Thursday, March 1, 2012

...sekejap pun takpe.....




 ............ini adalah Kisah Benar yang ingin saya kongsikan kepada semua sahabat dan pembaca, semoga kita dapat sedikit sebanyak kesedaran dari apa yang terjadi......


Sekejap pun takpe...
Keterlanjuran mama dan papa telah membuatkan mereka dibenci, dihina dan diherdik masyarakat. Tidak terkecuali juga ibu dan ayah kepada mama dan papa yang seperti tidak boleh menerima dugaan Allah ini. Mama dan papa yang diabaikan darah daging mereka sendiri telah membuatkan beberapa orang insan mulia yang sanggup menerima mereka dengan hati yang cukup terbuka. Mereka juga ada ikatan persaudaraan dengan mama dan papa. Meskipun keadaan mereka sendiri juga tidaklah memudahkan mereka membantu mama dan papa, namun mereka kasihankan mama, papa dan juga aku.

Sekiranya aku tidak hadir menjadi sebahagian dari mama, sudah tentu semua ini tidak akan terjadi dan sudah tentu mama dan papa tidak akan susahkan sesiapa. Biarlah mama dan papa sahaja yang tanggung dosa atas kesilapan langkah mereka. Namun, apakan daya aku, Allah telah menguji mama dan papa agar mereka dapat peluang bertaubat akan kesilapan mereka. Allah juga telah memberi peluang kepada masyarakat sekeliling untuk buktikan kasih sayang dan sikap keperimanusiaan mereka kepada mama dan papa agar dapat mereka nilaikan siapakah sebenarnya yang sayangkan mereka.

Andai diberi peluang untuk aku berkata-kata kepada mama dan papa, aku ingin mahu mohon maaf dari mereka atas semua kesulitan dengan kehadiran aku dalam kehidupan  mereka. Aku juga mahu katakan yang aku sayangkan mereka dan andai aku diizinkan mengecup pipi mereka, akan aku hargainya meskipun cuma seketika...Sekejap pun takpe....


Dari hari pertama diriku tercipta dan memenuhi segenap ruang tubuh mama, hidup mama menjadi tidak keruan. Mama terlalu muda untuk menerima berita kehadiran aku ini, dan kerana usianya yang tidak cukup matang, kehadiran aku telah dibiarkan begitu sahaja. Hinggalah satu hari ketika usiaku hampir 6 bulan di dalam rahim mama, nenek sedar akan perubahan tubuh mama. Tiga hari nenek cuba meyakinkan mama untuk melakukan ujian kehamilan dan masa itu aku dapat rasakan mama begitu gementar untuk mendapatkan kepastian mengenai kehadiran aku. Selama ini mama telah cuba menafikannya namun hinggalah keputusan ujian itu positif, mama bertambah takut. Aku dapat rasakan jantung mama yang sungguh laju tika dimarahi nenek.


Selesai nenek menanyakan segalanya kepada mama, nenek mengambil keputusan untuk menikahkan mama dengan papa. Aku bersyukur kerana papa bertanggungjawab atas kesilapan yang pernah dia lakukan 6 bulan yang lalu. Namun, aku merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan apabila aku dengar tiada siapa yang rela menguruskan pernikahan mereka hinggalah aku tahu ibu saudara mama telah bersetuju menerima mama.

Untuk tempoh 2 minggu yang begitu singkat, nenek saudaraku telah berjaya mengadakan majlis pernikahan buat mama dan papa. Dan di saat aku mendengar papa di akad nikah dan di saat aku dapat rasakan hati mama begitu lega tika papa sarungkan cincin dan mengucup dahi mama. Indah sungguh saat itu.

Langit tidak selalunya cerah, hati mama dan papa tidak tenang kerana memikirkan kehadiran aku 3 bulan lagi yang tidak diterima sesiapa. Mama dan papa juga pernah berkata yang mereka belum lagi bersedia menerima aku. Disana sini aku dengar nenek aku sendiri tidak mahu menjaga aku kelak. Aku dapat rasakan kesedihan mama dan akhirnya aku tidak dapat tahan untuk mendengar semua herdik dan hina buat mama.

3 hari lepas mama bernikah, mama pun melahirkan aku secara normal. Kelahiran aku yang normal namun tidak cukup lagi bulan telah menyebabkan aku tidak dapat berada lama di sisi mama dan papa. Aku dibawa pergi oleh jururawat ke bilik lain. Biarpun cuma sekejap, aku dapat melihat papa di sisi mama, bahagia sungguh mereka.

Jadi, kerana tiada siapa yang mahukan aku, aku dapat rasakan ''sekejap pun takpe''  untuk aku melihat mama dan papa. Dan akhirnya genap usiaku sehari sejurus keluar dari tubuh mama, aku ingin pulang dan tunggu mama di syurga.

Mama, maafkan saya. Saya pergi dahulu dan tunggu mama di syurga, Insyallah....

Papa, terima kasih kerana menyayangi saya meskipun sekejap sahaja. Papa dah uruskan uri saya dengan penuh kasih sayang tanpa ada sedikit pun rasa benci. Saya dapat rasakan betapa papa menerima kehadiran saya ketika itu walapun cuma sekejap. Saya akan tunggu papa di syurga. Insyallah......


......sekejap pun takpe....
saya dapat tengok mama n papa...
.......sekejap pun takpe....
saya dapat temukan mereka y jauh....
.....sekejap pun takpe.....
saya dapat dengar papa bisikkan azan di telinga saya.....
......sekejap pun takpe ......
saya dapat lihat dunia.....
...........sekejap pun takpe....
saya dapat jadi sebahagian daripada kehidupan mereka......
.....sekejap pun takpe.....
saya dapat ucapkan "terima kasih,mama dan papa".....
...........sekejap pun takpe.......
namun selamanya akan saya doakan mama dan papa tabah ye....
SEKEJAP PUN TAKPE

Tidak lengkap rasanya seorang anak tidak diberikan nama, maka papa telah bersetuju untuk menamakan aku Muhammad Nur Salam atas cadangan nenek dan atuk saudaraku. Namun, di saat aku ditalkinkan, namaku adalah Muhammad bin Abdullah....



....sekian sahaja yang dapat saya kongsikan dalam titipan hari, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, Al-Fatihah...









No comments:

Post a Comment

komen...