Thursday, October 15, 2009

andai aku adalah sehelai daun...

dimasa muda, aku jadi pucuk..
duduk nun jauh di atas sana...
kukuh kedudukan ni..tak sedikitpun aku goyang...
tubuh ku, hijau muda..segar sungguh warna tu...

tiba-tiba,
angin kuat dihembus ke arah aku..
tangan aku berpaut di dahan kecil..namun..aku tumpas..
aku terlepas ke bawah..
melayang-layang tubuhku dibuatnya...
pandangan aku waktu itu, kabur..
aku seperti di alam yang gelap...

patah pinggang aku tiba dibumi..
aku lemah...
datang pula air dari langit biru...
menyimbah ke bumi..
aku kebasahan..
aku sejuk..

tika hujan berhenti, tubuh aku yang lemah ini dibakar dek matahari..
panasnya bukan kepalang..
akhirnya, riwayat aku sebagai sehelai daun berakhir..
berakhir dengan tragis...

**************************************************

andai aku adalah sehelai daun,
bagaikan jatuh lagi ditimpa tangga...
pada mulanya, berada di satu tahap yang tiada siapa mampu capai..
namun, sekali aku tewas di dahan..
aku akan tewas selama-lamanya...

andai aku adalah sehelai daun,
tiada siapa pedulikan aku..
hanya dilihat dari jauh..

andai aku adalah sehelai daun,
aku hanya sehelai daun..tiada gunanya...

***********************************************************
p/s : aku terfikirkan perumpamaan ni bila aku duduk di dalam bilik..
merenung ke luar jendela..melihat ke arah satu pokok besar..
tika itu, aku sudah berputus asa untuk hidup sebagai penuntut ipta...
namun, selepas aku perhatikan nasib si daun, aku sedar...
aku adalah manusia yang beruntung...walaupun ada masanya aku umpama sehelai daun...

No comments:

Post a Comment

komen...