Saturday, January 11, 2014

SAYANG "SPONGE" FRIENDS....

Kenapa perlu kita bersalaman, bermaafan, mengucapkan 'terima kasih', berpelukan erat seperti kita diikat yang akhirnya kita menangis? Kenapa perlu kita kenal 4-5 tahun yang dulu dengan berakhirnya kesedihan tatkala kita dipisahkan antara jarak dan ketika? Kenapa perlu kita bergelak tawa selama 4-5 tahun ni dengan mengakhirinya penuh tangisan? Kenapa korang menangis???????!!! (Padahal aku yang menangis beria tadi)

Okeylah, sejujur-jujurnya memang aku nak peluk korang erat2 lebih erat dari tadi. Aku nak cium pipi korang biar berbekas gincu aku. Tapi, kalaulah aku buat macam tu, gerenti r lagi banjir tasik seksyen 7 td.
Yang boys pulak, kalau diberi kesempatan,aku nak jumpa sorang2 nak mintak maaf, nak ucap terima kasih and nak say goodbye personally. Tapi apakan daya, korang sedang berdiskusi ngn ir shaharin kan.
Hey my ladies of penerapan, kalau lah hati aku tahu nak bercakap, macam2 dia nak cakap bagi menghargai korang. Sepanjang aku belajar dengan korang, macam2 dah korang ajar aku. Tak kiralah ilmu degree atau ilmu rumah tangga (masak(teha), mengemas(achik),). Tak lupa juga yang ajar aku ilmu bermain dan enjoy (The Sims (tyra), shopping(nisa)) . Ilmu komputer (nanan,yaya n fatin). And pelbagai lagi ilmu berguna yang korang dah share dgn aku sampai tak teringat dah ni. Ladies, korang macam kakak dan adik aku, koranglah tempat aku mengadu nasib klu ada masalah wanita (wanita sangatkan), masalah cintancintun dan masalah baju tak cukup ke tak matching ke, handbag nak tukar baru ke..haha... And tak lupa bila ada masalah JPA tak masuk2, tyra,nisa,nanan lah tempat kita mengadu nasib sama..hehe..

Hey Boys...all of u just like my brothers. Aku selalu rasa selamat kalau bersama korang macam aku dengan adik lelaki aku. Korang suka nakal mulut, tapi korang mmg protective sangat. Korang jaga all ladies kalau g trip ke mana2. Even korang tak rasa yang korang protective, but we feel it. and really appreciate it. Entah makin hari kenal korang aku rasa koranglah abang2 yang terbaik memandangkan aku takde abang. Dapatlah aku merasa dilindungi, dinasihat dan diajar oleh korang. Aku selalu marah korang, harap sangan korang tak simpan dalam hati. Naim, kau yang selalu aku ejek, maaf ye. Megat, kau mmg banyak sangat kongsi ilmu dengan aku sejak dari diploma lagi, thanks sangat2. Mat, kau mmg cikgu yang baik even kau macam garang. Zaki, aku masih ingat ko pernah jadi tmpat aku luahkan masalah masa sem 2 dulu. Basyah, Aji, Naim n sape2 yang pernah belikan tiket bus, thanks. Wan Sa, thanks sbb pernah hantarkan aku ke stesyen bus. Faliq, aku masih ingat y ko hantar aku ke padang jawa sedangkan aku nak g bustop..haha..kelakar2..n macam2 lagi bantuan korang yang aku tak dapat listkan kat sini.

Ladies...Korang lagi banyak memberi makna dalam hidup aku...my groupmates for sem8, tyra,fatin,tika,teha..u are awesome!

Aku ni garang, aku tau aku pernah marah korang depan2...IM REALLY SORRY....

Ladies 502, koranglah family terbaik pernah aku ada. How wonderfull every seconds to be with all of u even aku selalu tak join korang kuar ke mana2. Almaklumlah, aku ni budak kampung yang tak reti sangat nak campur orang..hehe.Kat rumah ni lah aku belajar macam2. Banyak sangat sampai bila aku tgk setiap penjuru rumah ni, aku nampak kita bertujuh tengah bergelak tawa. Ada masa aku menangis korang yang pujuk. Ada masa aku murung korang yang hiburkan. Even aku tak tunjuk betapa aku hargai korang, tapi aku mmg sangat hargai apa jua y korang berikan pada aku. Harap korang tidak serik serumah ngn aku and halalkanlah semua yang terlebih kurang dalam rumah ni ye. (Sabun ke, garam ke, gula ke, minyak ke..n macam2) Masyi and nisa, thanks sbb slalu tumpangkan aku naik kete n moto korang. Hannan, thanks sbb slalu ingatkan kita betapa indahnya seorang Muslimah. Teha, thanks sbb teman aku tgk tv n slalu ajar masak. And thanks korang sbb slalu jadikan muka korang mangsa make up aku..hehe.. huh..macam ada lagi nama yang tak mention, tapi WALAUPUN NAMA KORANG TAKDE DALAM NI, TAK BERMAKNA NAMA KORANG TAKDE DALAM HATI AKU, JUJUR ADA...

 Sebagai nasihat dan kata untuk pimpin kita:
1. Ladies, be a best mom...
2. Boys, be a best dad...
3. Berbesanlah kita ye kalau ada jodoh anak2..ahaha okk....serius part

Mari kita saling memaafkan. Sebab aku ada dengar cerita kurang enak antara kita. Aku rasa ni bukanlah masa yang sesuai untuk kita membenci sahabat yang selama ini kita sayang. LOVE MUST BE FROM OUR 'DOA'. Biarlah kita rasa kita nak bahagiakan diri kita, ingatlah yang kalau kita BAHAGIA TAPI ATAS KESEDIHAN KAWAN kita, kita tak kan ke mana.

Special for someone I know since the first day of diploma, Nadh, how wonderful ur love for me. Aku ingat lagi kau pernah tolong time aku semput, kau pernah tolong time kaki aku kena seterika, kaulah kawan kawad aku, kawan segala-galanya. Ingatkan semua dari Arau dulu? Nadh, aku kagum dengan kesopanan kau, u are very ladies katakau...haha.. Aku doakan yang terbaik untuk kau. "YA ALLAH, Kau kukuhkan hati Nadh kerana aku tahu dia perlukan sokongan. Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik, masa depan dan jodoh yang baik dari golongaan yang baik bukanlah golongan yang menyakiti hatinya."

Ladies and boys, aku doakan yang terbaik juga untuk korang.. Ya Allah, aku sayang mereka, jagalah mereka, Ya Allah. Jagakan hati mereka agar tidak hitam. Berikan mereka kejayaan yang Kau berkati. THANKS U ALL...SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI..I LOVE U ALL, DARI SELURUH PELUSUK HATI...TAKE CARE