akibat di bunuh seseorang. Bagaimana nak saya rasakan nikmat si hati sedangkan tiada siapa y menggantikan yang sudah tiada.

Tertarik sudah nikmat hati akibat sikap sambil lewa saya dulu.

HATI, kalau awak dapat dengar saya, saya nak cakap sikit untuk menyenangkan pemergian awak.

Hati,
kalau dulu susah sungguh untuk saya keluarkan apa yang ada pada awak melalui tajamnya lidah,
kalau dulu susah sungguh untuk saya berikan habuan untuk sumbangan awak,
kalau dulu susah sungguh untuk saya belai awak sebagaimana di belai rambut,
kalau dulu susah sungguh untuk saya cepat-cepat rawat awak tika awak sakit,
saya mintak maaf dari kesalahan saya sekecil zarah sehingga kesalahan yang membawa maut kepada awak sedangkan tidak awak pinta.

Wednesday, May 9, 2012

saya takut lah...

Orang lain takut hantu, orang lain takut pencuri, orang lain takut harimau, orang lain takut tempat tinggi....tapi saya...
saya takut apa? Saya takut untuk mengaku salah.

apa salah saya? Saya bersalah sebab terus begini...:)

Monday, May 7, 2012

saya doktor cinta?

...jikalau mahu mendengar lagu, bukalah radio...
...jikalau mahu menonton wayang, datanglah kepanggung...

inilah lagu y saya dengar setiap pagi...lagu doktor cinta...
saya bukan doktor cinta, tapi saya pernah tolong menjernihkan kekeruhan dalam perhubungan beberapa pasangan,termasuk y sudah berkahwin..bukanny saya pandai membetulkan keadaan, cuma saya lebih berani bersuara....
.
ada 1situasi, seseorang berkata pada saya.
"ibu dia beri byk brg pada saya, dan bila saya katakan yang saya tiada apa untuk diberikan kepadanya, makcik tu pun jawab, (makcik tak minta apa2 balasan pun, cuma makcik nak kamu jaga dia elok2 je)"




Amanah dari seorang ibu mengharapkan teman anaknya dapat menjaga anaknya sebaik dia menjaga anaknya...

Saturday, May 5, 2012

entah apa yang aku nak?

sungguh tak percaya, macam2 situasi yang terpaksa aku lalui. Samaada pahit ataupun manis. Ada yang menjadi impian tapi belum dapat, ada yang mintak dijauhkn tp kena tabah menghadapi.
Dalam pada kesukaran yang aku hadapi hari demi hari setelah hampir setahun,ada juga teman yang baru merasakannya. Aku tahu dia perit, aku juga perit.
aku perit kerana teman kami, dia juga...
insan yang menjadi punca, siapa?.?
Dari mata kasar, dia melihat aku selesa.
Dari mata kasar, dia lihat aku tumpang gembira.
tanpa dia sedar aku melihat dia sebagai apa...
Tinggi mana hormat dia pada aku, tidak cukup untuk dia menebus kerugian aku yang berpunca darinya.
tapi.......
Siapa aku yang mahu menolak semua yang ada, siapa aku untuk menyalahkan dia..?
sedangkan dia juga akur pada takdir.

Saturday, April 14, 2012

Monday, March 19, 2012

Jum deco2...

Bagi saya, duduk dalam satu suasana yang sama untuk masa yang lama memang membosankan. Rasa malas sahaja bila tiada suasana yang baru dan menceriakan. Lebih2 lagi kalau berselerak. Tapi, kalau sudah banyak perkara nak buat, mulalah diabaikan suasana. Berselerak sana..berselerak sini...

Cuti sem yang lepas, saya telah diberi semangat untuk memberi nafas baru pada bilik saya. Jadi, sebelum membuat perubahan pada bilik saya, saya belilah cermin dan bakul sampah baru.

Setengah jam memikirkan apa yang perlu dibuat dulu sambil memerhati ruang2 dalam bilik...
Berikut adalah gambar2 sebelum ubahsuai susun. (0%)



dan...akhirnya selepas 3jam.......(sambil bersin2, gambar ini di ambil)

 tengok, dengan suasana yang best, kucing pun suka...



SAYA SUKA ...YEAH!!!!!!!!!!!!!!!

Impian ke???

 macam2 yang kita inginkan...erm..nak baju tu..nak baju ni..nak makan tu..nak makan ni..nak itu...nak ini...


 dulu2, time kecik2. saya slalu impikan nak pakai kasut ala2 cinderella..yang ni pun lebih kurang lah..asalkan dapat kan...

walaupun murah....selesa...

apa lagi yang pernah jadi impian???



yang ini?

 ni pun cantik...




ataupun..lagi best yang ni kan..hehee..

 
 cantiknya...hehee...

ZZZzzzZZZ (tidur dengan mummy)

Pernah tidur di sisi ibu anda? 
Anda tidur macam ini?
 mummy:buat macam ni, baru lena, nak...
mummy:ramainya anak aku,,,,tidur baru korang senyap..ehehe

Kalau tidur sorang2, macam mana anda tidur?
Macam ni ke?
 takutlah nak tidur sorang2...
 isyk..terganggu saya...jangan lah amek gambar,,,nak tido ni...
 ngantuklah..lepas!!!
 nenek : apa dia? aku nak tido..g amek gambar cucu2 aku tu...
 kantoi!! amek gambar saya
 zzzzzz....zzzz....zzzz
 dengan gaya bebas...
 zzzZZZZzzzzZZZZZzzzzz
 panasnya iron board...
shhhh...diam2...

dia pun BIRU jugak...

Setelah sekian lama saya memang dikenali sebagai Dore...n saya minat dengan kartun Doraemon. Macam2 koleksi Doraemon saya ada. Namun cuma sesetengah sahaja dapat saya kongsikan gambar mereka di sini...
Doraemon tu biru..adik doraemon kuning..tapi saya lagi minat dengan doraemon, sebab lagi comel dari adik dia tu. Kalau dalam game Jutawan Doraemon yang saya main masa zaman kanak2 dulu, kuasa mengeluarkan barang oleh Doraemon lagi banyak dari adik dia. So, Doraemon lagi power ....hehe...
Every weekend, kalau saya ada topup internet saya ni, dapat lah saya tgk kartun doraemon...macam2 tajuk, sampaikan ada y dah banyak kali tengok.
salah satunya kat sini, doraemon episod 1 

Last 2 weeks...saya tengok kartun smurf di laptop "rumit" saya..hehee...act roommate ...menarik jugak kartun smurf ni..lagi2 watak clumsy..so cute...(macam tengok diri sendiri pulak yang kelam kabut ...hehee...)

lepas menonton cerita smurf..saya mula minat jugak kan smurf..but still tak mampu menandingi tempat Doraemon di hati saya..hehe...
kawan2 ada cakap "dah minat smurf pulak ke?"
ala..."DIA PUN BIRU JUGAK..."

 CAYANG DAK MON
 tempah dari TYRA (KEYCHAIN FELT TYRA)
 SMURF BERKAWAN DENGAN DORAEMON...
 NAK KEK MACAM NI!!!
 selipar bilik yang dijadikan bantal oleh kucing2 tersayang..(geramnya)
 saya pindah kat rawang
 yang kecik ni kawan punya...
bantal yang empuk ni..

Thursday, March 1, 2012

...sekejap pun takpe.....




 ............ini adalah Kisah Benar yang ingin saya kongsikan kepada semua sahabat dan pembaca, semoga kita dapat sedikit sebanyak kesedaran dari apa yang terjadi......


Sekejap pun takpe...
Keterlanjuran mama dan papa telah membuatkan mereka dibenci, dihina dan diherdik masyarakat. Tidak terkecuali juga ibu dan ayah kepada mama dan papa yang seperti tidak boleh menerima dugaan Allah ini. Mama dan papa yang diabaikan darah daging mereka sendiri telah membuatkan beberapa orang insan mulia yang sanggup menerima mereka dengan hati yang cukup terbuka. Mereka juga ada ikatan persaudaraan dengan mama dan papa. Meskipun keadaan mereka sendiri juga tidaklah memudahkan mereka membantu mama dan papa, namun mereka kasihankan mama, papa dan juga aku.

Sekiranya aku tidak hadir menjadi sebahagian dari mama, sudah tentu semua ini tidak akan terjadi dan sudah tentu mama dan papa tidak akan susahkan sesiapa. Biarlah mama dan papa sahaja yang tanggung dosa atas kesilapan langkah mereka. Namun, apakan daya aku, Allah telah menguji mama dan papa agar mereka dapat peluang bertaubat akan kesilapan mereka. Allah juga telah memberi peluang kepada masyarakat sekeliling untuk buktikan kasih sayang dan sikap keperimanusiaan mereka kepada mama dan papa agar dapat mereka nilaikan siapakah sebenarnya yang sayangkan mereka.

Andai diberi peluang untuk aku berkata-kata kepada mama dan papa, aku ingin mahu mohon maaf dari mereka atas semua kesulitan dengan kehadiran aku dalam kehidupan  mereka. Aku juga mahu katakan yang aku sayangkan mereka dan andai aku diizinkan mengecup pipi mereka, akan aku hargainya meskipun cuma seketika...Sekejap pun takpe....


Dari hari pertama diriku tercipta dan memenuhi segenap ruang tubuh mama, hidup mama menjadi tidak keruan. Mama terlalu muda untuk menerima berita kehadiran aku ini, dan kerana usianya yang tidak cukup matang, kehadiran aku telah dibiarkan begitu sahaja. Hinggalah satu hari ketika usiaku hampir 6 bulan di dalam rahim mama, nenek sedar akan perubahan tubuh mama. Tiga hari nenek cuba meyakinkan mama untuk melakukan ujian kehamilan dan masa itu aku dapat rasakan mama begitu gementar untuk mendapatkan kepastian mengenai kehadiran aku. Selama ini mama telah cuba menafikannya namun hinggalah keputusan ujian itu positif, mama bertambah takut. Aku dapat rasakan jantung mama yang sungguh laju tika dimarahi nenek.


Selesai nenek menanyakan segalanya kepada mama, nenek mengambil keputusan untuk menikahkan mama dengan papa. Aku bersyukur kerana papa bertanggungjawab atas kesilapan yang pernah dia lakukan 6 bulan yang lalu. Namun, aku merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan apabila aku dengar tiada siapa yang rela menguruskan pernikahan mereka hinggalah aku tahu ibu saudara mama telah bersetuju menerima mama.

Untuk tempoh 2 minggu yang begitu singkat, nenek saudaraku telah berjaya mengadakan majlis pernikahan buat mama dan papa. Dan di saat aku mendengar papa di akad nikah dan di saat aku dapat rasakan hati mama begitu lega tika papa sarungkan cincin dan mengucup dahi mama. Indah sungguh saat itu.

Langit tidak selalunya cerah, hati mama dan papa tidak tenang kerana memikirkan kehadiran aku 3 bulan lagi yang tidak diterima sesiapa. Mama dan papa juga pernah berkata yang mereka belum lagi bersedia menerima aku. Disana sini aku dengar nenek aku sendiri tidak mahu menjaga aku kelak. Aku dapat rasakan kesedihan mama dan akhirnya aku tidak dapat tahan untuk mendengar semua herdik dan hina buat mama.

3 hari lepas mama bernikah, mama pun melahirkan aku secara normal. Kelahiran aku yang normal namun tidak cukup lagi bulan telah menyebabkan aku tidak dapat berada lama di sisi mama dan papa. Aku dibawa pergi oleh jururawat ke bilik lain. Biarpun cuma sekejap, aku dapat melihat papa di sisi mama, bahagia sungguh mereka.

Jadi, kerana tiada siapa yang mahukan aku, aku dapat rasakan ''sekejap pun takpe''  untuk aku melihat mama dan papa. Dan akhirnya genap usiaku sehari sejurus keluar dari tubuh mama, aku ingin pulang dan tunggu mama di syurga.

Mama, maafkan saya. Saya pergi dahulu dan tunggu mama di syurga, Insyallah....

Papa, terima kasih kerana menyayangi saya meskipun sekejap sahaja. Papa dah uruskan uri saya dengan penuh kasih sayang tanpa ada sedikit pun rasa benci. Saya dapat rasakan betapa papa menerima kehadiran saya ketika itu walapun cuma sekejap. Saya akan tunggu papa di syurga. Insyallah......


......sekejap pun takpe....
saya dapat tengok mama n papa...
.......sekejap pun takpe....
saya dapat temukan mereka y jauh....
.....sekejap pun takpe.....
saya dapat dengar papa bisikkan azan di telinga saya.....
......sekejap pun takpe ......
saya dapat lihat dunia.....
...........sekejap pun takpe....
saya dapat jadi sebahagian daripada kehidupan mereka......
.....sekejap pun takpe.....
saya dapat ucapkan "terima kasih,mama dan papa".....
...........sekejap pun takpe.......
namun selamanya akan saya doakan mama dan papa tabah ye....
SEKEJAP PUN TAKPE

Tidak lengkap rasanya seorang anak tidak diberikan nama, maka papa telah bersetuju untuk menamakan aku Muhammad Nur Salam atas cadangan nenek dan atuk saudaraku. Namun, di saat aku ditalkinkan, namaku adalah Muhammad bin Abdullah....



....sekian sahaja yang dapat saya kongsikan dalam titipan hari, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, Al-Fatihah...









Wednesday, February 15, 2012

renung2 kan lah...

Hari ini saya nak kongsikan ilmu yang saya perolehi sepanjang hampir 22 tahun saya hidup sebagai seorang gadis dan anak kepada sepasang suami istri dan juga adik kepada seorang kakak disamping kakak kepada seorang adik lelaki....(ehehe..melalut panjang je aku ni..)

Walaupun saya ni tidaklah sehebat insan lain, namun tidak salah untuk saya kongsikan apa yang saya rasa baik untuk semua rakan2, kan? Apa-apa pun, saya juga sedang mengingatkan diri saya sendiri yang memang seringkali lupa dan lalai.

Entah dari mana patut saya mulakan kerana terlalu banyak perkara yang berlegar2 di ruang fikiran saya. Sebelum saya berfikir untuk catitkan semua ini, saya ada berkongsi bersama ibu saya, dan akhirnya saya mendapat pendapat dari beliau. Benar apa orang kata, lain orang lain pendapatnya lebih2 lagi orang yang melalui asam garam kehidupan lebih lama dan terdahulu dari kita.

"WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"

Janganlah kita anggap apa yang terjadi itu adalah pembalasan untuk sesuatu kesalahan yang lalu, namun apa salahnya kita fikirkan apakah pengajaran dari perkara itu. Memang benar apa musibah yang diberi itu ada sebab dan musababnya namun kita tidaklah boleh mengherdik dan menghina orang yang diberi musibah hanya kerana perbuatannya dulu.Allah sedang menguji kesabaran kita, bukanlah menggalakkan kita untuk bermusuh-musuhan dan benci-membenci. 

Mama kata, "memanglah Allah sedang menguji mereka, namun ini juga sebagai ujian kepada kita yang sedang melihat dan mendengarnya. Allah mahu kita tahu apa pengajaran di sebalik setiap perkara yang terjadi meskipun bukan terhadap kita."

...nanti saya sambung lagi...

Sunday, February 12, 2012

bila di Shah Alam

 Hidup saya di Shah Alam ni begitu bermakna bila adanya mereka...
di atas ...Dak Mon kesayangan saya...    ni pulak...roomate tercinta..Sah...
 owh  my handsome...
mdm Ananda suka baju ni..hhee..saya akan ingat itu..

selepas 10 thn...

hari ahad y lepas, patutnya aku nak join kwn2 sek Pulai aku dulu jumpa kat Melaka...tapi, akhirnya aku tak berpeluang sbb kena pergi kenduri kahwen di Tanjung Keling  dan Muar...

btw, akhirnya disenja hari...mereka datang ke rumah aku...
mereka bertiga lepak di rumah aku sampai dalam 11 mlm..tp tetiba je adik aku pulang bawak kaki dia yang retak...maka terbantutlah mood kami berkaroke malam tu..

disebabkan malam tu tak dapat nak jamukan apa2 untk mereka, esok malam, aku ajak dorang mkn kat luar..
tapi, kalau mkn je..tak syok lah..haha..so, karok lagi sampai 12tgh malam..hehe..
i really have fun with u all..Lukman Anuar, Aisyah Isa dan Abdul Rahman...
 (beria-ia dak Lukman nak keluarkan suara dia)
 ("bila lah turn aku ni", kata Rahman)
 (pilih lagu apa tu?)
(erm..dak Lukman khusyuk dgr dak Rahman nyanyi)

datanglah lagi ye..hehee..

Tuesday, January 10, 2012

ammeekkkau...!!!

inilah hasil kerja bila kebosanan di malam hari..hehe

IQA BAHAGIA KE TAK???

Kenapa saya kata saya bahagia???
  1. Saya ada keluarga yang bahagia and Insyallah sampai bila2.
  2. Saya cukup makan dan cukup kelengkapan hidup yang asas.
  3. Saya ada "dia" hehe...
  4. dan banyak lagi....
Kenapa saya kata saya tak bahagia???
  1. Saya ada dendam pada orang.
  2. Saya tak dapat mintak maaf pada orang yang saya pernah buat salah.
  3. dan lagi dan lagi...

 Bahagia atau tidak, saya tidak pasti. Apa yang saya pasti, saya akan teruskan hari2 yang akan datang dengan seribu usaha sekalipun...Insyallah


Thursday, January 5, 2012

Tolong Bagi peLuAng sekaLI nI je...please

Tolong...
Tolong berikan aku sekali lagi peluang...
Peluang apa?
Peluang yang dapat memberikan ketenangan pada aku andailah aku tidak lagi ada banyak masa untuk terus pendamkannya...
Kalau aku tidak diberikan peluang itu, hati aku , jiwa aku...
tidak akan mencapai ketenangan yang semua orang kecapi kecuali AKU...
Tolong boleh?
Sekali ini sahaja aku minta berikan aku peluang yang aku dambakan dari dulu hingga saat aku melihat peluang itu ada di depan mata tetapi aku gagal milikinya...
Hanya kau yang boleh tentukan peluang itu milik aku atau milik kau sendiri...
Bukan selalu aku meminta, dan aku hanya minta untuk kali yang terakhir...
Peluang...
Cuma..peluang..
untuk bertanya pada kau...
tanya kenapa...
kenapa ...
Aku yang kau pilih untuk menerima "peluang" itu dulu...
Tolong jelaskan...apa makna "peluang" yang kau berikan dulu????
Berilah aku peluang untuk tanyakan kau tentang semua ini..
Terima Kasih...ini peluang terakhir aku...