Aku bukanlah peruntuh kebahagiaan orang..tapi aku tetap manusia biasa yang tidak lepas dari perasaan cemburu. Biarpun hampir 2 tahun kedukaan tu aku tinggalkan dan diganti dengan pelbagai keceriaan, namun masih lagi terdetik di hati untuk bersemuka dengannya. Aku sentiasa mahukan apa alasan dia mengecewakan aku sedangkan aku cukup setia masa itu. Hanya dia yang tahu kenapa dia melukakan hati aku.
baru je bbrapa saat, aku dapat melihat betapa dia bahagia dengan seorang gadis yang cantik n sangat cantik jika hendak dibandingkan dengan aku. Patutlah dia tinggalkan aku..
Melihat wajah gadis y setahun lebih muda dari kami, aku jadi kasihan. Aku sedar aku tidak patut mengganggunya. Tapi aku bukan nak rosakkan kebahagiaan dia pun,, aku cuma nak tahu betapa dia bahagia bersama insan yang aku pernah sayang satu masa dulu. Mungkin dia mendapat kebahagiaan y aku tak dpat dulu.
adik,.akak doakan kau bahagia sangat ye..smoga jodoh korang berkekalan...amin..