Assalamualaikum, salam Sabtu dan Salam Satu Malaysia. Dalam permulaan perjalanan yang jauh, saya cuba untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk sesiapa sahaja selagi dia bergelar makhluk di muka bumi. dan, sesiapa y rasa dia ada kelebihan dan dia bukan makhluk biasa, dia kena ingat yang "we are same, kita sama...di sisi Allah..." Atau mungkin, "KITA HANYA MULIA DI SISI MANUSIA,TAPI HINA DI SISI ALLAH."
Saya tak rasa saya layak untuk menegur dengan tangan atau lidah, tapi saya akan cuba berdoa agar "KITA DI BERKATI".
Biarlah lidah kita terasa kejang kerana tidak berkata-kata y tidak perlu, tapi jangan siksa lidah kita dengan kekeringan dan kekejangan kerana tiada menyebut nama Yang Esa.
Biarlah kita kabur memandang penipuan syaitan, jangan kita buta untuk melihat kekuasaan Yang Esa.
Biarlah hati kita pedih mendengar fitnah dunia, jangan hati kita lepas memohon perlindungan dari Yang Esa.
Saya risau hati saya membenci, saya risau lidah saya membelit kata, saya risau mata saya pedih menjeling, saya risau kita semua mengalaminya.
Ya Allah, lindungi aku dari melakukan apa y Engkau benci...dan lindungi aku dr fitnah dunia.
Saya bukan sahaja berdosa pada Allah, tapi saya juga berdosa pada kamu semua. Silapnya lidah saya, kamu memarahi saya, kamu menyalahkan saya, kamu membenci saya.
MAAFKAN SAYA,...
No comments:
Post a Comment
komen...