Saturday, October 2, 2010

ICT : jalan2 dengan keluarga...

:) senyum ikhlas buat keluarga tercinta

Mungkin Allah dah tulis yang apa jua dugaanNya pada aku, tetap Dia hadirkan kegembiraan. Tadi, ma pa and apit datang kat shah alam ni sbb bawak tok de, nenek che nah, maklong and family ke ICT. So, pa pun jemput aku kt uitm shah alam b4 kami 2 kereta bertolak ke ICT. Walaupun sekejap je dapat jalan kat ICT disebabkan hujan n kesesakan. Tambah plak kaki tokde dah sakit, so, sejam je lah kami di situ.
Ape2 pun, aku gembira sangat..terubat sikit tekanan yang aku dapat sejak akhir2 ni.. IQA sayang MA , Pa, Apit and semua...MMMMMMMMMMMMMMuuuuaaHHHHH...terubat juga rindu kat semua....

Dr depan, nenek chenah, ma, pa, paklong,maklog, siti(anak maklong)


satu2 nya yang sempat dilawati, sbb hujan


Tokde, the head of our big family. act tokde bukanlah ayah kepada ma, dia adik kepada nenek yang merupakan mak kepada ma. Tapi Tokde yang dh jaga ma dr kecik sbb arwah atok belah mak dh lama meninggal. Kalau tokde tiada, aku tak mungkin aku sekarang..Tokde yang menjaga keluarga aku. Mungkin bukan pada mata kasar, tapi di dalam doanya. Aku tetap sayangkan tokde. Semoga Allah panjangkan usianya kerana aku tahu, semua orang sayangkan dia dan perlukan dia.


Tokde setia disamping kakaknya. Ini yang dipanggil air tak kan putus kalau dicincang, inikan pula saudara kandung. Tokde yang plan nak jalan kt ICT, tp sampaikan park ICT, dia trus tanya ubat kat kakak dia sbb dh sakit kaki..hehe.. Nenek Che nah pun dgn sabar melayan kerenah adik nya sorng ni..huhu..

kat park je sempat amek gmbar sbb hujan dh..

Tokde dan Nenek Che Nah, apa salah mereka sampaikan anak cucu susah nak balik kampung eh? Yang aku tahu, orang tua, biasalah suka membebel. Tapi kan, klu bukan anak cucu buat salah, nape lah diorang nak bebelkan? Dah tanggungjawab dorang utk menjaga keturunan dorng.
p/s: kepada Maklong, Pokde, Busu and family...baliklah kampung selalu-slalu. Jangn nak tunggu raya, jangan nak tunggu anak nak pekse, jangan nak tunggu orang tua dua orng ni terlantar, jangan nak tunggu bila nak dpt harta(tupun klu ada), jangan nak tunggu terlambat baru nak balik ye...ingatlah, klu bukan tokde ngn nenek yang jaga Maklong, Pokde n Busu dr kecik, tak mungkin semua dpt hidup sendiri hr ni.
Kepada cucu2 mereka, bilangan kita memang sedikit, dan aku tahu korang semua sibuk dgn kelas n kerja2, tapi tolonglah jangan malas nak ajak mak ayah korang blik kmpung bila free.
Nenek n tokde klu marah pun, bukan dorng tk syg korang, sbb dorg syglah dorng bising. Dah adat, aku cuma takut, t sampailah satu hari korang akan rindukan suara mereka. Allah akan ambil sesiapa sahaja pulang ke sisiNya, dan tidak mustahil utnk antara kita akan pergi dulu, so, jangan rugikan peluang yang ada utk berbakti pada mereka y byk membantu keluarga kita naik satu masa dlu. Janganlah kita pandang pada kata2 mereka sbb mereka tidak bermaksud utk melukakan cuma itulah cara mereka.
Kak Lin, Kak ngah, Dayang, Siti, Noi, Firdaus...korang semua dh besar kan..korang tentu paham.
kepada adik2 sepupu ku y kecil lg, mungkin korang belum paham...tp korng akan phm nnti.
Semoga korang berpeluang berbakti pd tok de n nenek..

Thursday, September 30, 2010

macam ni punya gila pun ada..

Aku pasti yang korang semua mst prnah dgr macam2 jenis gila, tapi korang mungkin tak perasan yang kami sekeluarga terpaksa menghadapi satu kegilaan orang melayu yang nak raya tiap2 kali menjelangnya hari raya. Kegilaan mereka kadang2 membuatkan kami tak cukup tidur. Mana tak nya, aku tengok, mak ayah aku tu, time nak berbuka baru balik ke rumah, lain waktu pun duk kat bengkel lagi menjahit. Alamatnya, juadah berbuka puasa beli je kat bazar.

Nak dijadikan cerita, syarikat kecil mak n ayah aku (Paling Atas Ent) telah beroperasi lebih dari 4 tahun kalau tak silap aku lah. Setiap kali bulan puasa, dorng akan menyertai ekspo promosi aidilfitri kat kompleks kraf Kuala Lumpur, jalan Conlay. Kalau aku tak silap, dalam dua minggu jugalah dorng akan berniaga di sana. Dan dalam dua minggu tu, aku rasa 4 5 kali jugak lah ayah aku kena balik ke melaka untuk membeli baldu dan bahan-bahan wat songkok sebabnya, baru beberapa hari je berniaga, songkok dah habes dijual. Alhamdulillah, rezeki keluarga kami murah bila nak raya.

Apa yang wat kami sekeluarga menggelabah bilanya ada 3 4 hari lg nak habis ekspo, tapi semua songkok dh habes dijual dan segala macam bahan dh habes. Mak n ayah aku pn dh penat.

Disebabkan kehabisan barang, mak n ayah mengambil keputusan utk mengambil tempahan utnk hari raya...dan inilah AKIBATNYA...



dua hari lagi nak raya, ayah aku masih lagi bersama2 dengan songkok2 yang hendak dipos..

nah, amek kau..KL, Johor..Sabah....kwsn pedalamn pun ada tau..haha...
and apa yang bestnya, Chef Yang (selebriti chef y slalu kuar tv3) pun order gitu..hehe

Monday, September 27, 2010

PEMBETULAN, NAIM ESPECIALLY..AHAHA

Kelewatan pelajar perempuan EC220 ke kelas fluid ptg td adalah bukan berpunca dari kami ni pakai blusher k ...
kami semua tidak memakai blusher taw.... haha...
naim, naim , sat g aku sapu blusher kt ko baru tau..terus jadi NAIMah..hahaha..

p/s : untuk naim...ehehe





dedicated for Prof Dr Junaidah


tunggu saya tau Prof. Dr Junaidah wahai lecturer ku sayang..
hari ni saya janji tk kan datang lambat lg..hehe..sy tk tidur pun tgh hari sbb takut oversleep mcm last week..hehe..







how do i feel right now?


sedih betul bila orang yang kita selalu ingat tapi dia sibuk ngan hobi dia...


rasa je aku nak jerit macam budak pompuan ni..geram nyee....


tapi, bila dia tiba2 msg ngn lawak yang comel...call dgn nada kelakar walaupun cuma 5 minit,..aku btul2 terhibur


sebab tu walau apa dia wat, aku tetap tak kan marah tak tentu pasal ..sebab..em..sebab...




















Saturday, September 25, 2010

25th September 2010

just a date of im trying to release out all my problems..i've spent all my credit phone to call my best friend and someone..im looking for happiness..and i found it..

really miss my family even im just leave my hometown only for a week ago..every day, my mom call my number, but it still not enough..i still miss my family..

thinking of idea to make a new post for my blog, but it seems does not work..
i cant be a good writer right now, i dont know why, but that is my problem..

Monday, August 16, 2010

jadilah gadis di dalam bekas kaca...

Sukarnya aku untuk mengolah apa yang aku rasa ke dalam bentuk penulisan. Kesukaran ini berpunca dari hati aku yang tidak tenang. Aku sentiasa berharap Tuhan akan memberikan aku ketenangan untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Setiap hari, aku akan bertemu dengan pelbagai pengalaman. Tidak kiralah ianya pengalaman yang manis atau pahit. Kemudian bila tiba malam, aku akan mengimbau kembali apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Mulalah bermain difikiran aku apa yang manis. Tatkala yang pahit berlegar difikiran, mulalah air mata aku mengalir membasahi lamunan. Penyesalan, kekecewaan semuanya bermain diruang hati. Sehinggalah terdetik difikiran aku " kalaulah bukan aku...".
"Kalau" perkataan yang sepatutnya tidak wujud namun ianya kadang-kala berguna sebagai pengajaran. Bak kata orang, sakitnya cuma sementara, namun pengajaran buat selamanya.

Hidup aku menjadi tidak bertujuan bila nafsu sebagai seorang gadis yang hina menguasai diri. Puas aku menahan, namun aku tidak berkemampuan.

Orang pernah berkata, "kisah silam itu jadikanlah pengajaran..mulakanlah hidup baru". Namun bagi aku, sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku, ianya menjadi sebahagian hidup aku. Tidak hairanlah sekiranya perkara itu yang terbaik. Hanya kisah pahit yang akan terus menyelebungi hidup aku. Dia akan terus menyalahkan aku.

Kehadiran sesiapa sahaja dalam hidup aku akan memberi aku satu pengalaman yang berharga. Sekiranya seseorang itu hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidup aku. Atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Aku redha. Aku pasrah. Kerana Allah memiliki rahsia atas apa yang diberi kepada dan diambil dari kita.

Tuesday, August 3, 2010

mungkin ini suratanNya

ingin aku berdoa, supaya Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah dalam hari hari yang mendatang. Kerana segala apa yang mendatang telah membuatkan aku kadang-kadang berputus asa. Mungkin di pagi hari, aku merasa ceria gembira, namun semakin masa berlalu, hari aku menjadi semakin pudar. Hanya aku yang paham kenapa ini semua terjadi. Hati aku, milik aku. Namun cinta aku milik Allah.

Apa yang aku katakan, mungkin tidak akan kekal. Kerana kini hati aku, sudah terpahat di satu sudut. Mungkin sudut itu tersedia ruangnya untuk aku dan mungkin juga aku cuma berkhayal untuk berada di situ. Sudut yang aku sendiri tidak tahu ianya benar wujud atau tidak, memang benar-benar membuatku terleka dan terlena.

Hanya kerana apa yang aku lihat, aku teringin untuk berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku dengar, aku teringin berada di situ.
Hanya kerana apa yang aku rasa, aku teringin untuk berada di situ.

Sudut itu, mungkin benar.
sudut itu, mungkin palsu.
Sudut itu, adakah untuk aku?

kalau dulu, aku menjumpai satu sudut yang lain, tapi sudut itu hanya mimpi bagiku.
Setelah terperap di sudut itu untuk beberapa ketika, sudut itu dah menghalau aku keluar.

ya, aku dihalau...
dan kini aku dah menjumpai sudut yang baru.
sudut itu milik....
milik....
Ya, milik dia...dia yang sentiasa aku lihat saban hari.
milik dia yang saban hari mengukir senyuman...
milik dia yang saban hari menghiburkan aku...

dia ada dekat dengan aku..sudut yang dekat, namun aku takut untuk terus mendekati sudut itu...

Thursday, July 22, 2010

DI HUJUNG HARI...

Dalam sehari, kita memiliki 24 jam..
Dalam sejam, kita memiliki 60 minit..
Dalam seminit, kita memiliki 60 saat..
....sekiranya di kali, di campur, ditolak, pasti kita akan mendapat satu nilai yang amat besar...

namun, adakah kita menggunakan nilai yang banyak itu dengan sebaiknya?
aku masih lagi teringat saat seseorang berpesan pada aku....
"gunakanlah masa sebaiknya"

sehingga kini, kata-katanya menjadi tonggak kepada hidup aku setiap hari
apa yang aku ingin kongsikan kat sini, aku tetap tidak terlepas untuk terleka dalam beberapa perkara..sehinggalah aku menjadi lupa dan alpa akan tanggungjawab aku yang sebenarnya.

kadang-kala, aku sedar yang aku sedang memesongkan arah tujuku di setiap penghujung hari, namun, aku tetap akur dengan diri aku, aku tidak mampu menabahkan hati dan menawan segala nafsu buruk...kerana aku cuma manusia biasa.

pernah juga, terkedip mata tersedar dari lamunan, namun aku tetap mengelamun..

adakalanya, aku sangkakan malam itu gelap..tapi aku salah sama sekali..kerana malam sebenarnya terang jika ianya dijadikan penghujung hari yang baik...

Saturday, July 17, 2010

rahsia Tuhan

Jodoh, ajal, pertemuan, rezeki, adalah rahsia Tuhan. Iqa redha dengan semua takdir. Namun, Iqa sentiasa menantikan bilakah rahsia ini akan terbongkar.

Dilihat dengan mata kasar, tiada yang dapat Iqa faham. namun dilihat dengan mata hati, banyak azimat tersembunyi...

Biarlah hati kita pernah bersatu dan kini terpisah jauh, doa tetap Iqa titipkan dalam setiap ibadah.
Biarlah kegembiraan bersama dah berubah kekecewaan, doa tetap Iqa titipkan sebelum tidur.
Biarlah rindu semakin menebal namun tiada dari mu, doa tetap Iqa titipkan setiap kali membuka mata.
Biarlah berjauhan di mata namun di hati Iqa tetap ada dia...
Biarlah Iqa tidak tahu apa rasanya dia, doa tetap Iqa panjatkan agar diberi penggantinya...

Iqa sentiasa rindu pada senyuman itu,
Iqa sentiasa rindu pada gelak tawa itu,
Iqa sentiasa rindu pada suara manja itu,
Iqa sentiasa teringat akan dia..tidak kira di mana Iqa berada...
tatkala bersendiri, bayangan dia ada saja meneman...

seperti baru semalam kita berjumpa...
seperti baru semalam kau katakannya...
seperti baru semalam Iqa melihat wajah mu..
sedar tidak sedar, kini sudah lama kita berpisah..
namun, ingatlah...

cinta yang dulu meskipun telah musnah, adalah sesuatu yang tidak akan Iqa lupakan...
biar sampai mati..

Andailah..hadir jodoh yang ditentuNya, dan dia bukanlah kau...
aku akur..dan aku akan membuatnya bahagia...

KERANA...ini semua Rahsia Tuhan yang dapat dibongkar satu persatu tika saatnya tiba

Monday, June 28, 2010

Lagi sejuk rupanya...

bertahun aku dan keluarga aku menggunakan kereta toyota lama..
tak de air con pun..guna udara segar je..

sekarang ni, kami ada rezeki..
guna lah kereta yang baru...adalah air con.
betapa bersyukurnya kami tatkala melangkah masuk ke dalam kereta tidak lagi sepanas dulu..
nyama rasanya..

siang tadi, aku mengikut papa ke pusat servis kereta...beberapa ketika, agen servis kereta pun selesai menjalankan tugas..

dengan selesanya, aku , mama and papa melangkah masuk ke dalam kereta.
duduk2 je, papa on air con..

"mak ai,..sejuknya.."
mama, papa serentak cakap camtu..
aku yang duduk di sit belakang lambat skit rasa kesejukannya..

memang nyata betapa nyamannya aircon kereta kami..

Rupa-rupanya, selama ini, sistem aircon kereta tu tersumbat. Namun kami tidak menyedarinya sebab kami dh rasa nyaman dari kereta lama kami yang dulu.
betapa bersyukurnya kami sehinggakan kami tidak tahu yang sebenarnya aircon kereta lebih nyaman dari yang kami sangka dan rasa sebelum ni..

itulah dia bila insan yang tidak pernah merasai betapa sejuknya aircon kereta baru..hehe..

apa yang kelakarnya, belum sampai kat rumah lagi, aku mama and papa selalu ckp "sejuknya.." sambil gelak tak henti..

Thursday, June 24, 2010

bait2 kata

Tanpa cinta mu aku resah , tanpa kasih mu....

Mungkin di sini kita kan berpisah, walau seketika terjalin kasih kita....

Wednesday, June 2, 2010

Lalu kedai arak, kita bau arak. lalu kedai minyak wangi, kita bau wangi

pengalaman aku yang berniaga di the zon mall ni since 27 mei yang lalu banyak mengajar aku. Untuk pengetahuan semua, the zon mall ni merupakan shopping yang menjadi tmpt berkumpul orang yang meminum arak, kerana shopping ini juga dikenali sebagai bebas cukai. so, harga arak agak murah, tu pun kata orang lah, aku ni bukan tau pun. Disebabkan tempat ni ramai orang yang mabuk, maka ramailah gadis2 seksi yang tidak terlepas gadis melayu. Malu rasanya melihat mereka rosak sebegitu.
Hendak dijadikan cerita, peniaga sebelah booth aku ni cina lelaki, time dia nak gi toilet, trtembung ngan seorang 'bapa ayam' yang juga berbangsa cina. Peniaga ni pun telah dipelawa untuk melanggan mana2 gadis milik bapa ayam itu. walaubagaimanapun, peniaga itu terus lari ke booth nya. alangkah kelakarnya, si bapa ayam yang mencari pelanggan tapi tidak kira siapa asalkan mampu memberinya keuntungan.

dua hari yang lepas, aku pun mengalami situasi yang lebih kurang camtu. even aku ni pakai tudung, blause labuh time tu, ada gak seorang lelaki cina 30-an menghampiri aku dengan bau arak smbil tanya kt aku ''any boy waiting for you?"...
cuba korang bayangkan klu ada gadis yang pakai seksi, komformlah lelaki tu tarik dia trus..huhu..

Saturday, May 22, 2010

siapa aku yang kau kenal?

salam..
entry kali ni berbeza sedikit dari yang biasa aku tulis..
kali ini, aku terfikir lah nak tanya kat semua orang yang kenal aku dr dulu..
aku ni orang y cmne?
mksud aku,...
samaada aku ni garang? ditakuti? pendiam? banyak cakap? n macm2 lah..
kan best klu aku dapat tau apa yang orang kata tentang aku, sbb klu itu perkara yang buruk, mungkin aku dapat berubah kepada yang lebih baik, bukan?

AKU BUKAN MARAHKAN KAU,, AKU MARAHKAN...

Jika benar kau tidak ditakdirkan untuk aku, Kenapa perlu aku marahkan kau,bukan? Kenapalah aku selama ini tidak sedar semua ini? Biarpun kau pergi meninggalkan aku, bukan kau yang minta, bukan keinginan kau. Semuanya adalah kerana takdir, nasib. Ya nasib aku sebagai insan biasa yang sentiasa diduga. Bukan marah pada takdir, tidak! Aku cuma marah pada nasib aku yang sentiasa tidak mendapat kau. Jika aku amati setiap saat dalam hidup aku, kau ada, ye, kau ada. Kau hadir sebagai penghibur kala duka, pengubat kala kesakitan, penerang kala kegelapan dan pencinta kala kesunyian. Namun, akhirnya kau pergi kan? Kau pergi bila kau sedar yang aku ini bukannya cinta yang kau cari. Tapi kan, aku ada sedar sesuatu, tidak silap jika aku kata yang kau hadir dalam hidup aku sentiasa, cuma kau hadir dalam insan yang berlainan. Mungkin kata-kata itu hadir dengan penuh tanda tanya. Biar aku jelaskan pada kau. Pernah aku terfikir, hanya seorang yang ditakdirkan untuk menyintai aku, jadi biarpun telah ramai yang mengatakan cinta, aku tahu sebenarnya itu adalah kau yang telah bernafas didalam jasad lain. Biarpun suara, rupa, kata-kata yang berlainan, aku percaya itu adalah kau kerana tiap kali kau hadir, hati aku seperti bergoncang. Lucu benar bunyinya, tetapi itulah hakikat yang aku mulai sedar setelah beberapa insan hadir dan pergi dari hidup aku. Aku tahu aku tidak akan mengetahui siapakah kau sebenarnya, kerana cuma hati kau yang dapat aku rasa dalam kehadiran insan yang akhirnya telah meninggalkan aku.

Thursday, May 13, 2010

hati dan perasaan

entah kenapa bila orang tu kata dia busy, aku plak yang cmburu..sdgkan kami bukan ada apa-apa pun...aku risau klu2 perasaan ni..kecemburuan ni, wat kebahagiaan orang lain terjejas...maafkan saya.


hahaa..tiba2, aku tersentimental plak kan..

Saturday, May 8, 2010

pengalaman indah....

tiada apa yang indah melainkan apa yang kita rasa indah dan tak mampu dilupakan..

dari kita kecil, byk perkara indah yang kita lalui..
  1. mula berjalan..
  2. first time naik basikal..
  3. dapat sambut hari jadi kat sekolah bersama kawan2..
  4. sambut hari raya kat sekolah, pakai bju cantik2..nyanyi lagu raya..
  5. first day sekolah..(but not for me, aku menangis sbb tulah first time aku jumpa orng haha)
bila dah besar...
  1. kenangan bersama teman2 baik di sekolah menengah, kolej, universiti...
  2. first love...
  3. bercuti brsama keluarga, even time kanak2 dah pergi tp lupa....mak pun bwk lah dah besar panjang
nanti dah lepas alam remaja...
  1. berkahwin..
  2. menimang cahaya mata y merupakan anugerah tak ternilai...
  3. tengok anak2 berjaya..
  4. pergi haji...
  5. n mcm2 lagi..
klu nak kata pengalaman pahit? malas lah nak ingatkan, wat pahit tekak aku je..ahha

kisah kaktus...

mama : bape kaktus angah beli?
aku : 3 je..kecik2..3 rm 10...
mama : kaktus y macam mana? ada yang ada bunga kan atas dia..panjang kaktus, atas ada bunga oren..angah beli yang tu ke?
aku : tak lah ma, iqa beli tiga2 tak de bunga...heeeheee..
mama : knape?

cerita dia camni...

11 april, perjalanan mencuci mata bersama abe kt jusco, tiba2 terpaku mata aku kt menda alah kecik ni..murah kan..
aku pun tinggalkan kwn aku tu kat tmpat aksesori kereta, aku pergi ke kawasan si cik kaktus yang comel2..

masa memilih..aku dh pegang dah kaktus berbunga tu..mmg ada kaler oren..cantiklah..
niat aku nak beli tiga kaktus mcm aku tiga beradik..so, aku pilih satu ada bunga n dua lg lain2 jenis..bila aku angkat je kaktus tu..tiba-tiba aku terfikir....

jadi..apa y aku fikir ni lah y wat aku beli sume kaktus takde bunga...


" Kalau satu je kaktus yang ada bunga, nanti yang lagi dua tu cemburu, tak nak dah dia hidup..kan payah..."

mama : lah..ye tak ye..tp ti kan ngah, mesti yang takde bunga tu berazam nak keluarkan bunga satu hari nanti...

Friday, May 7, 2010

7 MAY... (dont get any idea for da title)

with unknown title, i would like to share here what im thinking now. Even i still have one more paper on this Sunday, that not da reason why i stop blogging here. My last paper, Engineering Geology. Actually, i 've took this paper on my second semester during my diploma. N now, once again I need to face this theoretical paper..huhu.. a lot of thing need to be understand and remember. Im tired..huhu..
btw, I feel so happy, because..IM GOING HOME..LEAVING South..hehee..i mean leaving Penang...

later, i will be more far away from all stupid memories..memory of wat? just read my older post. At Shah Alam, another life will begin...hopefully, full of joy...

God, always with me..and all of you.. u know what, when i pray, Quran, Yassin, Zikrullah..all problems will get out of my mind, my soul come to peace... but, when i walk away from God, from His way...i feel that i lost...lost on my way..

What playing in my mind just now, my parents..i cant wait to meet them this sunday..2 more days..mama, papa i miss u...

Wednesday, May 5, 2010

JAM TANGAN

tiap kali waktu berdetik, masa akan meninggalkan aku..
kadang-kadang aku tak mampu mengejar detik yang semakin pantas meninggalkan aku...
setiap detik amat bermakna jika diguna sebaiknya,
tapi ianya hanya membuang nikmat jika disiakan..

mengenai tajuk aku tgh harini, Jam Tangan...
sinonim dgn waktu..masa...detik..
aku sentiasa mencuba untuk mematuhi setiap detik yang berlalu, namun aku cuma manusia biasa yang kadang-kala terleka dek kehidupan seharian yang semakin hari semakin moden dan maju...
ada juga masa aku terbuang disebabkan angan2, khayalan..mimpi..
sungguh merugikan, bukan?
tapi, itulah hakikat tentang diri aku yang kadang kala mengabaikan waktu yang bermakna..dan amat mahal...

tentang Jam Tangan, disebabkan aku sentiasa dididik untuk mematuhi masa, aku merasakan jam tangan amat penting..
sejak aku pandai tengok jam, aku mula memakai jam tangan bila keluar dari rumah...
kalau tak pakai, kekok sangat rasanya..

jam tangan yang aku pakai dulu-dulu, cuma berharga 10-20 ringgit M'sia je..
tp, since last year, akak aku hadiahkan jam yang agak mahal..trima kasih along..hehe..
and then sejak tu lah aku tak lagi bertukar-tukar jam mengikut mood..hehee..

ada lagi satu perkara yang berkaitan dengan jam tangan..

aku ni, suka perhatikan orang dengan bermula di tangan..maknanya, aku akan perhatikan orang itu pakai jam tangan ke tak..biasanya perkara ni berlaku bila aku berjumpa dengan seseorang itu buat kali yang pertama...

bagi aku, kalau orang itu memakai jam tangan, dia berdisplin...itu cuma tanggapan aku..siapakah dia yang sebenarnya? aku tak kesah lah..
n bagi aku jugak, orang yang pakai jam tangan tu smart..emm..smart cmne ? aku tak tau nak jelaskan..tak kesah lah dia gurl or boy, but for me, jam tangan is my first view to others...aahahaa

Tuesday, May 4, 2010

sempena hari ibu, cerpen untuk mama


Mama, cerpen ni iqa dedikasikan untuk mama. Harap, iqa dapat jadi anak y terbaik untuk mama di dunia dan di akhirat. Mungkin ma tak pernah bukak blog iqa, tp setahu iqa Pa dah pasang streamyx kan kat umah, ti mama tgk lah eh..hee..hee..mana lah tau, cerpen ni boleh menang apa-apa anugerah nanti..hee....ha, cerpen ni sekadar rekaan semata-mata tau..

Nada dering suara MAMA

Saiful, yang dulunya dikenali sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang sangat nakal, degil dan suka melawan cakap ibunya. Kini, Saiful sudah pun mendirikan rumah tangga dan telah di anugerahkan sepasang zuriat kembar, yang bernama Zulaikha dan Zaki. Namun, masa Saiful bersama isteri tersayang tidak lama, isterinya, Balqis telah meninggal dunia ketika melahirkan bayi kembarnya 7 tahun yang lalu. Semenjak dari saat itu, Saiful adalah bapa dan juga ibu kepada anak-anaknya.

Kini, Saiful sedar betapa sukarnya menjadi seorang bapa sekaligus menunaikan tanggungjawab seorang ibu memandangkan hatinya belum terbuka untuk mana-mana kaum hawa menjadi ibu kepada anak-anaknya. Bersyukurlah Saiful kerana anak kembarnya itu tidak senakalnya dulu.

"ayah, ibu dah tiada, kami nak raikan hari ibu dengan siapa?", kata Zulaikha dan Zaki.
"ayah kan ada, sambut dengan ayah lah ye...tapi, jangan lupa tau, doakan arwah ibu yang ada kat atas sana...", jawab Saiful sambil jarinya menuding ke arah satu bintang.
"ayah, dulu ayah nakal?.", tanya lagi Zaki. " Nakal sangat, meh ayah ceritakan masa ayah kecil-kecil dulu",kata Saiful sambil memangkukan kedua-dua kembarnya di atas ribanya.

.............................cerita Saiful.........................( menggunakan panggilan aku, bagi menghayati penghayatan disebalik ceritanya )

Aku budak nakal, aku tidak kenal erti menghormati orang lain terutamanya ibuku.

Semasa usiaku 7 tahun, aku marah mama dikhalayak ramai apabila pakaianku tidak secantik teman yang lain dalam majlis aneka ragam di sekolah. Mama merupakan ibu tunggal, hidup aku dan mama tidak senang sama seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pakaian itu mama yang jahitkan, walaupun mama tiada wang, mama tetap usahakan sesuatu yang unik bagi aku peragakan pada malam tersebut. Tetapi, apa yang dia dapat cuma makian dari aku, aku melempar pakaian itu ke arahnya dan terus keluar mencari teman-teman.

Di usiaku 12 tahun, keputusan UPSR aku cuma 3B2C. Mama tetap berbangga dan telah datang ke sekolah untuk mengucapkan tahniah kepada aku, tapi, aku telah membalasnya dengan kata-kata yang kasar di hadapan kelas, "Ala!! Tipu lah, klu aku gagal pun mesti mama nak ucapkan tahniah kan? Tak payah lah susah-susah nak jaga hati...". Mama tunduk malu.

Aku seperti remaja yang lain berusia 17 tahun, memberontak menginginkan telefon bimbit. Aku tidak mengendahkan bagaimana mama akan mendapatkannya untuk aku, yang aku tahu cuma membentak, menyuarakan keinginan aku.
Mama ada wang simpanan, mama belikan aku telefon bimbit yang terpakai. Aku tidak berpuas hati lalu aku meninggalkannya di atas meja. Aku keluar dan menghabiskan malam itu bersama teman-teman di warung.

Hampir 2 pagi, baru aku pulang ke rumah. Aku hairan, kenapa tingkap, pintu, semuanya terbuka luas. "Mama dah nyanyuk", fikir aku. Namun, fikiran aku terhenti tatkala aku melangkah masuk ke rumah dan dapati mama terlantar di ruang tamu. Ditangan mama, digenggam erat telefon bimbit yang telah aku tinggalkan petang tadi.

Mama ada tinggalkan surat wasiat hartanya yang tidak seberapa namun cukuplah bagi aku untuk memulakan hidup baru. Dan apa yang lebih berharga, telefon bimbit.

Sebelum mama menghadiahkan telefon itu kepada aku, mama telah meminta penjual di kedai telefon bimbit itu merakamkan suaranya, dan dia berharap aku akan menggunakannya sebagai nada dering telefon tersebut.

Bagi mama, selagi diulang, selagi itu ianya menjadi doa.
...........................................................................................

tamatlah cerita Saiful kepada anak kembarnya.

"ayah, macam mana nada dering tu?", tanya Zulaikha.

Saiful mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan seraya menghubungi telefonnya menggunakan telefon di rumah. Maka, berbunyilah telefon bimbitnya...

"Epul...epul anak yang baik..angkat telefon ni, nak..."


Saturday, May 1, 2010

hati aku kosong


HATI SAYA HANYA UNTUK YANG BENAR-BENAR IKHLAS MENYINTAI, BUKAN UNTUK DIPERSENDA


kepada sesiapa yang pernah mempermainkan hati aku, jangan bimbang, aku dah lama memaafkan, namun sedarlah yang biarpun aku dah memaafkan, tp balasan bukan datang dari aku..
mungkin apa yang telah dipermainkan akan mempermainkan hati sendiri semula suatu hari nanti..

biar aku tak pernah mengatakan aku benci, tp hakikatnya aku benci si pemain hati ...
meski ada secubit lg rasa kasih, iaitu kasihan dan bersimpati..

Monday, April 12, 2010

paparan di dalam diari sufi

11 april, Rafiuddin's birthday. he is my best friend when i was in form1-form3.
everything change when we are not in the same class.
to replace all sadness, i went to shop with my friend, abe.

in the popular shop, i found a small but valuable book named "Diari Sufi"
i bought that small book..

when i read that book, i cried..cried and cried..
all about friend., love to God, parents and somebody.

all memories with Rafi came back into my mind..n i know, no body can replace him.
he is not my love, but my best friend..always be best friend..
happy birhtday rafi...all i call him, maskot...and he call me 'dore' or 'H2O'

i miss you, ma, pa, along, apit, 4special friends at uitm arau

now, im in lab..everything pressure my day..
nothing can solve...
even, i have friends who really understand me, but, i cant always be with him.
my mom n my dad, i really miss them..i am waiting for da day when i get out from the train and i can see them smile in front on the train's door.
waiting for that moment like waiting for thousand stars fall on my head.
my only sister n only brother...i am waiting ur joke..i am waiting ur laugh..
i miss both of you..i really proud to have siblings like 2 of you..

friends who really understand me, not here..they are at uitm arau..
i miss them..wani, jiha, a.k, yaya, ...
honestly, there is no body can replace 4 of you in my heart.

Tuesday, April 6, 2010

happy birthday along n apit


dh terlambat lah nk wish..aku tk smpat nk update blog sbb kt bilik wireless tk pat..
btw..

untuk along.
" selamat ari jadi, 23.... smoga along success slalu.."
eh..kt sini tak leh touching2..sbb aku dh call dh dia n sms dia.hehee..

untuk apit.
" selamat ari jadi,16...wish u can show to others that u r da best..."
pet, angah nak wish ko kt tepon, tak pat call number ko..pe kehe..ko ni asek tukar nombr ke ko tak cas tepon..ish..ish.ish..
tp angah dh sms kat papa so ko pandai2 lah ye...
heheh...

t bila dah cuti, aku janji kt along and apit..
aku akan bg adiah..tp tak tau lah nak guna duit apa sbb duit aku tak da..ahahhahaahhahahahah

::::ni tarikh ari jadi dorng
along- 31 march
apit-1 april..
dua hari brturut2, bagus betul..hehe...

happy birthday tu u..happy birthday tu u..happy birthday to along and apet, happy birthday tu u....
sincerely from angah@iqa@budak kenit(along panggil)@bawang putih(apet panggil)@bos kecik(mama panggil)@ketot(papa panggil) hhahahahaaa....

more happiness in my life...

dugaan demi dugaan aku hadapi sejak akhir2 ni...
pernah aku rasa dunia ni tk adil..tapi berkat doa seorang ibu, aku kembali kuat untuk teruskan hidup..mama pesan, Allah tak kan lupa pada yang tak lupa pada Nya.

dengan tekanan dlm study..
tambah lak ngn kesihatan aku y merundum sejak 2 minggu ni..
ari ni pun batuk tak elok2 brtambah teruk..
mana taknya, nak bercakap pun payah..semput..
gas lak dh beli y baru n kini 'dia' jd cm nyawa aku semula sjk sekian lama aku tak gunakan dia..
klu tak bawak gas, rasa cam nak mati je..

this week..full of test and presentation..
huhu..penat sangat..rasa cm klu aku dpt habiskan smua test ngn baik, mmg hebat...
huu..

dugaan demi dugaan..
namun aku ttp bahagia..
kerana ada dia...

Tuesday, March 23, 2010

LAB BERSAMA BATU!!!

aku ada sorng kwn, dia amek kos kulinari, dia tanya aku klu lab wat ape,
aku ckp lah, lab aku men pecah2 batu..
dia punya lah gelak sbb lab dia memasak..
ehhe..dh aku kos civil..logik pe..huhu

arini combine dua lab skalik, slake durability test and uniaxial compressive test klu tak silap..eheh..lupa dah bru sejam lebih balik dr lab.

sbb kan ada dua lab, so aku wat slake ngn qilah, mat and atok dh pilih y dh ada result tu je..kuang asam..

tp, aku tak kesah pun, type je report..dh ciap.
btw, sok pg kena g lab n ptg skalik..
sbb nak amek result untk second cycle..huhu..
t nak kena wt graph..
mcm2..
seb bek lah ni last lab..huhu...

Monday, March 22, 2010

segala persoalan dah terjawab

hari ni..aku tertido lepas kelas tutorial math kul 4 td...tibe2 aku terjaga...
aku teringatkan dia..
bukan aku tak menghargai insan yang sedang membahagiakan aku sekarang, tp aku masih lagi bingung dengan apa sebenrnya alasan si dia tinggalkan aku 3 bulan y lalu....
3 bulan owh...lama kan tempoh tu untk menanti sms dibalas, panggilan dijwb, msg dibalas..
biarpun insan yang amat mengambil berat tentang aku sekarang menghalang aku terus mencari dia..aku tetap berkeras hati..bukan kerana sayang tapi kerana ingin kata putus yang boleh membuatkan hari-hari aku yang mendatang lebih bermakna bersama insan yang aku sayang kini...

hari ini, semuanya terjawab, pabila dia menjelaskan semuanya..biarlah alasan itu hanya menjadi tatapan hati aku bersama tangisan yang amat deras...sebab aku tak nak mengulangi kata2 pedih tu lagi dalam kamus hidup aku untk selamanya..
biarlah ia hanya satu saat penutup hubungan antara kami.

kasih tiada, sahabat mungkin..
tp aku sedar, pershbtn yang terjalin pasti akan melukakan insan yang mengambil berat akan aku dan dialah pengubat segala luka semenjak 3 bulan aku ditinggalkan...

dah lama aku bersedia untuk apa jua jawapan dari dia, sbb aku tahu setiap insan memiliki hala tuju hidupnya yang tersendiri...
biarlah dia terus mencarinya bersama kasih sayang dari seorang ibu yng dia amat hormat.

pernah dulu, aku mencaci perbuatannya, tp kini aku sedar, tiada kata, tiada kuasa, tiada doa yang mampu menukar kasih ibu kepada kasih kekasih.

pesanan buat dia " JUST GO, I WILL PRAY FOR YOU..NOTHING TO WORRY ANYMORE, I ACCEPTED ALL YOUR REASON N NOW I CAN SLEEP WITH A DREAM WITH HIM"

pesanan buat insan itu " DONT EVER THINK THAT I WILL LEAVE U FOR HIM, B'COZ I KNOW WHICH IS LOVE AND WHICH IS FRIEND. N YOU MUST REMEMBER, NO SECOND CHANCE FOR BREAK LOVE IN MY HEART. ONLY LOVE THAT STILL STRONG CAN BREATH IN MY SOUL"

dia akan teruskan hidup dia, n aku doakan..
aku pula, akan teruskan hidup aku bersama jalan yang dah aku pilih sebelum ini..

Friday, March 19, 2010

luahan kebengang an.

aku kan, tak tau dah nak citer kat sape mslah y aku hadapi skangni.
sbb, kwn2 y jd tmpt luahan aku ni cm byk je keje..btw, thanks sbb korang still bg respon kat problem aku..(dedicated to Abe, Na, Kembo, Nadh..)
aku sndr musykil dgn apa yang aku rasa skarang ni..

antara soalan yang menghantui hidup aku :

ATIKAH : Shafiqa, kau sayang kan dia ke?
AKU : *terdiam

NA : Skang ko msih syg kan dia kan?
AKU : hmm....*aku tak tau!!!!

NADH : apa yang kau rasa skang, Iqa?
AKU: kecewa..
NADH : sbb?
AKU : ntah...

klu aku nak tadah air mata ni pun dh tak muat sebaldi lah wei...everythng wrote by God.

skang, tekanan aku dlm pelajaran..dh ckup membebankan..
tmbah lak aku ngah HOMESICK...

n...now, kehadiran satu lagi masalah yang pd mulanya aku abaikan tp akhirnya menjadi nanah...

jujur aku ckp, aku cemburu tgk kwn2 aku y bahagia...mrk sprti dh jumpa mr right..
aku bodoh!!!!!!!!
kenapa aku terperangkap dalam dunia ni...?
aku dh mula terfikir untk hidup bersendiri...tiada hati y perlu aku jaga..
tp, aku dh terlambat..terlambat!!!!
aku bukan y jenis memungkiri janji n mengecewakan hati sape2..



apa y aku pelik..
klu dulu, aku tk pernah jaga hati orang..n aku tk pnh kecw mnangis bila aku dluka..
tp, kini..
smnjak aku brubah..aku menjg hati sesiapa shj..
tiada pulak y nak jaga hati aku..ada sahaja yang menimbulkan bengkak dlm hati ni...
bukan nak marah kejadian, tp marah kenapa aku?


ABE : Shafiqa, Allah uji apa yang kita mampu hadapi lah...

Wednesday, March 17, 2010

sewel atau waras?

td aku tgk dia bru je update blog..
dgn cepat aku bukak blog dia..aku baca apa y dia tulis..
mmg perkara logik..n wat aku trkeng bila bersama dia..
tp tu cuma kenangan..

apa y buat aku tak phm kat sini, aku tgk kt chating box dia..
ada org tegur dia, dia jwb je..tp bila aku tegur dia..dia wat aku ni macam tak wujud je..
smpai kan hati dia..aku still bak brkawan dgn dia..

n apa y wat aku lg trkejut,
ada msg cmni,
sewel : ...ko dh break dengan dia...
em..cmtulah lebih kurng..
break? with who?
anything that he hide from me since before?
why..
just let me know..
aku bukan nak halang, aku cuma nak tau apa hal sbnr...

Saturday, March 13, 2010

masalah mereka..

ntah apa maknanya cemburu..ntah apa maknanya bila merindu..
susah nak ditafsirkan...

kadang-kadang, sikap mementingkan diri tetap akan timbul biar sekuat mana hati insan tu bila keinginannya untuk memiliki sesiapa yang dia sayang...
???sebentar...
apa benar tak dpt nak elak ke???(tanya mereka)
tidak..walaupun insan tersebut sudah dimiliki...
pada saat itu, meskipun dia bahagia, dia tetap cemburu dgn kebahagian insan yang pernah dia sayang dulu...bersama dengan insan lain.
walaupun kebahagiaannya amat luas, dia ttp tak puas hati..

Sunday, March 7, 2010

ingin gembira slalu, tp....



ni gambar2 kat langkawi..aku mmg enjoy sangat g sana..
rasa cam takde masalah je..
tp, bila balik smula kt darat, everythng change..
masalah dtg balik..
ngn macam2 tugasan n test yang menimpa bertubi tubi..
ngn kena geget dek charlie...
mmm....
apalah nasib aku ni..

Tuesday, March 2, 2010

kembali berblog

salam..setelah sekian lama tak dapat nak on9 dengan seronoknya..heeeh...
mane tak nye, klu stakat on9 dalam lab, muka cuak je..takut kena tangkap ngn lecturer..
ari tu, aku on9 kt lam lab, dan dan lectrr ckp, "lab ni ada camera, klu awak wat selain visual c++, saya tau"..aku apa lagi paling ke atas cari kamera..tak de pun.hhahhaa...
nak tak nak, aku pun tutup blog..
then, ari ni aku curi masa g bilik stadi kolej..
hmm..tak syok tp kira ok lah dapat nak on9 jap n tukar passwrd ms aku y dah lama aku lupa..ahhahaa....

ha..untuk pengetahuan, aku ada lagi tiga blog, klu nak tgk cari kat link tepi2 blog aku y ni..

aku sbnrnya nak mempelawa korang baca cerpen2 yang aku wat, tp ada part part lah..klu nak tau baca lah setiap episod..ehehe..

then, sila tinggalkan komen..aku nak gak taw apa yang aku tulis tu bes ke tak kan..
even dulu karangan lah y paling aku benci time sekolah, tp skang ni, that is my hobby..huhuuu..time change everything..

ok lah.aku nak chow..next time, aku sambung cerpen aku tu n then wat apa y patut dalam blog2 aku yang berlambak ni...hhee.e..tata..

Thursday, February 25, 2010

perhatian kepada pembaca

aku nak mintak maaf sbb dah lama tak dapat nak update blog..wireless kolej biol..
so..
kepada sesiapa yang tunggu sambungan cerpen2 aku kt blog cerpendiariiqa.blogspot.com diharap sabar menunggu..
sbb tak sempat lagi nak smbung cerita tu byk assngment lah...n test pun berlambak
ni update blog pun aku kat dlm lab computer...huhu.
sabar eh kawan2..

Wednesday, February 10, 2010

tatkala hati gembira, ada sahaja yang mengguris



aku rasa, dah lama aku tak dapat amek gambar yang sengih cmni..i mean dh lama tak rasa gembira cmni sampaikan aku mampu tersenyum dengan ikhlas di hadapan kemera...
baru nak senyum, ada sahaja perampas kegembiraan....

Monday, February 8, 2010

when tears tell everything

* ingin aku kongsi sedikit apa yang sedang berlegar2 di ruang pemikiran ni*


-----------kesibukan sebagai pelajar kadang-kadang menghapuskan semua bicara..bibir tak sempat berkata, hati tak sempat terluka, tak sempat terguris...dan akal tak sempat berfikir-----

bukan ingin menuding jari, cuma ingin dipersoalkan ada benar kita bersalah atas kegagalan kita? memang benar kita yang bersalah, kerana tatkala di tuding satu jari ke arah mereka, 4 lagi jari menuding dekat ke arah kita...lebih lagi ke arah hati..

ye..benar, hati ini yang bersalah...hati menguasai jasad.. biar lah sekuat mana jasad insan itu, dia tidak segagah hatinya..pendirian si hati yang sangat kukuh..membuatkan dia menjadi juara, juara kepada kegagalan kita...

----di singkap kembali, noktah2 lepas, aku sedar...kegagalan yang aku sangkakan mereka adalah punca sbnrnya salah.. kegagalan aku, bermula dengan hati aku sendiri.. Hati adalah ketua dlm diri...

hati kotor, hati keji...jasad pun keji...


-------------------------------------apa kaitan semua ni dengan tajuk aku? "when tears tell everything"...

bila bibir berkata, "iqa, kaulah yang salah..kau!!!"
sambil jari menuding dekat ke dada...sambil telapak tangan dipukul berulang ke dada..
dan saat itu....tears tell everything...


saat air mata menceritakan segalanya, hati tewas..ye..hati tak mampu mencantas luahan si air mata...kini tears is the winner..leader..

terdengar akal bersuara, " iqa, kenapa kau tak gunakan aku sebaiknya?"...benar, aku terlupa..terlupa yang sbnrnya akal aku dah jauh tersingkir...aku hanya gunakan hati dan perasaan..bukannya akal fikiran..

tears tell everything..i realise now..

Wednesday, February 3, 2010

penang..yang sibuk

hmm...penat lah..asek tido je..
bosan pun ada...
klu nak tau, dulu kt arau, aku tak kesah sangt pun nak kuar, tp bila kt penang ni,
weekend je aku nak kuar..tertekan dowh duk kt dlm ni lama2..

ngan assngmnt yang berlambak, kerenah kecerewetan lecturer yang tak pk kita ni ada kursus lain nye asngment, perangai kwn2 y mcm2..n masalah2 sampingan peribadi..
maka miong lah kepala aku..nek gila beb..

Saturday, January 30, 2010

tunggu...

everyday, im waiting for you..since that day, i can't stop thinking of you...
today, tenth day..............................

IQA tunggu...iqa tunggu...iqa tunggu...
tunggu apa?

tunggu siapa yang bakal menjadi pemimpin diri di hari tua..
tunggu siapa yang bakal manjaga diri di hari tua...
tunggu siapa yang bakal menerima aku seadanya...

you know what, i still can't forget that crazy person who can't see others happy..especially me..
now, i am waiting for a word come out from his mouth, "sorry"...
i am waiting for his tears...
aku menunggu segala penyesalan..
aku menunggu segala tangisan...
aku menunggu segala kesengsaraan...
aku menunggu segala keperitan...

dari si dia yang hanya bersorak melihat aku menangis, aku merayu, aku meratap, aku gagal untuk terus hidup...ye..dia bersorak bila melihat aku tewas dalam kehidupan aku sendiri..

so, skang, i am waiting..aku tunggu untuk bersorak bila semua tu kembali kepada dia...

for crazy man:
  • i am happy now without you
  • i am free now without you
  • i am free from sickness now without you
  • i still can smile without you
  • i still can laugh without you
  • i still can life without you
  • but..
  • i can't forgive you..NEVER IN MY FUTURE LIFE TO FORGIVE YOU..NEVER!!!

Thursday, January 28, 2010

Tidak kenal dia...tidak!!!


"i love you" 3 simple words he teach me..meaningful...but now, it changed...''i hate you''

Maybe, i am so stupid to believe him.. i never thought that he will ruin my heart..never!!!!
6 months ago, his eyes...told me that he really love me..but it seems like a dream..a stupid dream...

a question for him, " kenapa perlu jumpa kalau untuk berpisah?"

i know he never open my blog since he said he bored with me...but i know his heart can hear wat im saying...


argh!!!!!!!!i am so stupid crying for him...why!!!! i can't stop...why!!!!

no more love for him, but i can't let him go without his tears...

listen man, you r very heartless..i don't know wat in your heart that make you hurt me...
now, i'm waiting for your tears to fall down deeply into the earth...

i know, you are not happy now..that make me happy you know...i'm happy when you cry because YOU ARE HAPPY TO MAKE ME CRY, RIGHT??????

YES, i know that your answer..don't try to make any excuse...

HAPPY BIRTHDAY

selamat ulang tahun yang ke 21
semoga usia mu dipanjangkan, rezeki mu dimurahkan, hidup mu diberkati...
biar apa orang kata, yang penting apa hati kita kata...
jangan peduli apa orang anggap diri kita, yang penting apa yang kita tahu apa yang kita ada...

semoga jodoh yang pertemukan itu adalah yang terbaik...insyallah..
amin...

Saturday, January 23, 2010

I THINK I KNOW YOU

I think I know you, but i'm so stupid to know you...to hear wat u say, to beleive all you promises....
I think I know you, but i'm so crazy to think always bout you, to pray for you, to cry for you...
I think I know you, but the fact is, I DON'T KNOW WHO ARE YOU...

biar sendu menyelubungi hati kecil, kerana tiada siapa yang peduli...
biar kegelapan melindungi cahaya, kerana tiada siapa yang peduli...
biar tangisan menjadi teman, kerana tiada siapa yang peduli...

Iqa ingat, iqa kenal dia..tapi hakikatnya dia tak seperti yang iqa kenal dulu...
dia manusia yang paling kejam pernah iqa kenal kat dunia ni..tak seperti dulu "dia manusia paling baik yang iqa kenal"...

sekarang, biar apa yang terjadi, menjadi pengajaran...mulanya, sukar untuk diterima kekecewaan atas kepercayaan yang hilang pada teman rapat sendiri...tp kini iqa sedar sesedarnya, biarpun sebagaimana rapatnya kita, jangan sesekali 100% percayakan dia...

kat sini, biarlah dia baca atau tidak blog ni, iqa nak dia tau satu benda, " once you break my heart, there is no more space for you even in my life... and don't ever try to involve in my 'new life' with a new heart that you may know, 'frend / ****'

Tuesday, January 19, 2010

tolonglah cuba dengar sekali...

pliz, at least listen once time...just listen wat im going to say..
or maybe u really hate my voice, pliz read my short sms...

im still worry about you..about everything that related to you..but i know that you never worry
about me anymore...no more..right?

im confuse about reason..on why you leave me without any word...

last time, i call you with my friend's number, you answer my call...
but once you hear me called your name, you switch off your phone..not only one, both of your phone..why?

i tried to msg you in myspace, but it seems like you block for my msg..why?

i call you with my number, you never answer even once for 20 times..
no reply for my sms that more than 20 for a day...

i've foward all your sms that you said you love me (not now anymore.), do you read them? or
you just deleted all them without open sms? why?

i've gave u everything, but why this is wat you give to me? why?

p/s : special for you... konsertountukibu.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

THE NEW LIFE

hari ni dah masuk hari ke empat aku hidup di tempat baru..suasana baru..iaitu uitm penang.
mula2, banyak giler keje nak kena settle before register kt sini..n smpai skang ada lg mende y tak setle..
pening giler o...penat lak tu..
seb bek lah kt sini sumanya ada lif..klu tak , aku rasa sminggu pun aku bleh jd kurus..hehe...

mcm2 mende pelik terjadi time minggu pertama ni..
antaranya, bebudak laki kelas aku wat lawak y tak disengajakan..
citernya cmni, the first day kelas, kitorang ramai2 lah nak g hea utk amek kad mtrx sementara..
hea tu kat tingkt lapan..so, dgn semngtnya member2 aku tu tekan kat lif, bila bukak je lif tu, diorng msuk smpai penuh lah lif tu ngn diorng je.. aku ngn member pmpuan suma tunggu kt luar nak naik lif lain...tp..
bila diorng msuk lif, suma senyap, pintu lif pun tak tutup2..then, dorng pun keluar dr lif tu dgn muka selamba..
kitorng pun tanya kat dorang nape lah kuar kan..dorng jwb " mana ada nombor lapan dlm lif tu"..
kitorang punya lah lawak gelak..huhu...
rupa-rupanya, ktorang salah lif, sbb cuma dua lif je y ada smpai tingkat lapan tu..hhee...