3 Ramadhan merupakan permulaan bagi ku...
dapat dirasakan sesuatu getaran di hati apabila dialunkan ayat suci al-Quran pagi tadi..
ianya tidak seperti selalu...
meremang bulu roma bila aku memulakan bacaan...
suara ku di rendahkan nadanya, namun semakin lama semakin kuat memenuhi kesunyian subuh yang hening...
seperti tidak mahu dihentikan bacaan ayat-ayat suci itu walaupun waktu tidak mengizinkan kerana aku perlu memenuhi keperluan duniawi (kelas)...
jelas, ukhrawi sekiranya dihayati, mampu mengatasi duniawi...
Ramadhan kali ini datang dengan seribu makna, dan aku berharap untuk ia memberi berjuta kesan dalam diri ku...
perubahan ku nantikan dalam diri...
Air mata mengiringi juadah berbuka puasa...
Doa mengiringi niat puasa...
Impian mengiringi air kosong di waktu sahur...
Bila Ramadhan datang, waktu senja menjadi bermakna tidak seperti selalu..
Bila Ramadhan datang, waktu subuh sentiasa diperhati...tidak seperti selalu diabaikan...
Bila Ramadhan datang, barulah dijalankan suruhan...tidak seperti dulu dilupakan...
Ramadhan mampu memberi kesan yang mendalam...insyaAllah..
No comments:
Post a Comment
komen...