Monday, August 16, 2010

jadilah gadis di dalam bekas kaca...

Sukarnya aku untuk mengolah apa yang aku rasa ke dalam bentuk penulisan. Kesukaran ini berpunca dari hati aku yang tidak tenang. Aku sentiasa berharap Tuhan akan memberikan aku ketenangan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Setiap hari, aku akan bertemu dengan pelbagai pengalaman. Tidak kiralah ianya pengalaman yang manis atau pahit. Kemudian bila tiba malam, aku akan mengimbau kembali apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Mulalah bermain difikiran aku apa yang manis. Tatkala yang pahit berlegar difikiran, mulalah air mata aku mengalir membasahi lamunan. Penyesalan, kekecewaan semuanya bermain diruang hati. Sehinggalah terdetik difikiran aku " kalaulah bukan aku...".
"Kalau" perkataan yang sepatutnya tidak wujud namun ianya kadang-kala berguna sebagai pengajaran. Bak kata orang, sakitnya cuma sementara, namun pengajaran buat selamanya.

Hidup aku menjadi tidak bertujuan bila nafsu sebagai seorang gadis yang hina menguasai diri. Puas aku menahan, namun aku tidak berkemampuan.

Orang pernah berkata, "kisah silam itu jadikanlah pengajaran..mulakanlah hidup baru". Namun bagi aku, sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku, ianya menjadi sebahagian hidup aku. Tidak hairanlah sekiranya perkara itu yang terbaik. Hanya kisah pahit yang akan terus menyelebungi hidup aku. Dia akan terus menyalahkan aku.

Kehadiran sesiapa sahaja dalam hidup aku akan memberi aku satu pengalaman yang berharga. Sekiranya seseorang itu hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidup aku. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Aku redha. Aku pasrah. Kerana Allah memiliki rahsia atas apa yang diberi kepada dan diambil dari kita.

Tuesday, August 3, 2010

mungkin ini suratanNya

ingin aku berdoa, supaya Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah dalam hari hari yang mendatang. Kerana segala apa yang mendatang telah membuatkan aku kadang-kadang berputus asa. Mungkin di pagi hari, aku merasa ceria gembira, namun semakin masa berlalu, hari aku menjadi semakin pudar. Hanya aku yang paham kenapa ini semua terjadi. Hati aku, milik aku. Namun cinta aku milik Allah.

Apa yang aku katakan, mungkin tidak akan kekal. Kerana kini hati aku, sudah terpahat di satu sudut. Mungkin sudut itu tersedia ruangnya untuk aku dan mungkin juga aku cuma berkhayal untuk berada di situ. Sudut yang aku sendiri tidak tahu ianya benar wujud atau tidak, memang benar-benar membuatku terleka dan terlena.

Hanya kerana apa yang aku lihat, aku teringin untuk berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku dengar, aku teringin berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku rasa, aku teringin untuk berada di situ.

Sudut itu, mungkin benar.
sudut itu, mungkin palsu.
Sudut itu, adakah untuk aku?

kalau dulu, aku menjumpai satu sudut yang lain, tapi sudut itu hanya mimpi bagiku.
Setelah terperap di sudut itu untuk beberapa ketika, sudut itu dah menghalau aku keluar.

ya, aku dihalau...
dan kini aku dah menjumpai sudut yang baru.
sudut itu milik....
milik....
Ya, milik dia...dia yang sentiasa aku lihat saban hari.
milik dia yang saban hari mengukir senyuman...
milik dia yang saban hari menghiburkan aku...

dia ada dekat dengan aku..sudut yang dekat, namun aku takut untuk terus mendekati sudut itu...