Walaupun saya ni tidaklah sehebat insan lain, namun tidak salah untuk saya kongsikan apa yang saya rasa baik untuk semua rakan2, kan? Apa-apa pun, saya juga sedang mengingatkan diri saya sendiri yang memang seringkali lupa dan lalai.
Entah dari mana patut saya mulakan kerana terlalu banyak perkara yang berlegar2 di ruang fikiran saya. Sebelum saya berfikir untuk catitkan semua ini, saya ada berkongsi bersama ibu saya, dan akhirnya saya mendapat pendapat dari beliau. Benar apa orang kata, lain orang lain pendapatnya lebih2 lagi orang yang melalui asam garam kehidupan lebih lama dan terdahulu dari kita.
"WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK"
Janganlah kita anggap apa yang terjadi itu adalah pembalasan untuk sesuatu kesalahan yang lalu, namun apa salahnya kita fikirkan apakah pengajaran dari perkara itu. Memang benar apa musibah yang diberi itu ada sebab dan musababnya namun kita tidaklah boleh mengherdik dan menghina orang yang diberi musibah hanya kerana perbuatannya dulu.Allah sedang menguji kesabaran kita, bukanlah menggalakkan kita untuk bermusuh-musuhan dan benci-membenci.
Mama kata, "memanglah Allah sedang menguji mereka, namun ini juga sebagai ujian kepada kita yang sedang melihat dan mendengarnya. Allah mahu kita tahu apa pengajaran di sebalik setiap perkara yang terjadi meskipun bukan terhadap kita."
...nanti saya sambung lagi...
eh, apa yg mama kata tu mcm apa yg aku kata kat mama je.. mama tiru aku ke, aku tiru mama? kehkehkeh...
ReplyDeleteeh.mama tiru kau ke...hhaaa
ReplyDelete