Pernah dengar lagu nyanyian Jamal Abdillah y bertajuk Mati Hidup Semula?
Kalau belum pernah dgr, ini aku sertakan lirik dia dan kalau nak paham maknanya, dengarlah k.
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati
( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salahku lakukan meruntuhkan nama
Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula
Berdasarkan pengamatan aku dengan lirik lagu ni, sebenarnya "kematian" yang dimaksudkan sesuatu kejadian yang pernah menjadikan seseorang itu manusia yang paling hina di mata dunia. Tidak kiralah apa jua kesalahan yang kita lakukan dan akhirnya kita dihukum di dunia. Sebagai contohnya hukum penjara. Namun, "kematian" mereka yang pernah meringkuk di dalam "penjara" tidak berakhir sejurus dia keluar dari "penjara" itu. Mereka akan tetap dianggap "mayat" oleh masyarakat namun apa yang lebih sedih bila mereka turut dianggap "mayat" oleh ahli keluarganya sendiri mahupun sahabat handai.
Sedangkan apa yang kita perlu lakukan adalah memberi mereka semangat untuk "hidup" semula selepas "kematiannya". Kawan, kesalahan yang orang lain pernah lakukan bukanlah menjadi kunci kebencian kita kepada mereka. Jadikanlah "kematian" mereka sebagai pedoman bagi kita yang belum pernah merasa macam mana yang mereka rasa. Bulan dan bintang sendiri cantik dan dilihat begitu indah oleh mereka, namun kenapa bukan kita sahabat atau keluarga mereka yang diperlihat sebagai laluan "kehidupan" demi merubah masa depan mereka.
Kawan, janganlah kita terus menghina kesilapan mereka, kerana mereka juga manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Cuma mereka silap kerana bertindak mengikut rasa bukan akal. Ini bukan cara kita melayan mereka dengan penghinaan dan mengetepikan mereka. Cukuplah disimpan jauh kebencian itu, tunjukkanlah betapa kita berguna menjadi jalan kebahagiaan orang lain.
"Kematian" ini bukanlah menjurus kepada kesilapan yang besar sahaja, "kematian" ini turut sering kali berlaku disekeliling kita. Andai ada kawan kita yang "mati" hatinya, tolonglah dia. Dia perlukan udara, cahaya, ilmu, iman, pembimbing dan macam2 lagi untuk "hidup semula"
Memulaukan, menghina, menjauhkan diri??? INI BUKAN CARANYA, kawan.
Membantu, menyayangi, membimbing..ITULAH CARANYA, kawan.
No comments:
Post a Comment
komen...