Sukarnya aku untuk mengolah apa yang aku rasa ke dalam bentuk penulisan. Kesukaran ini berpunca dari hati aku yang tidak tenang. Aku sentiasa berharap Tuhan akan memberikan aku ketenangan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.
Setiap hari, aku akan bertemu dengan pelbagai pengalaman. Tidak kiralah ianya pengalaman yang manis atau pahit. Kemudian bila tiba malam, aku akan mengimbau kembali apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Mulalah bermain difikiran aku apa yang manis. Tatkala yang pahit berlegar difikiran, mulalah air mata aku mengalir membasahi lamunan. Penyesalan, kekecewaan semuanya bermain diruang hati. Sehinggalah terdetik difikiran aku " kalaulah bukan aku...".
"Kalau" perkataan yang sepatutnya tidak wujud namun ianya kadang-kala berguna sebagai pengajaran. Bak kata orang, sakitnya cuma sementara, namun pengajaran buat selamanya.
Hidup aku menjadi tidak bertujuan bila nafsu sebagai seorang gadis yang hina menguasai diri. Puas aku menahan, namun aku tidak berkemampuan.
Orang pernah berkata, "kisah silam itu jadikanlah pengajaran..mulakanlah hidup baru". Namun bagi aku, sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku, ianya menjadi sebahagian hidup aku. Tidak hairanlah sekiranya perkara itu yang terbaik. Hanya kisah pahit yang akan terus menyelebungi hidup aku. Dia akan terus menyalahkan aku.
Kehadiran sesiapa sahaja dalam hidup aku akan memberi aku satu pengalaman yang berharga. Sekiranya seseorang itu hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidup aku. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Aku redha. Aku pasrah. Kerana Allah memiliki rahsia atas apa yang diberi kepada dan diambil dari kita.
puas aku cari bekas kaca dalam tulisan kau hahaha...
ReplyDeletehaha..itunya ada maksud tersirat..huahua..
ReplyDeletesasteraqa