Saturday, May 22, 2010

AKU BUKAN MARAHKAN KAU,, AKU MARAHKAN...

Jika benar kau tidak ditakdirkan untuk aku, Kenapa perlu aku marahkan kau,bukan? Kenapalah aku selama ini tidak sedar semua ini? Biarpun kau pergi meninggalkan aku, bukan kau yang minta, bukan keinginan kau. Semuanya adalah kerana takdir, nasib. Ya nasib aku sebagai insan biasa yang sentiasa diduga. Bukan marah pada takdir, tidak! Aku cuma marah pada nasib aku yang sentiasa tidak mendapat kau. Jika aku amati setiap saat dalam hidup aku, kau ada, ye, kau ada. Kau hadir sebagai penghibur kala duka, pengubat kala kesakitan, penerang kala kegelapan dan pencinta kala kesunyian. Namun, akhirnya kau pergi kan? Kau pergi bila kau sedar yang aku ini bukannya cinta yang kau cari. Tapi kan, aku ada sedar sesuatu, tidak silap jika aku kata yang kau hadir dalam hidup aku sentiasa, cuma kau hadir dalam insan yang berlainan. Mungkin kata-kata itu hadir dengan penuh tanda tanya. Biar aku jelaskan pada kau. Pernah aku terfikir, hanya seorang yang ditakdirkan untuk menyintai aku, jadi biarpun telah ramai yang mengatakan cinta, aku tahu sebenarnya itu adalah kau yang telah bernafas didalam jasad lain. Biarpun suara, rupa, kata-kata yang berlainan, aku percaya itu adalah kau kerana tiap kali kau hadir, hati aku seperti bergoncang. Lucu benar bunyinya, tetapi itulah hakikat yang aku mulai sedar setelah beberapa insan hadir dan pergi dari hidup aku. Aku tahu aku tidak akan mengetahui siapakah kau sebenarnya, kerana cuma hati kau yang dapat aku rasa dalam kehadiran insan yang akhirnya telah meninggalkan aku.

No comments:

Post a Comment

komen...