Saturday, May 22, 2010

siapa aku yang kau kenal?

salam..
entry kali ni berbeza sedikit dari yang biasa aku tulis..
kali ini, aku terfikir lah nak tanya kat semua orang yang kenal aku dr dulu..
aku ni orang y cmne?
mksud aku,...
samaada aku ni garang? ditakuti? pendiam? banyak cakap? n macm2 lah..
kan best klu aku dapat tau apa yang orang kata tentang aku, sbb klu itu perkara yang buruk, mungkin aku dapat berubah kepada yang lebih baik, bukan?

AKU BUKAN MARAHKAN KAU,, AKU MARAHKAN...

Jika benar kau tidak ditakdirkan untuk aku, Kenapa perlu aku marahkan kau,bukan? Kenapalah aku selama ini tidak sedar semua ini? Biarpun kau pergi meninggalkan aku, bukan kau yang minta, bukan keinginan kau. Semuanya adalah kerana takdir, nasib. Ya nasib aku sebagai insan biasa yang sentiasa diduga. Bukan marah pada takdir, tidak! Aku cuma marah pada nasib aku yang sentiasa tidak mendapat kau. Jika aku amati setiap saat dalam hidup aku, kau ada, ye, kau ada. Kau hadir sebagai penghibur kala duka, pengubat kala kesakitan, penerang kala kegelapan dan pencinta kala kesunyian. Namun, akhirnya kau pergi kan? Kau pergi bila kau sedar yang aku ini bukannya cinta yang kau cari. Tapi kan, aku ada sedar sesuatu, tidak silap jika aku kata yang kau hadir dalam hidup aku sentiasa, cuma kau hadir dalam insan yang berlainan. Mungkin kata-kata itu hadir dengan penuh tanda tanya. Biar aku jelaskan pada kau. Pernah aku terfikir, hanya seorang yang ditakdirkan untuk menyintai aku, jadi biarpun telah ramai yang mengatakan cinta, aku tahu sebenarnya itu adalah kau yang telah bernafas didalam jasad lain. Biarpun suara, rupa, kata-kata yang berlainan, aku percaya itu adalah kau kerana tiap kali kau hadir, hati aku seperti bergoncang. Lucu benar bunyinya, tetapi itulah hakikat yang aku mulai sedar setelah beberapa insan hadir dan pergi dari hidup aku. Aku tahu aku tidak akan mengetahui siapakah kau sebenarnya, kerana cuma hati kau yang dapat aku rasa dalam kehadiran insan yang akhirnya telah meninggalkan aku.

Thursday, May 13, 2010

hati dan perasaan

entah kenapa bila orang tu kata dia busy, aku plak yang cmburu..sdgkan kami bukan ada apa-apa pun...aku risau klu2 perasaan ni..kecemburuan ni, wat kebahagiaan orang lain terjejas...maafkan saya.


hahaa..tiba2, aku tersentimental plak kan..

Saturday, May 8, 2010

pengalaman indah....

tiada apa yang indah melainkan apa yang kita rasa indah dan tak mampu dilupakan..

dari kita kecil, byk perkara indah yang kita lalui..
  1. mula berjalan..
  2. first time naik basikal..
  3. dapat sambut hari jadi kat sekolah bersama kawan2..
  4. sambut hari raya kat sekolah, pakai bju cantik2..nyanyi lagu raya..
  5. first day sekolah..(but not for me, aku menangis sbb tulah first time aku jumpa orng haha)
bila dah besar...
  1. kenangan bersama teman2 baik di sekolah menengah, kolej, universiti...
  2. first love...
  3. bercuti brsama keluarga, even time kanak2 dah pergi tp lupa....mak pun bwk lah dah besar panjang
nanti dah lepas alam remaja...
  1. berkahwin..
  2. menimang cahaya mata y merupakan anugerah tak ternilai...
  3. tengok anak2 berjaya..
  4. pergi haji...
  5. n mcm2 lagi..
klu nak kata pengalaman pahit? malas lah nak ingatkan, wat pahit tekak aku je..ahha

kisah kaktus...

mama : bape kaktus angah beli?
aku : 3 je..kecik2..3 rm 10...
mama : kaktus y macam mana? ada yang ada bunga kan atas dia..panjang kaktus, atas ada bunga oren..angah beli yang tu ke?
aku : tak lah ma, iqa beli tiga2 tak de bunga...heeeheee..
mama : knape?

cerita dia camni...

11 april, perjalanan mencuci mata bersama abe kt jusco, tiba2 terpaku mata aku kt menda alah kecik ni..murah kan..
aku pun tinggalkan kwn aku tu kat tmpat aksesori kereta, aku pergi ke kawasan si cik kaktus yang comel2..

masa memilih..aku dh pegang dah kaktus berbunga tu..mmg ada kaler oren..cantiklah..
niat aku nak beli tiga kaktus mcm aku tiga beradik..so, aku pilih satu ada bunga n dua lg lain2 jenis..bila aku angkat je kaktus tu..tiba-tiba aku terfikir....

jadi..apa y aku fikir ni lah y wat aku beli sume kaktus takde bunga...


" Kalau satu je kaktus yang ada bunga, nanti yang lagi dua tu cemburu, tak nak dah dia hidup..kan payah..."

mama : lah..ye tak ye..tp ti kan ngah, mesti yang takde bunga tu berazam nak keluarkan bunga satu hari nanti...

Friday, May 7, 2010

7 MAY... (dont get any idea for da title)

with unknown title, i would like to share here what im thinking now. Even i still have one more paper on this Sunday, that not da reason why i stop blogging here. My last paper, Engineering Geology. Actually, i 've took this paper on my second semester during my diploma. N now, once again I need to face this theoretical paper..huhu.. a lot of thing need to be understand and remember. Im tired..huhu..
btw, I feel so happy, because..IM GOING HOME..LEAVING South..hehee..i mean leaving Penang...

later, i will be more far away from all stupid memories..memory of wat? just read my older post. At Shah Alam, another life will begin...hopefully, full of joy...

God, always with me..and all of you.. u know what, when i pray, Quran, Yassin, Zikrullah..all problems will get out of my mind, my soul come to peace... but, when i walk away from God, from His way...i feel that i lost...lost on my way..

What playing in my mind just now, my parents..i cant wait to meet them this sunday..2 more days..mama, papa i miss u...

Wednesday, May 5, 2010

JAM TANGAN

tiap kali waktu berdetik, masa akan meninggalkan aku..
kadang-kadang aku tak mampu mengejar detik yang semakin pantas meninggalkan aku...
setiap detik amat bermakna jika diguna sebaiknya,
tapi ianya hanya membuang nikmat jika disiakan..

mengenai tajuk aku tgh harini, Jam Tangan...
sinonim dgn waktu..masa...detik..
aku sentiasa mencuba untuk mematuhi setiap detik yang berlalu, namun aku cuma manusia biasa yang kadang-kala terleka dek kehidupan seharian yang semakin hari semakin moden dan maju...
ada juga masa aku terbuang disebabkan angan2, khayalan..mimpi..
sungguh merugikan, bukan?
tapi, itulah hakikat tentang diri aku yang kadang kala mengabaikan waktu yang bermakna..dan amat mahal...

tentang Jam Tangan, disebabkan aku sentiasa dididik untuk mematuhi masa, aku merasakan jam tangan amat penting..
sejak aku pandai tengok jam, aku mula memakai jam tangan bila keluar dari rumah...
kalau tak pakai, kekok sangat rasanya..

jam tangan yang aku pakai dulu-dulu, cuma berharga 10-20 ringgit M'sia je..
tp, since last year, akak aku hadiahkan jam yang agak mahal..trima kasih along..hehe..
and then sejak tu lah aku tak lagi bertukar-tukar jam mengikut mood..hehee..

ada lagi satu perkara yang berkaitan dengan jam tangan..

aku ni, suka perhatikan orang dengan bermula di tangan..maknanya, aku akan perhatikan orang itu pakai jam tangan ke tak..biasanya perkara ni berlaku bila aku berjumpa dengan seseorang itu buat kali yang pertama...

bagi aku, kalau orang itu memakai jam tangan, dia berdisplin...itu cuma tanggapan aku..siapakah dia yang sebenarnya? aku tak kesah lah..
n bagi aku jugak, orang yang pakai jam tangan tu smart..emm..smart cmne ? aku tak tau nak jelaskan..tak kesah lah dia gurl or boy, but for me, jam tangan is my first view to others...aahahaa

Tuesday, May 4, 2010

sempena hari ibu, cerpen untuk mama


Mama, cerpen ni iqa dedikasikan untuk mama. Harap, iqa dapat jadi anak y terbaik untuk mama di dunia dan di akhirat. Mungkin ma tak pernah bukak blog iqa, tp setahu iqa Pa dah pasang streamyx kan kat umah, ti mama tgk lah eh..hee..hee..mana lah tau, cerpen ni boleh menang apa-apa anugerah nanti..hee....ha, cerpen ni sekadar rekaan semata-mata tau..

Nada dering suara MAMA

Saiful, yang dulunya dikenali sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang sangat nakal, degil dan suka melawan cakap ibunya. Kini, Saiful sudah pun mendirikan rumah tangga dan telah di anugerahkan sepasang zuriat kembar, yang bernama Zulaikha dan Zaki. Namun, masa Saiful bersama isteri tersayang tidak lama, isterinya, Balqis telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi kembarnya 7 tahun yang lalu. Semenjak dari saat itu, Saiful adalah bapa dan juga ibu kepada anak-anaknya.

Kini, Saiful sedar betapa sukarnya menjadi seorang bapa sekaligus menunaikan tanggungjawab seorang ibu memandangkan hatinya belum terbuka untuk mana-mana kaum hawa menjadi ibu kepada anak-anaknya. Bersyukurlah Saiful kerana anak kembarnya itu tidak senakalnya dulu.

"ayah, ibu dah tiada, kami nak raikan hari ibu dengan siapa?", kata Zulaikha dan Zaki.
"ayah kan ada, sambut dengan ayah lah ye...tapi, jangan lupa tau, doakan arwah ibu yang ada kat atas sana...", jawab Saiful sambil jarinya menuding ke arah satu bintang.
"ayah, dulu ayah nakal?.", tanya lagi Zaki. " Nakal sangat, meh ayah ceritakan masa ayah kecil-kecil dulu",kata Saiful sambil memangkukan kedua-dua kembarnya di atas ribanya.

.............................cerita Saiful.........................( menggunakan panggilan aku, bagi menghayati penghayatan disebalik ceritanya )

Aku budak nakal, aku tidak kenal erti menghormati orang lain terutamanya ibuku.

Semasa usiaku 7 tahun, aku marah mama dikhalayak ramai apabila pakaianku tidak secantik teman yang lain dalam majlis aneka ragam di sekolah. Mama merupakan ibu tunggal, hidup aku dan mama tidak senang sama seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pakaian itu mama yang jahitkan, walaupun mama tiada wang, mama tetap usahakan sesuatu yang unik bagi aku peragakan pada malam tersebut. Tetapi, apa yang dia dapat cuma makian dari aku, aku melempar pakaian itu ke arahnya dan terus keluar mencari teman-teman.

Di usiaku 12 tahun, keputusan UPSR aku cuma 3B2C. Mama tetap berbangga dan telah datang ke sekolah untuk mengucapkan tahniah kepada aku, tapi, aku telah membalasnya dengan kata-kata yang kasar di hadapan kelas, "Ala!! Tipu lah, klu aku gagal pun mesti mama nak ucapkan tahniah kan? Tak payah lah susah-susah nak jaga hati...". Mama tunduk malu.

Aku seperti remaja yang lain berusia 17 tahun, memberontak menginginkan telefon bimbit. Aku tidak mengendahkan bagaimana mama akan mendapatkannya untuk aku, yang aku tahu cuma membentak, menyuarakan keinginan aku.
Mama ada wang simpanan, mama belikan aku telefon bimbit yang terpakai. Aku tidak berpuas hati lalu aku meninggalkannya di atas meja. Aku keluar dan menghabiskan malam itu bersama teman-teman di warung.

Hampir 2 pagi, baru aku pulang ke rumah. Aku hairan, kenapa tingkap, pintu, semuanya terbuka luas. "Mama dah nyanyuk", fikir aku. Namun, fikiran aku terhenti tatkala aku melangkah masuk ke rumah dan dapati mama terlantar di ruang tamu. Ditangan mama, digenggam erat telefon bimbit yang telah aku tinggalkan petang tadi.

Mama ada tinggalkan surat wasiat hartanya yang tidak seberapa namun cukuplah bagi aku untuk memulakan hidup baru. Dan apa yang lebih berharga, telefon bimbit.

Sebelum mama menghadiahkan telefon itu kepada aku, mama telah meminta penjual di kedai telefon bimbit itu merakamkan suaranya, dan dia berharap aku akan menggunakannya sebagai nada dering telefon tersebut.

Bagi mama, selagi diulang, selagi itu ianya menjadi doa.
...........................................................................................

tamatlah cerita Saiful kepada anak kembarnya.

"ayah, macam mana nada dering tu?", tanya Zulaikha.

Saiful mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan seraya menghubungi telefonnya menggunakan telefon di rumah. Maka, berbunyilah telefon bimbitnya...

"Epul...epul anak yang baik..angkat telefon ni, nak..."


Saturday, May 1, 2010

hati aku kosong


HATI SAYA HANYA UNTUK YANG BENAR-BENAR IKHLAS MENYINTAI, BUKAN UNTUK DIPERSENDA


kepada sesiapa yang pernah mempermainkan hati aku, jangan bimbang, aku dah lama memaafkan, namun sedarlah yang biarpun aku dah memaafkan, tp balasan bukan datang dari aku..
mungkin apa yang telah dipermainkan akan mempermainkan hati sendiri semula suatu hari nanti..

biar aku tak pernah mengatakan aku benci, tp hakikatnya aku benci si pemain hati ...
meski ada secubit lg rasa kasih, iaitu kasihan dan bersimpati..