Saturday, June 27, 2009

sikap manusia..

aku masih terlalu muda untuk menafsirkan setiap insan disekeliling aku, tapi aku pun ada hati dan perasaan. Siapa yang terlalu bodoh untuk mengenali muslihat insan yang ada pertalian darah dengannya?
Naluri dan perasaan mampu membaca apa niat di hati kau wahai insan...
Janganlah kau beranggapan alasan bodoh mu itu tidak diketahui..
sekiranya, muslihat kau diketahui dengan sendiri, akibatnya lebih buruk daripada kau mengakuinya...
Sekali kau menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap kau,
selama-lamanya tiada lagi ruang kepercayaan buat kau di hati mereka yang terluka...
Jangan kau sangka, hati orang di sisi orang yang kau lukai itu tidak turut terluka...

ada insan yang busuk betul hatinya..

pulang ke rumah pun sekali sekala, itupun selepas dipujuk ibunya...
kalau pulang pun, mesti ada sebab...
lagi busuk hatinya, setiap hari dia akan telefon ibunya tidak lebih dari 3 minit..
apa dia ingat dia dapat mengaburkan mata dan hati ibunya dengan buat panggilan tu?
disebabkan, dia anak yang terakhir dan paling disayangi ibunya..
ibunya tetap menunjukkan riak yang gembira di hadapan orang lain..
pernah cucunya duduk berbual dengan nenek, tiba-tiba anaknya telefon..
belum sempat cucunya menghabiskan cekodok yang dimakan, perbualan mereka sudah tamat...
ibunya sanggup menyimpan sebanyak mana durian yang boleh untuk anaknya yang tidak pulang-pulang ke kampung..
apa yang lebih menyedihkan, pada tika itu, ayah saudaranya sendiri sedang sakit kuat..
apa yang ada dalam fikirannya bila dia tidak mahu pulang ke kampung...
banyak lagi perkara y si busuk hati ini lakukan yang boleh menyakitkan mata sesiapa yang memandang..n hati siapa yang merasakannya..

.................................................................................................

No comments:

Post a Comment

komen...