Tuesday, December 20, 2016

Diam lagi baik

Hidup ni, diam tu lebih baik. Sebab, kadang2 yang kita cakap tu belum tentu betul. Jadi sebelum memalukan diri tu, lebih baik kita diam.

Aku ni panas baran dan mudah melenting. Tapi aku cuba berubah. Aku kalau nak melenting pun, aku tengok dengan siapa yang aku nak cakap. Sebab, xde gunanya kita ni bercakap dengan tin kosong. Lantun2 bunyinye tak jadi apa.

Kadang2 kan, aku pelik...macam mana seseorang tu boleh kelihatan atau rasa bangga dengan apa yang dia katakan sedangkan benda tu salah. Opps..mungkin ada orang tak tahu. Yeah....aku kena terima hakikat yang dalam dunia ni, semua orang masih belajar hidup. Cuma nampak tak berapa bagus lah kalau tak tau tapi buat2 tau.

Aku tak tuju ni pada siapa pun, ni cuma perkongsian untuk hari ni. Jangan ada y terasa sudah, parah aku nak betulkan keadaan ni.

Bila org depan aku tu cuba sampaikan sesuatu, aku terima dulu. Kalau orang tu jenis bijak, aku akn cuba berinteraksi dua hala dengannya. Atau aku akn cuba betulkn apa y salah. Tapi..kalau depan aku tu orang y tin kosong, aku lebih selesa utk diam. Org akn tanya kenapa aku tak betulkn? Aku bukan tak nak betulkan, tapi aku rasa dia xkan terima kalau dia salah. So, semoga satu hari nnt org tu akn bljr sendiri.

Bila aku berada di sekeliling org alim, aku akn merendah diri menerima ilmu y aku sendri masih cetek.
Bila aku berada di sekeliling org berlagak, aku akn cuba diam..tapi kalau nyampah sangat, aku up2 sikit...haha...tu pun bergantung pd org tu, sbb kdg2 y berlagak tu betul (bg can la nak cerita pencapaian dia) tapi klu berlagak kosong, siap kau...hihi...
Bila aku berada di sekeliling org y biasa2, aku pun biasa2 je la..atau aku cuba jadi lebih rendah supaya org tu boleh rasa diri dia hebat..tapi kalau org tu pura2 bijaksana n bijak sini padahal dia ckp tu salah, aku akan terus menerus diam je pura2 dia betul...

Aku malas nk tunjuk pandai walaupun aku mmg xpandai hahaha.... tapi jgn jolok sarang tebuan...habis kebodohan kau aku bongkarkan.

Wednesday, September 28, 2016

27th September 2016 - Anniversary Ma n Pa yang ke-31

Semalam, 27 September 2016 merupakan anniversary Ma n Pa yang ke-31.
Mereka kata tu majlis nak raikan cinta mereka dan kami cuma menumpang je..hehe...

Ma & Pa - 31
Iqa & Ijat - 0

Saturday, September 24, 2016

Teruskan...

Di saat waktu-waktu mula terhenti kerana terluka, hadirnya sesuatu yang dipanggil anugerah.
Di saat mata-mata mula berkaca, hadirnya sesuatu yang dipanggil hadiah.
Di saat jiwa-jiwa mula terkunci, hadirnya sesuatu yang dipanggil pemberian.

Anugerah, hadiah dan pemberian untuk menyempurnakan sesuatu yang serba kekurangan..

Kurangnya sesuatu, kurang lagi aku..
Lemahnya sesuatu, lemah lagi aku..
Namun jika disulam menjadi satu...ianya bias menjadi nafas baru.

Sulaman ternyata begitu indah...semoga menjadi hasil yang sungguh indah

Wednesday, March 2, 2016

KICAP

Kicap,

Kau pelengkap santapan,

Kicap,

Kau penyedap makanan,

Kicap,

Kau penyeri hidangan,

Kicap,

Kau penambah selera,

,Image result for kicap 

Yang lain tak halal takpe, aku tak makan.

Tapi kalau kau tak halal, macam mana aku nak makan?

Kau adalah pelengkap aku...*cewah!