They say it takes a minute
to find a special person,
an hour to appreciate them,
a day to love them,
but then an entire life
to forget them.
“ kita telah ditakdirkan untuk berpisah, sayang. Abang terpaksa meneruskan perjuangan abang. Abang ada tanggungjawab. Kalau ada jodoh, kita pasti akan bertemu kembali. Maafkan abang, sayang. Sayang abang kepada sayang tidak akan berkurang walau sebesar kuman sekalipun. Abang harap, sayang doakan abang dapat menyelesaikan tanggungjawab ini, dan pulang untuk mengambil sayang sebagai teman sehidup semati abang “
Begitulah coretan yang tertulis di atas sekeping kertas biru. Terdapat bencahan dakwat di atas kertas itu. Ternyatalah betapa sedihnya Kamarul untuk menulis nota itu sehinggalah tertitis air mata di atas tulisannya itu. Coretan itu ditinggalkan di dalam sebuah sampul kuning yang turut diselitkan satu foto Kamarul bersama kekasihnya itu, Sofia.
Maka pergilah Kamarul ke lapangan terbang untuk memulakan perjalanannya ke Australia bagi melanjutkan pelajarannya. Semasa di lapangan terbang, Kamarul masih lagi menanti ketibaan kekasihnya. Namun Sofia tidak muncul-muncul sehinggalah tiba masanya untuk Kamarul berlepas ke Australia. Sampul kuning yang penuh erti itu telah Kamarul lemparkan ke tong sampah kerana terlalu kecewa dengan sikap Sofia yang langsung tidak mengendahkan pemergiannya itu. Akhirnya, Kamarul pun meninggalkan Malaysia dengan hati yang hancur dan terluka.
Pada masa yang sama, sedang ombak riang menghempas pantai, duduk menangis seorang gadis manis yang bernama Sofia. Ya, dialah kekasih Kamarul. Sofia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Kamarul telah meninggalkannya berseorangan. Oleh kerana terlalu sedih, dia tidak sanggup untuk melihat Kamarul melambaikan tangan kepadanya sebagai tanda selamat tinggal. Ombak pantai yang sedang membasahkan pakaiannya tidak dihiraukan. Dia seperti tidak sedarkan diri, mengelamun dan menangis teresak-esak.
Selendang yang melilit kepala Sofia terbang dan mengganggu penglihatannya. Dia cuba untuk mengalihkan selendang itu, namun tidak berjaya kerana angin yang bertiup sungguh kencang. Semua gangguan yang dialami langsung tidak dihiraukan. Apa yang bermain difikirannya hanyalah kenangan manis ketika dia bersama Kamarul. Sofia tidak tahu bahawa Kamarul masih sayangkan dia. Dia tidak tahu yang Kamarul tetap akan menjadikannya teman hidup satu hari nanti walau apa jua yang terjadi. Masih lagi terngiang di telinga Sofia, kata-kata Kamarul sebulan yang lalu, “Sofia, abang takkan tinggalkan Sofia walau apa jua yang terjadi.” Kata-kata itu benar-benar mengecewakan Sofia apabila hakikatnya Kamarul telah meninggalkannya.
Sebulan lamanya sudah pun berlalu, pabila tibanya waktu senja, pasti kedengaran kicauan burung yang riang untuk pulang ke sarang. Langit yang indah warnanya. Itulah detik yang menjadi tanda cinta Sofia dan Kamarul. Detik itu pasti akan berulang setiap hari tanpa ada tertinggal walau sehari pun. Terbuktilah bahawa cinta mereka tidak akan pernah luput dan sehingga tika itu, Sofia masih lagi tidak mampu untuk melupakan Kamarul dan detik-detik manis mereka bersama. Cinta yang telah mereka bina telah berputik dan mula untuk berbunga selama 4 tahun itu memang indah dan manis.
Setahun berlalu, kini Sofia ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ijazah Kejuruteraan di UTM. Pada hari pendaftaran, Sofia terpandang satu wajah yang telah memikat hatinya. Sepanjang pengajiannya, dia sering kali bertemu dengan jejaka itu. Oleh kerana perasaan yang terlalu ingin tahu, Sofia telah cuba mencari identiti sebenar jejaka itu. Walaubagaimanapun, dia masih lagi tidak dapat melihat wajah jejaka itu sepenuhnya. Dia sering cuba untuk melihat wajah sebenar jejaka tersebut, namun usahanya tidak berjaya dan sehinggalah pada satu hari, dia terjumpa kad pelajar kepunyaan seorang siswa. Tanpa disangka-sangka, wajah pelajar itu seiras dengan Kamarul, cinta pertamanya.
Seharian Sofia cuba untuk mencari pemilik kad pelajar itu. Namanya, Zulkarnain. Sedang leka Sofia melihat rama-rama yang menghisap madu di taman Universiti, tiba-tiba, Sofia terdengar perbualan dari kalangan pelajar lelaki, “wei, akunya kad metrik hilang…macam mana ni..habis lah aku nanti…”. Sofia terus menoleh kebelakang, didapatinya Zulkarnain dan rakannya sedang berjalan dibelakangnya. Mata Sofia terpaku apabila terpandang wajah Zulkarnain dan tanpa disedarinya, dialah jejaka yang Sofia tercari-cari identitinya selama ini. Wajah Zulkarnain yang berseri-seri itu benar-benar memikat hati Sofia. Zulkarnain membuka kaca matanya yang telah menghalang dia dari melihat wajah manis Sofia. Gayanya, lagaknya dan wajahnya memang sama seperti,…Kamarul.
Langkah Zulkarnain dan rakannya terhenti kerana melihat Sofia yang terus merenung tajam ke arah Zulkarnain tanpa berkata apa dan terus menghulurkan kad pelajar milik Zulkarnain. “Kamarul, ni awaknya kad..”, itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Sofia dan diiringi dengan hembusan angin yang nyaman. Zulkarnain hairan dan berkata, “Kamarul?”. Maka, tersentaklah Sofia dan dia sedar dari lamunannya kemudian terus beransur pergi meninggalkan Zulkarnain yang kebingunggan. “terima kasih! ”, itu sahaja yang mampu Zulkarnain katakan.
Langkah kaki Sofia diatur laju menuju ke biliknya. Setibanya di bilik, dia melabuhkan punggung di atas katil dan menerkup mukanya ke bantal. Dia menangis kerana teringatkan cintanya, Kamarul…
“Abang, kenapa abang buat saya macam ni? Kenapa abang tinggalkan saya? Kenapa setelah sekian lama abang tinggalkan saya, abang muncul dalam diri orang lain? Kenapa? “, kata hati kecil Sofia. Sofia seperti tidak percaya yang dia telah melihat semula wajah yang dia rindui selama setahun lalu.
Penuh tanda tanya dalam diri Zulkarnain. Dia tidak faham mengapa Sofia bertindak aneh. Dia berkata kepada rakannya, “ wei, kau kenal tak girl tadi tu? Apa masalah girl tu?..pelik betul..tapi, dia cute jugak eh? Hehe..”.Zulkarnain ketawa kecil.
Seminggu selepas kejadian aneh itu, Sofia terserempak dengan Zulkarnain. Pada masa itu, mereka masing-masing berseorangan. Sofia cuba mengelak, namun Zulkarnain cuba menghalang, “saudari! Tunggu sekejap,…?. Langkah Sofia terhenti, dia menoleh ke arah Zulkarnain dan pada masa itu, matanya mula berkaca. Zulkarnain pelik. “kenapa ni?, saya ada buat salah kat awak ke?”, Zulkarnain berkata.
Mutiara jernih terus mengalir dipipi Sofia yang gebu itu. Dia menggelengkan kepalanya, dan berkata, “maafkan saya”. Dia pun meninggalkan Zulkarnain…bersama-sama dengan tanda tanya.
Zulkarnain bertambah hairan dengan sikap aneh Sofia. Dia tidak tahu namanya, namun dia masih berusaha untuk mendekati Sofia dengan berusaha mencari nombor telifon bimbit Sofia. Akhirnya dia berjaya mendapatkan nombor itu daripada seorang rakan sekelas Sofia.
“salam” begitulah mesej pertama Zulkarnain.
“salam, sape ni?”, jawab Sofia.
“saya nak ucapkan terima kasih sebab awak pulangkan kad metrik saya”
“tolong jangan hubungi saya lagi!”
“saya bersusah payah mencari nombor awak, kemudian senang-senang je awak tak kasi saya hubungi awak? Kenapa? Apa salah saya? Saya tak faham apa maksud awak bila awak cuba larikan diri dari saya…”
“maafkan saya, saya ada sebab…”
“pliz, tell me..”
“ I can’t”
“pliz..pliz..pliz…”
Mesej itu telah dibalas dengan cerita sebenar. Sofia tidak lagi mampu untuk merahsiakannya. Sejurus mengetahui kisah sebenar, Zulkarnain terus ingin berjumpa dengan Sofia. Dia mahu mengenali Sofia lebih dekat. Walaupun permintaannya ditolak, dia masih lagi berkeras untuk berjumpa dengan Sofia. Akhirnya Sofia mengalah dan pergi berjumpa Zulkarnain.
Perkenalan antara mereka berakhir dengan persahabatan….
Satu semester berlalu, akhirnya Zulkarnain meluahkan perasaannya kepada Sofia,
“ I love you”.
Sofia terduduk dan terpaku. Dia kehairanan dan timbullah tanda tanya kenapa harus Zulkarnain untuk mencintainya sedangkan Zulkarnain sudah pun mengetahui bahawa Sofia tidak dapat melupakan Kamarul. Sofia menolak cinta Zulkarnain. Dia tidak mampu untuk menerimanya walaupun jauh disudut hatinya ada secebis kasih untuk Zulkarnain. Dia masih lagi mencintai Kamarul dan juga menyayangi Zulkarnain.
“Zul, maafkan saya. Saya tak dapat menerima awak. Awak telah muncul sebagai insan yang kedua selepas Kamarul. Cinta awak juga datang selepas cinta saya kepada dia. Cinta awak yang datang selepas cinta pertama saya tidak mampu untuk memenangi hati saya. Kekecewaan yang saya alami setahun lalu betul-betul membuatkan pintu hati saya tertutup untuk orang lain…maafkan saya..”
Zulkarnain berasa sungguh kecewa dan sedih. Dia tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukannya bagi memenangi hati Sofia yang suci itu. Gadis manis itu berlalu dari pandangannya selepas sahaja menolak cinta Zulkarnain. Tiba-tiba, dia mempunyai semangat, lalu menjerit, “Sofia!”. Sofia tidak mengendahkan Zulkarnain.
Tanpa berfikir panjang, Zulkarnain berlari untuk mendapatkan Sofia. Malang tidak berbau. Sebelum sempat untuk dia mendapatkan Sofia, sebuah kancil putih telah melanggarnya. Bunyi hentaman yang kuat telah membuat Sofia menoleh kebelakang. Sofia terkejut apabila melihat Zulkarnain terbaring lemah dan berlumuran darah di atas jalan.
Sofia mendapatkan Zulkarnain. Orang ramai cuba menghubungi ambulance dan pada masa yang sama, Sofia menatap wajah Zulkarnain. Zulkarnain berkata dengan suara yang terputus-putus, “ Sssofiiaa..kalau saya tak dapat awak, tiada siapa yang boleh memiliki awak..”. Itulah kata-kata yang terakhir keluar dari mulutnya. Sofia menangis. Tubuh yang lemah itu dipangku oleh Sofia. Dia tidak menyangkakan bahawa, semua orang yang menyayanginya pasti akan meninggalkannya. Kamarul dan Zulkarnain, kedua-dua mereka amat bermakna bagi Sofia namun, mereka telah meninggalkan Sofia.
Hujan yang turun dengan lebatnya telah menyimbah bumi dengan irama yang rancak. Diiring pula dengan kilat dan petir. Tersentak-sentaklah Sofia yang sedang berseorangan menyiapkan tugasan di dalam biliknya. Masa itu, sudah genap sebulan Zulkarnain meninggal dunia. Sedang Sofia sibuk menyiapkan tugasan, dia menyelak buku catatannya. Dia terjumpa sekeping cd. Tertulis “hidup yang singkat” di permukaan cd tersebut. Dia berasa hairan, dari manakah cd itu datang? Siapa yang meletakkan cd itu di dalam bukunya. Tanpa berlengah lagi, dia memasang cd itu di laptopnya. Alangkah terkejutnya dia apabila, mendapati cd itu mengandungi satu rakaman yang dibuat oleh arwah Zulkarnain.
Di dalam rakaman tersebut, jelas menunjukkan yang Zulkarnain amat mencintai Sofia. Dia turut berkata, “ jika suatu hari nanti saya tak dapat nak ucapkan selamat tinggal pada awak, saya harap awak tidak akan lupa yang saya tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana awak sudi memenuhkan ruang hidup saya yang pendek ini.”
Hujan yang turun mulai reda. Bunyi katak memanggil memenuhi kesunyian Sofia. Dia menangis kerana dapat merasakan yang dirinya itu terlalu kejam terhadap Zulkarnain. Dia baru sahaja mengerti betapa hebatnya cinta Zul terhadapnya. Selama ini dia tidak sedar bahawa terlalu banyak pengorbanan yang Zul lakukan deminya.
“”kadang-kadang, kita tidak sedar, orang yang kita tidak perduli, sangat sayang kepada kita..
kadang-kadang kita tidak sedar, kita terlampau sayang orang tu, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita…
dan kita tidak pernah sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita…
dan kita bukanlah sesiapa, untuk buat orang itu menyayangi kita macam mana sayang kita pada dia…
sebab kita cuma manusia biasa…””
Sofia
Muncullah di skrin laptop Sofia kata-kata indah itu sebagai penutup kepada novel yang dikarangnya. Segala apa yang diusahakannya selama ini telah berjaya disiapkan. Novel itu ditulis sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada kedua-dua jejaka yang pernah menyayanginya satu masa dulu.
Tibalah hari pelancaran novelnya yang penuh erti itu. “Hayatku yang singkat..memberi penuh erti kasih”…adalah tajuk novel Sofia. Walaupun tajuknya terlalu ringkas, namun, isinya terlalu mengguris hati dan bererti. Semasa melancarkan novel yang pertama itu, datanglah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Kanak-kanak itu memiliki rambut perang dan anak mata berwarna coklat. Wajahnya memang menyejukkan hati. Dia merupakan kelahiran hasil perkahwinan orang kulit putih dengan orang melayu. Kanak-kanak itu berkata, “is this your story?”. Sofia tersentak dengan kata-kata itu. “how you know?”, Sofia bertanya kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu tidak menjawab pertanyaan Sofia dan beransur pergi mendapatkan ayahnya yang berdiri tidak jauh dari situ. Ayahnya berdiri segak namun wajahnya telah ditutup oleh topi dan kaca mata yang dipakainya. “dad, comes with me..” kanak-kanak itu mengajak ayahnya untuk mendapatkan tanda tangan Sofia selaku penulis novel yang dia kagumi.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi burung riang dari pokok yang tidak jauh dari mereka berdiri. Lelaki itu berkata, “I love this sound…”. Sofia seperti pernah dengar suara itu. Pada masa yang sama, lelaki itu membuka kaca mata hitamnya dan menoleh ke arah Sofia. Mata mereka terpaku antara satu sama lain. Alangkah terkejutnya Sofia apabila mendapati lelaki itu adalah, Kamarul.
“abang?!” spontan keluar kata-kata itu dari mulut Sofia. Kamarul terdiam dan anaknya, Allysia terpinga-pinga melihat gelagat mereka berdua.
Tangisan, itu sahaja yang mampu Sofia lakukan. Sofia meninggalkan majlis itu kerana berasa terlalu sedih apabila melihat kekasih yang amat dicintainya itu berada di depan mata tetapi sudah menjadi milik orang. Allysia menjerit, “aunty!”. Sofia tidak menghiraukannya dan terus meninggalkan perkarangan majlis pelancaran itu.
Keesokkan harinya, Kamarul mengajak Allysia untuk pergi ke suatu tempat yang amat bermakna baginya. Ya, pantai yang menjadi lambang cinta Kamarul kepada Sofia.
Apabila pintu keretanya di buka, kedengaran hempasan ombak ke pantai. Kamarul rindukan detik indah yang dulunya dia bersama-sama Sofia menghabiskan senja di situ. Sampai sahaja di tepi pantai, Kamarul melabuhkan punggungnya, dan merenung kembali detik-detik manisnya bersama Sofia. Tiba-tiba, Allysia berkata, “dad, aunty Sofia…”
Rupa-rupanya, ramai orang sedang cuba menyelamatkan Sofia yang lemas akibat terjatuh ke laut. Sofia tidak tahu berenang dan Kamarul teringat kata-kata Sofia beberapa tahun yang lalu, “kalau kita ditakdirkan berpisah, biarlah laut ini menjadi pemisah..kalau kita ditakdirkan bersatu, biarlah laut ini menjadi penyatu cinta kita”
Kamarul bergegas mendapatkan Sofia. Pada masa itu, Sofia sudah tidak bernyawa lagi…”Sofia!!!!!”……………..itu sahaja yang mampu dikatakan…
Memang benar apa yang Sofia katakan, laut itu benar-benar memisahkan mereka…Tangisan Kamarul sudah tidak berguna lagi. Sofia tidak akan kembali lagi…
Kekecewaan dan rasa bersalah sentiasa menyelubungi hidup Kamarul. Rupa-rupanya, tujuan Kamarul pulang ke tanah air adalah bagi mencari semula cinta sejatinya itu apabila isterinya iaitu ibu kepada Allysia telah meninggal dunia selepas melahirkan Allysia. Namun, hajatnya tidak kesampaian. Sofia telah pergi buat selama-lamanya kerana terlalu kecewa dengan cinta pertamanya itu.
Senja telah tiba, burung-burung berkicauan, kali ini, Kamarul pula yang keseorangan mengimbas kembali segala janji manisnya kepada Sofia….”I love you, Sofia…I love you”…” you are right, life is short”… “They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them.”
ni merupakan cerpen pertama saya...
ReplyDeletediharap para pembaca boleh memberi komen terhadap hasil penulisan saya..terima kasih