Sunday, December 22, 2013

Sampai bila?

Aku sering bertanya, sampai bila aku perlu aku terus melangkah?
Melangkah dengan teratur bagi mendaki cita2 aku yang tinggi di sana.
Aku sering bertanya, siapa yang akan temani aku ke sana?
Ke arah cita2 yang aku idam2kan.
Aku sering bertanya, bilakah saatnya aku akan tiba di sana?
Saat yang benar2 indah.
Aku sering bertanya, benarkah aku tidak keseorangan di sana?
Atau mungkin tiada siapa untuk temani aku ke sana.
Aku sering bertanya, Sampai bila harus aku bertanya?
Bertanya adakah adil semua ini?

Aku ingin bertanya, jahatkah aku hinggakan ada yang membenci aku?
Aku ingin bertanya, hodohkah aku hinggakan ada yang membenci aku?
Aku ingin bertanya, jahilkah aku hinggakan ada yang membenci aku?
Aku ingin bertanya, hinakah aku hinggakan ada yang membenci aku?
atau aku perlu berhenti bertanya dan terus diam?

Adakah ini balasan untuk pelakon sandiwara yang gagal?
Yang tidak memiliki bakat melakonkan watak dalam ceritanya. Yang gagal menjiwai seluruh pelusuk hati wataknya.

Sampai bila semua ini akan jadi tanda tanya? SAMPAI BILA?

Saturday, December 14, 2013

ini bukan caranya, kawan

Pernah dengar lagu nyanyian Jamal Abdillah y bertajuk Mati Hidup Semula?
Kalau belum pernah dgr, ini aku sertakan lirik dia dan kalau nak paham maknanya, dengarlah k.

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula


Berdasarkan pengamatan aku dengan lirik lagu ni, sebenarnya "kematian" yang dimaksudkan sesuatu kejadian yang pernah menjadikan seseorang itu manusia yang paling hina di mata dunia. Tidak kiralah apa jua kesalahan yang kita lakukan dan akhirnya kita dihukum di dunia. Sebagai contohnya hukum penjara. Namun, "kematian" mereka yang pernah meringkuk di dalam "penjara" tidak berakhir sejurus dia keluar dari "penjara" itu. Mereka akan tetap dianggap "mayat" oleh masyarakat namun apa yang lebih sedih bila mereka turut dianggap "mayat" oleh ahli keluarganya sendiri mahupun sahabat handai.

Sedangkan apa yang kita perlu lakukan adalah memberi mereka semangat untuk "hidup" semula selepas "kematiannya". Kawan, kesalahan yang orang lain pernah lakukan bukanlah menjadi kunci kebencian kita kepada mereka. Jadikanlah "kematian" mereka sebagai pedoman bagi kita yang belum pernah merasa macam mana yang mereka rasa. Bulan dan bintang sendiri cantik dan dilihat begitu indah oleh mereka, namun kenapa bukan kita sahabat atau keluarga mereka yang diperlihat sebagai laluan "kehidupan" demi merubah masa depan mereka.

Kawan, janganlah kita terus menghina kesilapan mereka, kerana mereka juga manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Cuma mereka silap kerana bertindak mengikut rasa bukan akal. Ini bukan cara kita melayan mereka dengan penghinaan dan mengetepikan mereka. Cukuplah disimpan jauh kebencian itu, tunjukkanlah betapa kita berguna menjadi jalan kebahagiaan orang lain.

"Kematian" ini bukanlah menjurus kepada kesilapan yang besar sahaja, "kematian" ini turut sering kali berlaku disekeliling kita. Andai ada kawan kita yang "mati" hatinya, tolonglah dia. Dia perlukan udara, cahaya, ilmu, iman, pembimbing dan macam2 lagi untuk "hidup semula"

Memulaukan, menghina, menjauhkan diri??? INI BUKAN CARANYA, kawan.
Membantu, menyayangi, membimbing..ITULAH CARANYA, kawan.

Thursday, December 12, 2013

Integrated Building System (IBS) Malaysia


kawan-kawan yang dihormati, video ni merupakan sebahagian daripada assignment dalam subjek IDP saya. Saya dan ahli kumpulan saya mengharapkan "like" anda semua di youtube. Kerana setiap "like" yang diberi mewakili markah bagi assignment kami..
Ilmu pun untuk dikongsikan...:)
terima kasih banyak2..

Friday, December 6, 2013

Tahu tak beza cinta dan kawan???

Sejujurnya aku sendiri sukar nak huraikan perbezaan dua perkara ni. Sebab aku mmg cintakan kawan2 aku.

Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita sanggup terima dia seadanya.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita sanggup terima kelemahan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita menghargai kelebihan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita mendoakan kesejahteraan dia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita melindungi dia dari fitnah dunia.
Andainya kita menyintai seorang kawan, maknanya kita menjaga aib dan maruah dia.
Andainya kita menyintai dia lebih dari seorang kawan, maknanya kita perlu berdoa padaNya.
Andainya kita menyintai dia lebih dari seorang kawan, maknanya kita perlu bersabar dan berserah padaNya.
Andainya kawan kita tidak tahu kita menyintai dia, tidak mengapa kerana satu hari nanti dia pasti tahu.
Andainya kawan kita tahu kita menyintai dia dan dia juga menyintai kita, minta dia juga berdoa padaNya.
Tapi andainya kawan kita hanya menyintai kita tidak lebih dari seorang kawan, kita kena REDHA...

Paling perit adalah redhakan...tapi ianya adalah pengorbanan hati yang terbesar bagi menjaga persahabatan kita dengan dia.

***Kawan, kalau kau baca ni, dan kau tahu apa makna aku, terima kasih sbb menjadi sebahagian dari hidup aku***