Jodoh, ajal, pertemuan, rezeki, adalah rahsia Tuhan. Iqa redha dengan semua takdir. Namun, Iqa sentiasa menantikan bilakah rahsia ini akan terbongkar.
Dilihat dengan mata kasar, tiada yang dapat Iqa faham. namun dilihat dengan mata hati, banyak azimat tersembunyi...
Biarlah hati kita pernah bersatu dan kini terpisah jauh, doa tetap Iqa titipkan dalam setiap ibadah.
Biarlah kegembiraan bersama dah berubah kekecewaan, doa tetap Iqa titipkan sebelum tidur.
Biarlah rindu semakin menebal namun tiada dari mu, doa tetap Iqa titipkan setiap kali membuka mata.
Biarlah berjauhan di mata namun di hati Iqa tetap ada dia...
Biarlah Iqa tidak tahu apa rasanya dia, doa tetap Iqa panjatkan agar diberi penggantinya...
Iqa sentiasa rindu pada senyuman itu,
Iqa sentiasa rindu pada gelak tawa itu,
Iqa sentiasa rindu pada suara manja itu,
Iqa sentiasa teringat akan dia..tidak kira di mana Iqa berada...
tatkala bersendiri, bayangan dia ada saja meneman...
seperti baru semalam kita berjumpa...
seperti baru semalam kau katakannya...
seperti baru semalam Iqa melihat wajah mu..
sedar tidak sedar, kini sudah lama kita berpisah..
namun, ingatlah...
cinta yang dulu meskipun telah musnah, adalah sesuatu yang tidak akan Iqa lupakan...
biar sampai mati..
Andailah..hadir jodoh yang ditentuNya, dan dia bukanlah kau...
aku akur..dan aku akan membuatnya bahagia...
KERANA...ini semua Rahsia Tuhan yang dapat dibongkar satu persatu tika saatnya tiba
No comments:
Post a Comment
komen...