Monday, December 28, 2015
True story "Ala..manis"
Dalam tempoh mengenal hati budi, beberapa babak indah terakam.
Babak 1
Dia : Kita sebaya kan,dulu awak sekolah mana?
Aku : Pulai..kenapa?
Dia : Bukan, sekolah menengah, lepas awak duk kat kampung ni.
Aku : owh..saya sekolah asrama penuh kat Selandar.
Dia : yeke..saya pernah buat projek kecil kat sekolah awak dulu.
Aku : lah yeke..tahun bila?
Dia : Baru lg kot..entah lah saya pun lupa.
Aku : saya rindu sekolah tu. Tapi, wak. sebelum tu saya pernah sekolah kat Merlimau gak.
Dia : ha???
Aku : ye..bulan 1 sampai bulan 8 masa form 1. Saya belum masuk asrama.
Dia : sekolah apa?
Aku : SDARY
Dia : saya pun...
Aku : kelas apa?
Dia : Arif
Aku : saya pun.
Dia : tapi lepas minggu orientasi, saya kena tukar kelas..hehe..
Aku : maknanya...
Dia : kita pernah sekelas?
Aku dan dia : ermm....
Babak 2
Dia : Awak, dulu saya ada perasan kat rumah lama tu, ada satu keluarga duduk.(sambil tunjuk rumah lama yang usang depan rumah aku sekarang)
Aku : eh..okay...(sebenarnya tu rumah lama aku dan keluarga aku duduk sejak 2001 sampai 2010)
Dia : Ada anak dara masa tu, putih melepak..kecik je budak tu. Masa tu saya umur 16tahun macam tu.
Aku : okay...jadi?
Dia : Masa tu, saya selalu amek upah potong rumput kat kampung awak, tiap kali lalu depan umah tu, ada lah saya hon2 motor, "sweet2" kat budak pompuan tu.
Aku : dia layan tak?
Dia : Haram!! haha..memang tak pernah..haha
Aku : habis tu? awak tak dapat kenal ngn dia?
Dia : Tak...(muka suram) ...tau2 je, dah takde keluarga tu kat sini, sampai sekarang saya masih fikirkan mana pergi keluarga tu ...
Aku : Awak, tu rumah nenek saya, Sebelum saya tinggal kat rumah ni sekarang, itu lah tempat saya berteduh selama hampir 10 tahun.
Dia : jadi...
Aku : masa tu, akak saya dah besar dah, dah masuk U rasanya. Saya ada adik lelaki je. Maknanya budak pompuan tu..besar kemungkinan ...
Dia : tapi dia kecik!
Aku : hoi! nak makan penumbuk ke? Tu 10 tahun dulu, masa tu kurus lagi..adoi ai..!!! marah pulak rasanya...
Dia : jangan marah..gurau..
Indah atau tak, nilaikan sendiri.
Yang penting, terbukti yang Merlimau tu kecik je
dan kami memang pernah berjumpa
namun, pada usia dah nak tua ni lah baru berkenalan..
hahahaa...
Thursday, November 12, 2015
Bisikan hati
My APC life
Saturday, October 10, 2015
MIMPI KAN DIA
Tuesday, October 6, 2015
Stop looking for someone like you
Friday, September 18, 2015
I don't know how...
Tuesday, September 15, 2015
baru 25, Pelbagai Perisa
Dah 25 tahun lebih aku hidup kat dunia ni. Ramai cikgu yang dah didik aku termasuk ibu bapa aku sendiri yang dah didik aku macam mana nak jadi diri aku sendiri. Dari alam sekolah rendah, sekolah berasrama dan akhirnya aku menghabiskan lebih kurang 6 tahun di alam Universiti. Kini memegang segulung ijazah bukan lagi menjadi kebanggaan aku. Apa yang lebih membanggakan aku adalah aku bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk aku dan keluarga. Selepas menamatkan pengajian, kini lebih kurang dah setahun aku dalam alam pekerjaan. Dalam tempoh itu aku dah menceburi 3 bidang pekerjaan yang berbeza-beza. Bermula pekerjaan aku dengan bekerja di sebuah kilang membuat komponen kapal terbang. Menjadi eksekutif bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan sentiasa dihimpit tekanan. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhenti dan pada hari yang sama aku mendapat kerja di sebuah tadika swasta sebagai seorang pembimbing. Senang cerita, aku jadi "Cikgu Tadika". Macam mana eh nak percaya, sedangkan aku seorang yang sangat3 GARANG dan amat terkenal dikalangan saudara-mara mahupun kawan2 aku sebagai seorang yang sangat HOT TEMPER.
Menjadi seorang guru memang bukan juga mudah (aku tabik spring kat semua cikgu kat luar sana).
Dari seorang yang tidak sukakan kanak2, aku menjadi SANGAT SAYANGkan mereka. Dari seorang yang tidak pernah fikirkan perasaan kanak2, aku menjadi SANGAT SENSITIF bila dengar mereka berbicara. Tangis, gelak tawa, terharu, marah dan gembira semuanya aku boleh dapat dari mereka yang jujur bila melakukan apa sahaja. Namun, apa kan daya, bukan tidak sayangkan anak2 tu, tapi aku diberi peluang yang selaras dengan bidang. Bidang yang tergulung kemas dalam sijil aku terima setahun dulu.
Kini, aku duduk dalam sebuah kabin kecil. Menghabiskan 8 jam setiap hari termasuklah hari Sabtu di tapak pembinaan yang dikelilingi warga asing. Macam2 ragam mereka yang mencuit hati aku. Dari kulit aku putih, sampailah kalau pakai krim 'foundation' naik ber'capok' muka aku (means aku dah hitam!!). Berbasikal tiap hari melawat tapak, itu buatkan aku "lost weight" ...hehehe...
Blog sayang,
Aku berazam tak kan aku keluar dari Melaka untuk mencari rezeki sebab tinggal di tempat kita membesar adalah sebesar-besar nikmat yang aku terima masa ni. Pelbagai Perisa kehidupan aku rasa di sini. Dan aku bersyukur...
Friday, July 10, 2015
Ending of the story
Suddenly, after being so so so...long time with long distance relationship, he said "..." ...ermm..how can he say that..I can't even say it, my tears is so so so cheap for him right now...why? why?
Then he said, "U didn't appreciate me anymore. U always busy with your work and don't have time for me"
How can he describe me? How can he said that I didn't appreciate him?
Hello!! This is my style. I'm 25. and I have my own family. I am working, not flirting. I work from 8 am until 5pm..then I work at night as a teacher. Even on Sunday, I am a tutor. I have my own target. I want to buy this and that, so, I need to find my own money. This is not the reason why we need to end all the memories.
yeah, I was wrong for being so cool when you said that 'hurt' words, but in fact my heart was like being chopped and chopped and chopped again. I am not the romantic girl who will "meroyan" like a 'pontianak' and begging for your love back. I know that you know me, you know that I am weird..
You know what, I am waiting for your SMS at the end of the conversation (not conversation act, its a judgement from you) saying that, "Dear, I am joking"
But, seems like it was not a joke. Its real from your heart..
Maybe you are right. I'm sorry. I NEVER THOUGHT THIS IS THE END. I hope someone will come and appreciate you more than I can.
Friday, January 9, 2015
2014, kenapa kau tinggalkan aku?
365 siang berlalu dalam hidup aku, 2014 banyak memberi kenangan dan pengajaran pada aku.
2014 membawa cinta
2014 membawa bahagia
2014 membawa kejayaan
2014 membawa cita-cita
2014 tidak lupa memberi aku merasai kesedihan dan perpisahan.
Terima kasih 2014 kerana memberi aku pelbagai rasa dalam kehidupan ni.
2014,kenapa kau tinggalkan aku? Sedangkan aku tidak merasa puas dengan kenangan yang aku beri kepada kau. Kenapa kau tinggalkan aku saat impian ada yang belum tercipta.
2014 : Aku bukan pergi dengan tangan kosong. Banyak kiriman kau buat aku. Aku pasti kau akan sentiasa ingatkan aku saat kau mengenangkan kiriman ini. Aku bukan tinggalkan kau, aku cuma beri kau ruang bagi mencipta kenangan baru. Kau carilah teman baru, kalau kau tak jumpa, tak apa, aku kenalkan kau dengan sahabat baru yang tidak akan tinggalkan kau. Dia tetap dengan kau hinggalah 365 siang telah berlalu. Terimalah 2015 dengan hati yang terbuka. Dia pasti akan memberi kau kehidupan yang lebih matang.
2015 : Terimalah aku. Isikanlah hari-hari kau dengan senyuman. Penuhi aku dengan kenangan terindah dalam hidup kau.
Aku : Terima kasih, 2014.
Cinta datang dan pergi, ada cinta yang pernah bertakhta bersama 2008 dan hilang semula bersamanya, cinta itu datang lagi bersama kau,2014. Kenapa kau bawa cinta itu dan kau minta aku mengatasinya bersama 2015? Sedangkan 2010 telah beri aku cinta yang kekal hingga saat ini...
2014, kau buat aku bingung.