Thursday, July 22, 2010

DI HUJUNG HARI...

Dalam sehari, kita memiliki 24 jam..
Dalam sejam, kita memiliki 60 minit..
Dalam seminit, kita memiliki 60 saat..
....sekiranya di kali, di campur, ditolak, pasti kita akan mendapat satu nilai yang amat besar...

namun, adakah kita menggunakan nilai yang banyak itu dengan sebaiknya?
aku masih lagi teringat saat seseorang berpesan pada aku....
"gunakanlah masa sebaiknya"

sehingga kini, kata-katanya menjadi tonggak kepada hidup aku setiap hari
apa yang aku ingin kongsikan kat sini, aku tetap tidak terlepas untuk terleka dalam beberapa perkara..sehinggalah aku menjadi lupa dan alpa akan tanggungjawab aku yang sebenarnya.

kadang-kala, aku sedar yang aku sedang memesongkan arah tujuku di setiap penghujung hari, namun, aku tetap akur dengan diri aku, aku tidak mampu menabahkan hati dan menawan segala nafsu buruk...kerana aku cuma manusia biasa.

pernah juga, terkedip mata tersedar dari lamunan, namun aku tetap mengelamun..

adakalanya, aku sangkakan malam itu gelap..tapi aku salah sama sekali..kerana malam sebenarnya terang jika ianya dijadikan penghujung hari yang baik...

No comments:

Post a Comment

komen...