Tuesday, September 15, 2015

baru 25, Pelbagai Perisa

Blog ku sayang,

Dah 25 tahun lebih aku hidup kat dunia ni. Ramai cikgu yang dah didik aku termasuk ibu bapa aku sendiri yang dah didik aku macam mana nak jadi diri aku sendiri. Dari alam sekolah rendah, sekolah berasrama dan akhirnya aku menghabiskan lebih kurang 6 tahun di alam Universiti. Kini memegang segulung ijazah bukan lagi menjadi kebanggaan aku. Apa yang lebih membanggakan aku adalah aku bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk aku dan keluarga. Selepas menamatkan pengajian, kini lebih kurang dah setahun aku dalam alam pekerjaan. Dalam tempoh itu aku dah menceburi 3 bidang pekerjaan yang berbeza-beza. Bermula pekerjaan aku dengan bekerja di sebuah kilang membuat komponen kapal terbang. Menjadi eksekutif bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan sentiasa dihimpit tekanan. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pada hari yang sama aku mendapat kerja di sebuah tadika swasta sebagai seorang pembimbing. Senang cerita, aku jadi "Cikgu Tadika". Macam mana eh nak percaya, sedangkan aku seorang yang sangat3 GARANG dan amat terkenal dikalangan saudara-mara mahupun kawan2 aku sebagai seorang yang sangat HOT TEMPER.

Menjadi seorang guru memang bukan juga mudah (aku tabik spring kat semua cikgu kat luar sana).
Dari seorang yang tidak sukakan kanak2, aku menjadi SANGAT SAYANGkan mereka. Dari seorang yang tidak pernah fikirkan perasaan kanak2, aku menjadi SANGAT SENSITIF bila dengar mereka berbicara. Tangis, gelak tawa, terharu, marah dan gembira semuanya aku boleh dapat dari mereka yang jujur bila melakukan apa sahaja. Namun, apa kan daya, bukan tidak sayangkan anak2 tu, tapi aku diberi peluang yang selaras dengan bidang. Bidang yang tergulung kemas dalam sijil aku terima setahun dulu.

Kini, aku duduk dalam sebuah kabin kecil. Menghabiskan 8 jam setiap hari termasuklah hari Sabtu di tapak pembinaan yang dikelilingi warga asing. Macam2 ragam mereka yang mencuit hati aku. Dari kulit aku putih, sampailah kalau pakai krim 'foundation' naik ber'capok' muka aku (means aku dah hitam!!). Berbasikal tiap hari melawat tapak, itu buatkan aku "lost weight" ...hehehe...

Blog sayang,

Aku berazam tak kan aku keluar dari Melaka untuk mencari rezeki sebab tinggal di tempat kita membesar adalah sebesar-besar nikmat yang aku terima masa ni. Pelbagai Perisa kehidupan aku rasa di sini. Dan aku bersyukur...

No comments:

Post a Comment

komen...