Sunday, October 5, 2014

Kau siapa?

Bro....
Dah banyak kali aku nampak kau.
Dah banyak kali aku menuju ke arah kau.
Dah banyak kali kau pun menuju ke arah aku.

Bro...
Dah banyak kali aku lihat kau senyum.
Dah banyak kali aku lihat kau melambai tangan.
Dah banyak kali kau merenung tajam ke arah aku.

Tapi,
Kau tak pernah bersuara,
Kau tak pernah menyapa,
Kau tak pernah kenalkan diri kau siapa.

Dan kau cuma mimpi aku sahaja.
Kau siapa?

No comments:

Post a Comment

komen...