Tuesday, May 4, 2010

sempena hari ibu, cerpen untuk mama


Mama, cerpen ni iqa dedikasikan untuk mama. Harap, iqa dapat jadi anak y terbaik untuk mama di dunia dan di akhirat. Mungkin ma tak pernah bukak blog iqa, tp setahu iqa Pa dah pasang streamyx kan kat umah, ti mama tgk lah eh..hee..hee..mana lah tau, cerpen ni boleh menang apa-apa anugerah nanti..hee....ha, cerpen ni sekadar rekaan semata-mata tau..

Nada dering suara MAMA

Saiful, yang dulunya dikenali sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang sangat nakal, degil dan suka melawan cakap ibunya. Kini, Saiful sudah pun mendirikan rumah tangga dan telah di anugerahkan sepasang zuriat kembar, yang bernama Zulaikha dan Zaki. Namun, masa Saiful bersama isteri tersayang tidak lama, isterinya, Balqis telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi kembarnya 7 tahun yang lalu. Semenjak dari saat itu, Saiful adalah bapa dan juga ibu kepada anak-anaknya.

Kini, Saiful sedar betapa sukarnya menjadi seorang bapa sekaligus menunaikan tanggungjawab seorang ibu memandangkan hatinya belum terbuka untuk mana-mana kaum hawa menjadi ibu kepada anak-anaknya. Bersyukurlah Saiful kerana anak kembarnya itu tidak senakalnya dulu.

"ayah, ibu dah tiada, kami nak raikan hari ibu dengan siapa?", kata Zulaikha dan Zaki.
"ayah kan ada, sambut dengan ayah lah ye...tapi, jangan lupa tau, doakan arwah ibu yang ada kat atas sana...", jawab Saiful sambil jarinya menuding ke arah satu bintang.
"ayah, dulu ayah nakal?.", tanya lagi Zaki. " Nakal sangat, meh ayah ceritakan masa ayah kecil-kecil dulu",kata Saiful sambil memangkukan kedua-dua kembarnya di atas ribanya.

.............................cerita Saiful.........................( menggunakan panggilan aku, bagi menghayati penghayatan disebalik ceritanya )

Aku budak nakal, aku tidak kenal erti menghormati orang lain terutamanya ibuku.

Semasa usiaku 7 tahun, aku marah mama dikhalayak ramai apabila pakaianku tidak secantik teman yang lain dalam majlis aneka ragam di sekolah. Mama merupakan ibu tunggal, hidup aku dan mama tidak senang sama seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pakaian itu mama yang jahitkan, walaupun mama tiada wang, mama tetap usahakan sesuatu yang unik bagi aku peragakan pada malam tersebut. Tetapi, apa yang dia dapat cuma makian dari aku, aku melempar pakaian itu ke arahnya dan terus keluar mencari teman-teman.

Di usiaku 12 tahun, keputusan UPSR aku cuma 3B2C. Mama tetap berbangga dan telah datang ke sekolah untuk mengucapkan tahniah kepada aku, tapi, aku telah membalasnya dengan kata-kata yang kasar di hadapan kelas, "Ala!! Tipu lah, klu aku gagal pun mesti mama nak ucapkan tahniah kan? Tak payah lah susah-susah nak jaga hati...". Mama tunduk malu.

Aku seperti remaja yang lain berusia 17 tahun, memberontak menginginkan telefon bimbit. Aku tidak mengendahkan bagaimana mama akan mendapatkannya untuk aku, yang aku tahu cuma membentak, menyuarakan keinginan aku.
Mama ada wang simpanan, mama belikan aku telefon bimbit yang terpakai. Aku tidak berpuas hati lalu aku meninggalkannya di atas meja. Aku keluar dan menghabiskan malam itu bersama teman-teman di warung.

Hampir 2 pagi, baru aku pulang ke rumah. Aku hairan, kenapa tingkap, pintu, semuanya terbuka luas. "Mama dah nyanyuk", fikir aku. Namun, fikiran aku terhenti tatkala aku melangkah masuk ke rumah dan dapati mama terlantar di ruang tamu. Ditangan mama, digenggam erat telefon bimbit yang telah aku tinggalkan petang tadi.

Mama ada tinggalkan surat wasiat hartanya yang tidak seberapa namun cukuplah bagi aku untuk memulakan hidup baru. Dan apa yang lebih berharga, telefon bimbit.

Sebelum mama menghadiahkan telefon itu kepada aku, mama telah meminta penjual di kedai telefon bimbit itu merakamkan suaranya, dan dia berharap aku akan menggunakannya sebagai nada dering telefon tersebut.

Bagi mama, selagi diulang, selagi itu ianya menjadi doa.
...........................................................................................

tamatlah cerita Saiful kepada anak kembarnya.

"ayah, macam mana nada dering tu?", tanya Zulaikha.

Saiful mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan seraya menghubungi telefonnya menggunakan telefon di rumah. Maka, berbunyilah telefon bimbitnya...

"Epul...epul anak yang baik..angkat telefon ni, nak..."


No comments:

Post a Comment

komen...